Tuesday, April 26, 2011

email 1 Malaysia ....Apa Relevennya...


Projek email 1Malaysia akan diteruskan dengan sasaran 5.4 juta pengguna menjelang akhir tahun ini menurut ketua pegawai eksekutif Tricubes Berhad, Khairun Zainal Mokhtar. Disebalik kontroversi pelaksanaan email tersebut dan berbagai-bagai persoalan yang mula timbul, sejuah mana ianya releven untuk rakyat Malaysia. Ianya dilancarkan oleh YAB PM, namun ianya tidak diberikan sepenuh penjelasan kepada rakyat Malaysia apakah tujuan sebenar email tersebut, apakah ia boleh memberi munafaat kepada rakyat Malaysia, dan sejauhmana ia boleh membantu kehidupan rakyat Malaysia dan ekonomi rakyat Malaysia.

Persoalan demi persoalan yang timbul. Namun ianya masih buntu untuk aku bila aku sendiri dah banyak akuan email seperti Yahoo, Gmail dan sebagainya... Apa pula relevennya bagi pakcik di kampung yang nak gunakan email ini? dan kalau dikampung pun nak dapatkan internet pun payah apa guna email ini. Kalau segala urusan pejabat kerajaan akan menggunakan email ini pun dan sejuahmana ia akan dilaksanakan secara menyeluruh sehingga orang kampung pun dapat menerima email dari jabatan kerajaan yang dulunya dihantar surat tetapi ditukar kepada email...

Memang ianya percuma untuk rakyat dan ianya tidak menggunakan sesen pun duit rakyat untuk membangunkannya. Namun, hari ini dengar pula ada kenyataan yang menyatakan bahawa setiap email dari jabatan kerajaan kepada pengguna akan di caj sebanyak 50 sen. Wahhh ini dah kira untung dah ni. Kalau 50sen pun dicaj maka berjuta juga keuntunganya. Kerajaan juga yang kena bayar dan balik asal juga duit rakyat yang dibayar. Aduhhh adakah ini caranya nak bodohkan rakyat dengan membina email percuma dan bayaranya kerajaan juga yang dicaj.Apa bezanya aku pun masih buntu.


Kalau setakat email yang nak dibangunkan aku rasa ianya tidak sereleven yang aku sangkakan. Ada lebih baik jika menaikan taraf kelajuan internet diseluruh negara, dan membekalkan perkhidmatan internet keseluruh negara adalah lebih baik. Dilihat dari sudut kelajuan internet di Malaysia ini ternyata ianya lembap dan yang terkini UNIFI yang dibangunkan oleh TM , itupun hanya dilembah Kelang sahaja tidak seperti diiklankan di TV. Bila aku tanya di pejabat TM Kota Bharu, dia kata tak sampai lagi Encik... Apa yang boleh dibanggakan jika kelajuan internet belum pada tahap negara membangun dan itu tidak dikira caj internet yang melambung tinggi lagi. Bila dilihat pada perkhidmatanya , adakah ia merangkumi seluruh negara disetiap kampung-kampung atau dipelosok FELDA-FELDA pun masih belum mengecapi khidmat internet ini.

Releven disini bukan anjakan untuk membangunkan email 1Malaysia, tapi ianya perlu dibangunkan internet 1Malaysia. Jalur lebar yang kelajuannya dibangunkan ditahap negara maju juga dapat membuka pasaran ekonomi negara yang memberansangkan. Berapa ruginya negara kita bilamana pelabur luar hanya melabur dinegara jiran dek kerana kelajuan internetnya sahaja. Aku punya teman ketika belajar dulu yang berasal dari Korea, beliau bertugas sebagai pengurus pemasaran di sebuah syarikat games (War Craf) dan beliau menyatakan bahawa di Malaysia kelajauan internetnya amat perlahan dan ini membuatkan mereka membuka pejabat operarasi di rantau Asia ini di Singapura. itu baru satu syarikat. Kalau inilah yang menjadikan saingan globalisasi maka pembangunan menaikan taraf kelajuan internet perlu dipikirkan dahalu sebelum melaksanakan email 1Malaysia.

Saingan yang sihat dalam 'strategi laut biru' dalam meningkatkan perkhidmatan negara yang menjadikan negara juga bergantung kepada inovasi yang beterusan. Memang ianya satu inovasi yang baik iaitu email 1Malaysia namun ianya perlu difikirkan jika inovasi yang hanya memberansangkan kepada satu pihak dan individu tertentu sahaja tidak kepada rakyat menyeluruh adalah satu inovasi songsang. Justeru, munafaat kepada informasi taknologi perlulah dikongsi bersama rakyat dan ianya boleh dimunafaatkan untuk membangunkan ekonomi negara.

Perlu difikirkan disaat negara yang memerlukan anjakan kepada transformasi menyeluruh dan aspirasi YAB PM dalam menjayakan gagasan 1Malaysia, diharapkan tiada pula pihak-pihak yang berkepentingan untuk meneguk diair yang keruh dalam berselindung disebaliknya. Hanya dek kerana kepentingan diri megaburi kepentingan rakyat maka sanggup melakukan apa saja demi mencari kekayaan dunia. Nah, tidak relevennya email 1Malaysia ini jika ianya dibangunkan bukan untuk kemudahan rakyat tapi ianya untuk kepentingan peribadi tertentu. Maka, dengan kos 50juta,

segala kehidupan tika ini disepit dengan ekonomi yang agak runcing diperluaskanlah, demi kehidupan yang sejahtera untuk seluruh rakyat tercinta...

No comments:

Post a Comment