Thursday, April 7, 2011
Mee Kolok Sarawak...
Ramai kawan-kawan di semenanjung yang pesan, bila ke Sarawak jangan lupa makan mee kolok Sarawak. Sesampai aku dibumi Sarawak ni pun dijemput dan di bawa makan mee kolok yang termashur di Kuching. Namun, apa yang tersirat dibalik mee kolok ini adalah hasil tangan yang membuatnya. Bukan semua gerai yang sedap dan bukan semua kedai rasanya sama. Berbagi bumbu yang perlu diwarnai agar meenya bertambah sedap.
Begitu juga dengan masyarakat di Sarawak ini. Berbagai kaum dan bangsa yang hidup aman dan damai.Aku mula berfikir akan kehidupan yang selama ini cukup harmoni tiba-tiba bila adanya PRN Sarawak ke 10 ini mulalah timbul berbagai isu dan kerenah masyarakat. Ynag cuba menjadi hero juga takkurang ramainya. Parti yang bertanding cuba membawa manifesto untuk meyakinkan rakyat buat kesekian kalinya. Yang menarik disini, parti dari semenanjung juga mencuba nasib untuk membela rakyat Sarawakyang dikatakan mereka 'tertindas'. Apa yang dicanang untuk pembangunan aku sendiri pun tak tahu. Kalau pembangunan itu sejajar denagn kehendak kaum dan bangsa di Sarawak maka ianya perludilaksanakan. namun, sejauhmana orang dari semenanjung ini kenal akan gaya, adat resam dan kebudayaan mereka yang tinggal di sarawak ini.
Mereka dari semenajung cuba meriah simpati dengan isu-isu nasional dan juga isu tempatan diselangselikan dalam ceramah mereka. Bahasa pun sudah tonggang langgang sehinggakan pengundi yang mendengar pun bertanya apakah yang cuba disampaikan oleh penceramah. Nah, dari sudut bahasa sahaja ianya menjadi jurang yang besar untuk kita di semenanjung ini memahami kehendak rakkyat Sarawak. Ada lebih baiknya, biarkan orang tempatan yang berceramah dan yang lebih arif akan lenggok bahasanya.
Parti dari luar yang mencuba nasib buat kali ini dilihat boleh menambah kerusi mereka bersandarkan atas faktor sokongan yang hanya celik politik. Untuk mengusai Sarawak sebagaimana yang dicita-citakan oleh pakar retorik agak mustahil. Berpijaklah dibumi yang nyata. Walau kita secelik celiknya politik pun kita masih melihat faktor relevennya dan keabsahan dalam berpolitik. Bukan hanya melontarkan retorik kosong dan memberi harapan palsu. Belum masanya lagi pihak luar atau parti yang cuba mengambil alih Sarawak mudah untuk mereka. Ianya perlukan masa, tenaga dan wang ringgit untuk mereka bertapak. Justeru, bahan-bahan untuk mereka gaulkan dalam kencah politik Sarawak masih belum cukup lagi, begitu juga untuk menyediakan semangkuk mee kolok Sarawak...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment