Friday, May 13, 2011
DAP apa dah jadi...PAS diam diri....PKR senyum sendiri...
Setelah menang di Sarawak, DAP mula menunjukkan taringnya dalam erti kata sebenar arena politik di Malaysia. DAP sudah membuka topeng sebenar mereka setelah mereka percaya yang 2 parti pakatan mereka akan tunduk dengan apa jua permintaan mereka. Nah, sekarang DAP mula bercadang untuk meluaskan kuasa dan tampuk pemerintahan komunis mereka ke pantai timur pula. Inilah kenyataan DAP dalam Malaysia kini..“Kami mempunyai hasrat yang tinggi untuk bertanding di kerusi dewan undangan negeri Bandar di Terengganu. Manakala bagi Kelantan, kami masih memantau dan mengenalpasti kerusi berkenaan,” kata timbalan setiausaha organisasi DAP, Vincent Wu.
Jelas mereka juga tanpa segan silu mula megorak langkah untuk menguasai bandar-bandar di Pantai Timur. Apa pula, haluan PAS kali ini, adakah mereka rela tunduk dan memberi laluan kepada komunis ini untuk terus menguasai bandar di Pantai Timur atau membiarkan orang-orang Melayu di bandar terus dipinggirkan. PAS yang semakin tunduk dan layu atas pemintaan DAP dan PKR dan hanya mampu tersenyum sambil mengelurkan fatwa-fatwa halal mereka berkongsi kuasa bersama kafirun.
Apa sebenar agenda DAP sekarang ini, dengan jelas setelah pendedahan ahlinya sendiri dengan laporan polis menyatakan bahawa DAP juga bercadang menggubal perlembagaan dari Islam agama rasmi kepada Kristian agama rasmi Malaysia. Dimana pendirian PAS tika ini yang memperjuangkan Islam sebagai landasan mereka. Adakah kali ini juga PAS sanggup menurut perintah DAP untuk turut serta bersetuju bahawa Kristian agama rasmi Malaysia. Pemimpin PAS mula tunduk dan resah tika ini, nak di sanggah takut melukakan hati pakatan mereka. Tak disanggah sokongan rakyat yang beragama Islam mula sangsi akan perjuangan mereka.
Apa jua tindakan DAP sekarang ini sudah mula menunjukan taring mereka yang sebenarnya. Namun, ada juga manusia yang masih lagi percaya akan komunis ini dari bangsanya sendiri. Kelu bila mana ada juga bangsa Melayu yang sanggup mengadaikan hak keistemewaannya demi untuk DAP tercinta. PAS yang dulunya sanggup berjihad dan bermatian untuk menegakkan Islam namun kini kecut telur bila digertak oleh DAP. Langsung tiada kalam atau bicara para Ulamak dan mursidul PAS demi perlembagaan Islam tercinta. Kenapa tida keluhan atau keresahan dari PAS, semuanya nak tunggu arahan dari Anwar atau sekarang ini PAS hanya boleh membuat kenyataan bersama-sama dengan pakatan yang lain.
Lihat bila Islam sudah berani digadai oleh PAS demi menjaga kawan dan sahabat mereka iaitu DAP dan PKR. Lama kelamaan apa yang disolat hajatkan kini ditunjuk oleh Allah SWT kebenaranya. PAS sudah hilang maruah dan harga diri demi DAP tercinta, inilah hakikat yang perlu kita sedar dan perlu ada pendirian sebagai umat Islam dalam memperkatakan Al Walak dan Baraa dan bukan demi kepentingan politik sanggup menggadai kesucian Islam.
Maka PKR sebagai dalang dongeng cerita ini tersenyum sendiri apabila mereka berjaya mengucar luaran dan dalaman PAS dan DAP. PKR tersenyum riang bila mana mereka juga berjaya menjadikan PAS dan DAP dibawah telunjuk mereka. Cerita dongeng mula tercipta hari demi hari bagi menutup segala keaiban demi mecari simpati rakyat.
Segala apa yang terjadi dalam arena politik Malaysia kini perlu direnung tajam dan berfikir diluar kotak agar kita tidak terpedaya dek isu yang cuba diputarbelitkan oleh pihak pakatan pembangkang. DAP jangan bermain api,perlu diingat ada lagi perjuang yang belum ditelan zaman untuk terus mempertahankan bumi Melayu ini dari dijajah buat kali kedua....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Saudara 'Blogger'..UMNO (dulu) telah diakui oleh sejarah memperjuangkan nasib kaum Melayu.UMNO (kini) seolah tergelincir daripada landasan perjuangan sebenar. Corak politik jelas hanya kepada 'serangan peribadi'.Jelak dan malu melihat media arus perdana menghidangkan kisah 'dalam kain' kaum sendiri.Saya tak mahu memanjang lebarkan pandangan saya terhadap isu panas tersebut.Jika benar UMNO memperjuangkan kaum Melayu,tunjukkan,berikan,hidangkan dengan ikhlas dan penuh ehsan.Jangan hanya prihatin semusim durian saja.
ReplyDelete(Ini sekadar pemerhatian saya secara am..bukan berniat menghentam peribadi sesiapa)
NurulMahmod Radhi: terima kasih atas komen saudari.Bagi saya ianya memang benar apa yang saudari nayatkan, saya rasa ada baiknya saudari baca penulisan saya tentang UMNO yang banyak perlu diperbetulkan dalam tulisan saya sebelum ini, Kisah dalam kain yang saudari nayatkan itu sendiri diakui oleh Ulamak PAS ( Tok Guru dan di sokong oleh majlis syura ulamak pas Abd Ghani Shamsuddin) bahawa kita kena dedahkan kerana mereka ini adalah pemimpin rakyat dan jika tidak didedahkan maka kita dipimpin oleh golongan yang rendah moralnya. Bagi membuka aib org biasa itu tidak boleh didalam Islam...Bagi saudari yang ingin kenal sepak terajang politik, maka inilah hakikatnya, dan jika tidak boleh terima maka jangan sekali membicarakan tentang politik. Politik adalah satu seni serba mungkin...Terima kasih atas sokongan saudari dan komen yang bernas dari saudari, moga kita bersama ada kudrat untuk membetulkan apa yang tersirat dan tersurat dalam politik negara demi masa depan anak bangsa kita....
ReplyDeletePelik juga kenapa isu ini dijaja dah terlalu lama.Selepas satu isu ke satu isu..yang membuatkan saya jijik membaca dan mendengar.Saya tidak berpihak kepada sesiapa cuma berpihak kepada kebenaran.Jika ini sepak terajang politik..Nah!Dedahkanlah skandal semua pemimpin yang ada.Rasanya tak ada yang layak bergelar pemimpin selagi pemimpin itu tidak muhasabah diri
ReplyDeleteItu lah dinamakan politik...
ReplyDelete