Sunday, May 15, 2011

Harakah dan relevennya ...


Aku pelik bila semua orang berbicara akan kebebasan media dan ketelusan media. Namun hal ini perlu dilihat dari beberapa sudut dan bukan hanya pada sudut menghentam dan juga merosakkan ironi kebebasan media itu sendiri. Apa perlu kepada kebebasan media jika ianya akan menjadikan rakyat dalam ketakutan atau rusuhan bila berita itu boleh membawa kepada keamanan negara tergugat.

Memang rakyat perlukan kebenaran dan itu tidak dinafikan. Tapi segala berita itu bukan semuanya boleh dikabarkan dalam akhbar dan memberi kebebasan untuk semua media menulis apa jua kehendaknya. Tidak semudah itu untuk menjadikan ianya bebas sedangkan di dunia yang maju juga akhbar dan media juga ada batasnya dan ada juga yang dipantau demi menjaga keamanan negara.


Kembali kepada tajuk, yang mana, umum serba maklum akan Harakah itu untuk ahli PAS dan Utusan itu untuk umum (UMNO) namun, hakikatnya sama sahaja. Dalam Harakah juga tak kurang dari megutuk dan hanya membela sebelah pihak dan ianya dilihat tidak ada kebebasan media. Sama juga yang diutarakan kepada akhbar Utusan. Kalau betul-betul yang Harakah itu telus dan ada kebebasan media kenapa ceritanya hanya dilihat tomohan demi tomohan sahaja kepada satu pihak.Mana yang baik dibuat kerajaan tidak disokong. Semua yang kerajaan buat semuanya tak baik. Aku teringat satu ketika dulu semua menggutuk kerajaan membina jambatan Pulau Pinang, semua kata tak bagus. Tapi kini semua pakat nak lalu jambatan tersebut.

Pelik juga bila membaca akhbar Harakah yang dikatakan rakyat inginkan alternatif berita, namun, apa yang disajikan sama sahaja seperti Utusan dan yang menariknya tomohan lebih ketara dan ianya hanya memperlihatkan kulit Islam sahaja tak lebih dari akhbra fitnah yang lain...Mana perginya kebebasan media, kenapa tak adil dalam media Harakah itu dalam menyapaikan berita. Benda yang baik perlu diakui, bukan mencari jalan untuk mengeruhkan lagi suasana.

Tiada analisa yang baik boleh dirujuk atau boleh mendapatkan munafaat ilmu dari akhbar Harakah. selain dari itu tak betul, ini tak betul, dan hentam kerajan sana, hentam kerajaan sini. Hadis dan ayat AlQuran dijadikan sandaran dalam Harakah bagi membenarkan khabar berita tulisan mereka.


Maka kali ini hampir berjaya Harakah membasuh pemikiran rakyat sama juga fitnah yang dilimparkan kepada Utusan yang dikatakan utusan itu menyebarkan fitnah kepada rakyat dan dijadikan kuda oleh UMNO. Malah kalau dibaca Harakah itu tak lari dari apa juga kutukan dan ketidakpuasan hati sesetengah golongan bodoh yang tak tahu nak cari jalan penyelesaian. Di negara yang serba moden ini banyak lagi cara untuk kita sebagai rakyat mencari jalan penyelesaian dan bukan menabur rasa marah rakyat sehingga mengajak rakyat berdemo dijalan-jalan seperti rakyat Indonesia. Kita bukan lagi ditakuk lama dan bukan lagi pemikiran golongan kelas ketiga. Tak tahulah jika Harakah cuba membawa minda masyarakat untuk terus kekal dungu dan bodoh seperti apa yang berlaku dinegeri dibawah pemerintahan mereka.

Agak keras kali ini dan inilah yang dilihat setiap keluaran Harakah dan cubalah pembaca harakah itu terus membuka minda mereka dan menilai apa juga tulisan didalam Harakah itu dari sudut positif. Mungkin anda yang ada otak atau bukan lagi pemikiran kelas ketiga dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk dan tidak semestinya semua yang dilaporkan itu buruk impaknya kepada rakyat.Maka kali ini mungkin boleh dilontarkan persoalan sejuah mana Harakah itu releven sebagai alternatif berita bagi yang ingin mencari kebenaran? Dan adakah hanya untuk meluahkan dan menagih simpati rakyat bagi menyokong sesetengah pihak...Apa bezanya dengan Utusan....Cubalah ianya diambil sudut positif dan mulakan bacaan anda kepada yang memberi munafaat ilmu dan menambah peningkatan taraf pemikiran anda...

1 comment:

  1. Bro, dunia akan terbalik kalau Harakah tiba-tiba puji Najib dan kerajaan.. Dan dunia akan bergegar kalau Harakah hentam pemimpin partidorang sendiri.. Hahahahaha

    ReplyDelete