Monday, May 16, 2011

Sesudah Hari Guru, satu ingatan bersama....


Selamat Hari Guru aku ucapkan pada semua tenaga pendidik diseluruh Malaysia. Hari ini kita menggenagkan jasa pengorbanan para guru dalam mendidik anak bangsa. Jasa yang tidak terkira sehingga dianggap guru itu umpama lilin yang membakar diri sendiri. Hari yang berbahagia ini juga mendapat perhatian YAB PM dalam mengucapkan tahniah buat seluruh guru di Malaysia. Apa yang mereka telah berikan perlu mendapat perhatian dari Kerajaan yang mana ada dikalangan mereka ini yang bersusah payah mengajar di pendalaman seperti di Sarawak dan Sabah. Jasa mu tetap di kenang .

Namun, disini aku cuma ingin menarik perhatian kepada 2 golongan guru yang aku anggap bukan lagi sebagai lilin membakar diri, tapi menjadi duri dalam daging kepada warga pendidik yang lain. Pertama, guru yang aku maksudkan ialah guru-guru yang selalu curi tulang dari tugas hakiki dan membuat kerja-kerja sambilan. Amat perit untuk aku luahkan perkara ini, tapi inilah hakikatnya. Bukan semua guru tapi segelintir. Dan segelintir inilah yang terus mencacatkan nama baik guru dan prastasi murid mula menurun. Guru yang sibuk dengan kerja sambilan dan sibuk menjadi agent perniagaan multi level. Masa terluang banyak dihabiskan untuk berniaga.


Kata mereka, ini bukan dilakukan waktu sekolah, tapi dilakukan lepas waktu sekolah. Ya benar, tapi jika ia boleh menjejaskan prestasi guru itu sendiri yang pulang lewat malam dan awal pagi perlu ke sekolah dimana relevennya itu semua. Aku utarakan semua ini, bukan nak merosakan periuk nasi para guru, mereka juga pernah mengeluh berapa sen sangat gaji guru. Tapi yang aku peliknya pegawai kerajaan yang lain juga sama gred dan tangga gaji tidak pula sibuk dengan pernigaan piramid ini. Pelik, tapi inilah hakikat yang aku memikirkan bila masanya kalau guru itu sendiri sibuk berniaga dan bagaimana KPI mereka dalam mendidik anak bangsa.

Itu pertama, isu guru suka berniaga atau buat kerja sambilan, yang keduanya , ramai dikalangan guru jugalah yang menjadi tali barut kepada pembangkang di negara ini. Kalau dilihat zaman sebelum merdeka dan zaman dulu, guru-guru adalah perjuang bangsa, tapi kini guru-guru yang menjadi petualang bangsa dan ingin merosakan bangsanya sendiri. Gurulah yang ramai sekali menyokong Pembangkang. Bila nak bertukar dari satu sekolah ke satu sekolah yang lain, mula la mereka buat baik dengan PPD. Tapi dibelakang mereka lah yang ramai menjadi petualang bangsa dan sanggup menggadai negara ini kepada komunis DAP atau pengkhianat yang lain. Dulu gurulah yang menjadi tulang belakang kemerdekaan negara kita ini. Tapi kini guru lah yang ingin menjual negara ini tanpa ada rasa bersalah atas diri sendiri.


Jangan kerana hari ini hari guru maka, tidak boleh sedikit pun ditegur guru ini. Memang ianya agak keras, namun, mereka lah yang banyak menyokong Pembangkang dan sehinggakan RM500 yang dijanjikan oleh Pembangkang sanggup digadaikan anak bangsanya sendiri. Inilah sikap guru yang terlalu hipokrit sekarang ini. Bagaimana dengan sikap yang hipokrit ini mereka mahu mendidik anak bangsa mereka. Guru menjadi nadi kepada masyarakat dan mereka perlu menjadi contoh dalam kehidupan masyarakat. Kalau seorang guru itu sibuk dengan meniaganya dan hinggakan pasar ramadhan pun ada guru yang meniaga dan kalaulah mereka ini menjadi petualang negara , mana contoh terbiak buat masyarakat yang boleh guru ini tunjukkan.

Maka sesudah hari guru ini, jika ada guru yang membaca tulisan ini, ubahlah, janganlah dek kerana wang ringgit anda sanggup melupakan tugas hakiki anda sebagai warga pendidik. Dan dek kerana marahkan kerajaan anda sanggup menjual negara ini kepada petualang negara. Ingatlah jasa guru guru sebelum kita, yang banyak berkorban membebaskan negara dari penjajah. Jadilah guru yang bertanggungjawab dan simpullah amanat janji kita untuk membela nasib anak bangsa kita. Walau sedikit kamu dibayar, walau kamu makan nasi berulamkan ikan kering , walau kamu dinun jauh dipendalaman, namun hati kamu tetap tabah dan terus berpegang pada janji untuk mendidik anak bangsa mu.


Perjuangan mu sebagai guru belum berakhir dan kamulah penerus perjuangan guru-guru yang lalu dalam mendidik anak bangsa mu erti kemerdekaan sebenar dan menjadi tembok penghalang dari ancaman petualang yang sanggup menjual negaranya kepada komunis...sesudah hari guru ini , ikrar menjadi azimat buat seluruh warga pendidik, bantulah kerajaan yang merdeka ini untuk meneruskan wawasan kemerdekaan dan aspirasi negara yang abadi...

No comments:

Post a Comment