Wednesday, May 11, 2011

UMNO...Selamat Ulang Tahun untuk mu...


UMNO dah berumur 65 tahun dan disini utusan ucapan selamat ulang tahun buat mu UMNO. Moga segala perjuangan yang dilandaskan akan diteruskan hingga ke anak cucu. Namun, sambutan ulang tahun UMNO kali ini nak diselitkan dengan amaran keras buat semua ahli UMNO dari pemimpinnya hinggakan ke ahli biasa untuk terus berkerja keras dalam menghadapi PRU 13 akan datang. Ubah pemikiran yang menebal songsang dalam jiwa ahli UMNO itu jika mahukan UMNO terus didokong oleh rakyat jelata.

UMNO satu parti yang cukup releven untuk memperjuangkan nasib orang Melayu, namun, yang berakar sebagai pengkhianat bangsa dalam UMNO itu perlu dinyah atau dihapuskan segera. Satu transformasi UMNO yang besar bak tsunami perlu dianjakan segera, dalam UMNO terkial-kial meraih sokongan dan simpati rakyat. Ini tidak berlaku 65 tahun yang lalu dimana UMNO satu gergasi yang dihormati lagi disayangi. Bukan dicerca atau dimaki tapi pujian demi pujian untuk UMNO satu ketika dulu.


Dihari ulang tahun UMNO ini, sama-sama lah ahli-ahli UMNO bermuhasabah diri terutama yang masih lagi menjadi dan memegang tampuk 'Ketua Bahagian'... adakah anda telah melaksanakan tugas dan amanah UMNO selama ini atau andalah pengkhianat UMNO dulu kini dan selamanya. Fikir-fikirkanlah ahli dan pendokong UMNO , untuk masa depan anak bangsa dan masa depan perjuangan Agama, Bangsa dan Tanahair...

Doa dan harapan kali ini untuk melihat UMNO itu terus disanjung, terus disegani dan terus menjadi tonggak harapan anak bangsa. Bukan lagi UMNO itu untuk mereka-mereka yang hanya menghitung keuntungan dan mereka-mereka yang sombong lagi angkuh. Cukuplah dengan perangai yang meloyakan selama ini. Rakyat akan terus menilai dan kini, dizaman yang penuh celik minda dan celik politik, rakyat tahu membezakan siapa yang betul-betul memperjuangkan anak bangsanya sendiri dan demi kesejahteraan rakyat amnya.

Masa yang semakin sengkat, umur UMNO yang semakin usang, namun, perjuangan yang segar bak haruman seroja itu perlu diabadikan dan diteruskan oleh UMNO. Walau dimamah usia, walau berkerusi roda, perjuangan UMNO perlu diteruskan oleh insan-insan yang ada otak, ada hati dan perasaan, ada budi perkerti, ada hemah dan penuh hikmah, dan yang akhir, ada jiwa rakyat dalam hatinya demi menjaga anak bangsanya. Bukan lagi mereka yang bernafsu binatang atau yang ada cita-cita nak menunggang UMNO sebagai jambatan kepentingan peribadi sahaja. Berbuih mulut YAB PM mengajak ahlinya agar satu anjakan transformasi perubahan dalam UMNO dan janganlah dibiarkan aspirasi ini didokong dibahu seorang khalifah sahaja. Berubah itu ada baiknya dihari yang mulia ini, dikala UMNO itu menyambut hari ulang tahunnya dan yang paling penting ianya masih lagi belum terlambat....


Akhir ini, Salam perjuangan dan Selamat Ulang Tahun UMNO ke 65...

No comments:

Post a Comment