Kastam Diraja Malaysia, satu nama yang aku rasa amat kagum bila mendengarnya. Tentu anggotanya juga berkaliber dan gigih dalam menjalnkan tugas yang diamanhkan. Mau tak nya DiRaja Malaysia yang didokongnya maka ianya bukan mudah untuk melihat satu agensi yang cukup berkaliber. Namun dek kerana nila setitik maka rosaklah susu sebelanga. Bukan setakat setitik nila tapi aku rasa dah lama dah nila ni berkarat dalam belanga. Cuma akhir-akhir ini ianya menjadi terang dan tampak jelas bila bau susu dah busuk dan susu dah jadi masam.
Apa pandangan masyarakat ke atas Kastam yang selama ini dilihat sebagai agensi pemantau dan penghalang dari segala penyaludupan berlaku. Apa dah jadi, nasik dah jadi bubur. Dan kini mereka semua disiasat oleh pihak SPRM. Kesnya bukan kecil tapi melibatkan berbilion ringgit. dan hasil negara habis digadai dek kerana satu agensi yang digelar Kastam Diraja malaysia.
Dimana Ketua Pengarahnya ketika itu. Kenapa ketua pengarah tak tahu menahu akan hal sedemikian. Ini bukan kes kecil atau kes terpencil. Mustahil kalau ketuanya tak tahu. atau ketuanya buat-buat tak tahu atau sebaliknya. hanya Allah je yang tahu. Tapi pada rakyat Malaysia yang inginkan rasuah dibentersa, maka dicadangkan seluruh anggota Kastam tak kira la dia pangkat Ketua Pengarah yang bergelar dato' seri pun perlu diheret dan disoal siasat. kenapa beliau sebagai Ketua Pengarah tak tahu akan hal ini, dan bagaimana beliau terlepas pandang. Ini menunjukan beliau tak buat kerja langsung, dan anak buah je yang buat keje hinggakan anak buahnya buat keje sungguh-sungguh hingga kaya raya.
Maaf cakap la disini , apa yang terjadi keatas Kastam ini perlu diambil iktibar untuk agensi lain dan diharapkan agar pihak SPRM jangan hanya melihat akan agensi kastam sahaja. Sila lah ke agensi lain yang tugasnya boleh dilihat mudah untuk penyelewengan atau rasuah. Pada pihak kastam maka satu penghinaan untuk agensi kamu dan memalukan rakyat Malaysia. Kamulah petualang negara yang membuatkan kerugian besar atas negara sedang negara dilanda krisis ekonomi dan sedang rakyat Malaysia yang lain keletihan dengan isu ekonomi, kamu kastam duduk senang lenang menghancurkan negara. Malu entah dimana letaknya, tapi buat warga Kastam maka semaklah diri anda adakah anda memberi makan kepada anak-anak anda wang haram dan anda dan keluarga anda tak akan selamat dunia dan akhirat. Ini sumpah rakyat Malaysia untuk sesiapa yang makan rasuah ....Amin ya Rab...
Tahniah buat BN di Sarawak yang menampilkan calon-calon muda dalam PRN ke 10 kali ini. Ianya bertepatan dalam mengimbangi pola pengundi di Sarawak yang hampir 35 peratus pengundi muda akan mengundi. Ia juga melihat kepada transformasi yang dijanjikan satu perubahan buat Sarawak dan juga calon muda ini diharapkan dapat memberi nafas baru dalam era politik di Sarawak. Corak yang diharapkan adalah membangunkan Sarawak dan juga masa depan anak-anak sarawak dalam dunia pendidikan. Begitu juga pembangunan di Sarawak, nilai ekonomi rakyat juga ditagih dan juga peluang-peluang perkerjaan bagi warga muda di Sarawak.
Nah, calon muda telah ditampilkan, maka nafas baru juga perlu dibawa dalam politik negeri Sarawak. Bukan ditakuk lama dan bukan juga hanya janji yang manis ditabur. Pengaruh pengundi muda yang giat di alam maya ini akan menentukan kuasa mereka dalam memilih calon dan tika itu jugalah janji dan perubahan itu harus seiring dan ianya menepati kehendak pengundi. Calon muda juga perlu belajar dalam memberi khidmat inovasi baru untuk pengundi dan bukan dalam bentuk arena politik lama. Globalisasi menagih calon muda ini menunjukkan bakat mereka dalam memberi khidmat kepada masyarakat di Sarawak.
Bukan hanya pandai bergendang, tetapi gendang itu perlu dipalu mengikut rentaknya dan alunnya. Calon muda menjdai sandaran kali ini untuk meningkatkan peratus keyakinan rakyat Sarawak dalam PRN ini. Calon muda juga dilihat sebagai pelapis yang akan membawa Sarawak kepada satu lekuk perubahan dalam apa jua gayanya. calon muda lah yang menjadi tulang belakang BN di Sarawak untuk menangkis segala tomohan buruk yang ditujukan buat BN selama ini. Maka, dalam kita memberi ruang untuk calon muda dan muka baru ini, nun disana terpikul dibahu mereka satu pertanggungjawaban yang akan digalas di PRN ini. Tanggungjawab yang akan memberi seribu makna buat BN dan juga seluruh rakyat Sarawak.
Bukan mudah laluan kali ini, walau ada yang sudah meramalkan bahawa 2/3 itu akan berhasil buat BN dengan jayanya. Namun, perlu diingat jika ada penambahan kerusi oleh Pembangkang di PRN ini maka disana apakah kesilapanya. Apakah yang perlu dilihat dan dianalisa untuk BN mengambil segala pengajaran di PRU 13 akan datang. Segalanya bergantung di 16 April ini.
Calon muda kali ini haruslah memberi perhatian dalam tempoh 10 hari berkempen. Strategi yang terancang perlu dilaksanakan dalam gerak kerja berkempen agar kejayaan akan dilihat mudah laluanya. Tanpa strategi maka ianya jalan yang ditempah untuk kegagalan dalam PRN ini. Strategi pihak lawan adalah perlu diihat dan ditangkis dengan sebaik mungkin. Dan yang paling penting untuk calon muda dan baru ini adalah menyantuni rakyat agar mereka tahu dan kenal siapa yang akan membawa suara perubahan untuk pengudi semua. Kenal calon dan mesra calon memudahkan keyakinan pengundi untuk tampil memberi undi.
Akhirnya, tahniah untuk BN di Sarawak yang berani membuat satu perubahan dengan menampilkan calon muda. Keyakinan yang diberikan oleh parti untuk calon-calon ini janganlah disia-siakan dan berilah janji anda yang anda akan berkerja untuk parti bersungguh-sungguh dalam mewakili BN kali ini. Calon muda dan pengundi muda untuk kali ini dilihat menjadi penggerak minda, perubahan buat rakyat Sarawak dalam menuju era perubahan dan transformasi anjakan Sarawak baru.
Dalam UMNO tercari-cari tapak untuk berpijak dan dalam UMNO cuba menjuarai rakyat, mereka perlu berfikir dan cuba keluar dari kotak pemikiran yang jumud dan kembali kepada sikap transformasi kendiri. Beberapa faktor dari ahli akadamik yang cuba menegur dan kali ini gores malam sudah lama ingin meluahkan buah fikir sebagai insan kerdil memberi sudut pandang agar ianya boleh membantu UMNO terus menjadi juara rakyat dimasa depan. Apa jua perubahan itu datangnya dari UMNO sendiri yang hadir ini sebagai jambatan atau pemudah cara sahaja. Nak atau tidak maka UMNO perlu berfikir untuk menjadi lebih inklusif dan diyakini rakyat. Sudut pandang aku bermula dibawah ini:
1.UMNO perlu ada unit 'RnD' atau unit kajian dan strategik. Ia amat penting bagi menjana segala pemikiran dan penyelidikan dalam mengukuhkan UMNO itu sendiri. Unit ini terdiri dari golongan pemikir yang menjana segala gerakkerja, strategik dan juga perang saraf dalam apa jua isu-isu yang dihadapi oleh UMNO. Persiapan ini penting dalam mengatur strategik dan mencari apa juga permasalahan dalaman UMNO mahupun luaran. Dengan persedian dari unit ini yang rapi, maka UMNO tidak perlu lagi mencari apa juga kerangka yang perlu digunapakai untuk pilihanraya akan datang. Unit ‘RnD’ yang tersedia ini akan menjadi pusat dokumentasi dan penyampai maklumat kepada Ketua Penerangan UMNO dan ia boleh terus disalurkan di setiap Bahagaian dan juga Cawangan.
2.Dipetik dari ucapan YAB PM bertajuk, ‘menakhoda zaman’ menyatakan bahawa, untuk mentransformasi UMNO supaya kembali menjadi parti pilihan orang melayu dengan mengemaskini pendidikan dan pengkaderan politik ahli UMNO itu sendiri. Di semua peringkat ahli-ahli UMNO perlu dididik dan diberi kefahaman secukupnya agar menjadi penyokong yang celik tentang sejarah parti. Maka satu proses memperkukuhkan pendidikan dan pengkaderan melalui kursus-kursus politik secara terancang, berperingkat lagi tersusun berdasarkan modul yang digubal khas merangkumi pendedahan sejarah, pembinaan jati diri dan semangat kerja berpasukan.
3.UMNO terlalu politikal sehingga melupakan urusan kebajikan massa, pendidikan dan dakwah. Bagi menarik sokongan massa, urusan memasyarakatkan UMNO ke dalam masyarakat Malaysia perlu diperkasakan.Antaranya mengadakan amal kebajikan dalam sesebuah komuniti, dialog ilmu antara agama dan amal dakwah secara istiqamah kedalam masyarakat terutamanya golongan belia. Isu-isu semasa yang membelengu masyarakat kampung atau bandar perlu dilihat dan mencari jalan penyelesaian. Memasyarakatkan UMNO dalam ertikata sentiasa peka dalam apa jua perkhidmatan yang dapat diberikan untuk masyarakat setempat. Mengeratkan hubungan sesama, adalah penting bagi menjana kepercayaan masyarakat terhadap pemimpin itu sendiri. Perubahan set minda yang menyatakan diri itu sebagai orang atasan perlu diubah kepada tunduk memasyarakatkan minda dan diri dengan penuh keikhlasan. Sifat inklusif yang dicanang oleh YAB PM di praktikkan dalam gerakkerja UMNO untuk lebih berkesan dalam memasyarakatkan UMNO itu sendiri.
4.Elemen turun padang bertemu masyarakat setempat dan datang kepada audien dan tidak lagi dengan cara menunggu dan mengharapkan kedatangan masyarakat kepada pemimpin dalam majlis-majlis atau hanya menunggu dibilik pejabat khidmat masyarakat. Kunjungan rumah ke rumah rakyat untuk silaturahim mampu mengalirkan air mata rakyat yang disentuh hatinya oleh pemimpin-pemimpin yang berjiwa rakyat.
5.Kelunturan kualiti insan dikalangan ahli UMNO amat membimbangkan. Pemfokusan dalam kemewahan duniawi yang keterlaluan tanpa menghirau kekuatan dalaman jiwa yang kosong dengan erti kata tanpa ada nawaitu perjuangan bangsa. Pembangunan insan dalam gerak kerja perjuangan bangsa perlu dilaksanakan bagi melihat penyambung arah ini berkekalan hingga ke anak cucu bangsa melayu mendatang. Kualiti insan yang lemah dalam minda berfikir untuk memacu perjuangan bangsa adalah menjadi isu utama untuk difokuskan. Kurang minat dalam ahli UMNO untuk menjana perkembangan ilmu dalam diri menjadikan mereka lemah dalam berfikir dan kurangnya motivasi melaksanakan segala gerakkerja.
6.Orang melayu perlu ditegur untuk menjamin hala tuju mereka. Kesilapan-kesilapan orang Melayu ini berulang kali dek kerana tiada teguran dan pembetulan. Mungkin benar apa yang dikatakan ‘melayu mudah lupa’. Sudah sampai masanya jika mahukan perubahan maka Melayu itu perlu ditegur agar mereka dapat menjana perubahan dalam diri dan masyarakat melayu itu sendiri. Teguran itu amat penting tetapi ia perlulah dimulakan dengan pihak atasan pimpinan dan barulah ia terus diunjurkan hingga ke akar umbi. Pemimpin atasan perlu bersifat terbuka dan bersedia ditegur oleh segenap penjuru masyarakat. Pemimpin yang boleh berubah dan bersedia untuk berubah akan dilihat sebagai satu penjelmaan baru dalam arena politik tanahair.
7.Gerakerja bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO’s) dalam menangani segala isu-isu dalam parti UMNO dan juga kerajaan. Gerak kerja ini termasuklah penerangan, latihan dan juga penyatuan dalam membantu pihak kerajaan mendekatkan diri dengan masyarakat. Dengan kerjasama yang dapat dijalin bersama NGO’s ini maka UMNO dapat belajar cara yang lebih efaktif untuk bergerak di lapangan bertemu dengan masyarakat. Ia juga dapat membendung NGO’s ini dari terpesong dan digunakan oleh pihak pembangkang.
8.Hubungan baik (Networking) UMNO bersama agensi kerajaan, perlu dipertingkatkan terutama dengan agensi kerajaan yang terlibat secara langsung dengan politik. Ini amat penting sebagai penyumbang maklumat serta mencari permasalahan yang dihadapi oleh rakyat untuk diselesaikan. Networking ini juga penting dalam menjayakan program-program bersama serta mengUMNOkan pegawai-pegawai kerajaan itu sendiri.
9.Sistem ‘buddy-buddy’ perlu dilaksanakan oleh UMNO diperingkat akar umbi. Modius operandi system ini dilaksanakan iaitu bagi setiap ahli mencari rakan yang bukan ahli dan mengahlikan atau mengUMNOkan mereka dengan cara penuh hikmah sebagai sahabat. Maka cara ini dilihat satu system dakwah juga seperti yang dilakukan oleh Rassullah SAW dalam megajak umat untuk memeluk Islam. MengUMNOkan masyarakat dengan system ini dilihat lebih berkesan kerana masyarakat itu akan tersentuh dari hati ke hati dan kepercayaan mereka itu terhadap UMNO lebih tinggi .
10.Bagi program-program yang perlu dijalankan oleh UMNO dalam masa terdekat ini adalah dengan mengadakan kekerapan pemimpin dari DUN atau setiap Ketua Bahagian atau Cawangan menghadirkan diri dalam segala program kemasyarakatan. Kenduri kendara, kematian, Maulid Rasul, lawatan bagi orang sakit dan apa jua cara bagi bertemu lebih kerap dimata masyarakat kampung. Hadir solat berjemaah juga amat penting bagi Ketua Cawangan atau juga Ketua Bahgaian serta seluruh ahli UMNO. Ini kerana mereka-mereka ini sering kali menjadi AJK atau Pengerusi masjid tetapi batang hidung mereka pun jarang sekali dilihat di masjid-masjid. Bukan bermaksud mereka perlu sentiasa di masjid tapi kekerapan akan membawa perubahan persapsi masyarakat kampung itu sendiri. Bagi masyarakat bandar pula, kerja gotong royong amat digalakan dan konsep rukuntetangga juga boleh merapatkan lagi pemimpin UMNO atau ahli UMNO kepada masyarakat setempat.
11.Apa yang dirunsingkan sekarang ini adalah pengaruh genarasi muda yang kurang berminat dan percaya dengan UMNO. UMNO sendiri dikalangan Pemuda tidak banyak mengatur program di seluruh IPTA/S. Program-program belia perlu diatur dan diperbanyakan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Ini kerana banyak dilihat juga persatuan-persatuan belia hanya untuk jambatan bagi menaikkan nama-nama individu tertentu dan hanya mementingkan jawatan tanpa mengira program-program untuk membina belia belia negara. Peruntukan yang banyak untuk membangun modal insan hanya dapat dilihat sebagai habuan bagi sesetengah individu sahaja tanpa mengira natijah keseluruhan kejayaan program tersebut.
12.Program-program kecil seperti tahlilan, doa selamat dan marhaban di rumah-rumah di kampung atau di bandar dilihat amat penting dijalankan dengan bermodalkan wang yang sedikit tapi mempunyai impak yang besar. Apapun program-program kecil seperti LDK ini boleh diselitkan dengan kehadiran ahli UMNO serta penyampaian makluamt terkini UMNO dan isu-isu semasa. Kehadiran pemimpin UMNO di wad-wad hospital menziarahi pesakit juga dapat mengeratkan lagi hubungan UMNO dengan masyarakat setempat.
13.Program pemutihan kakitangan kerajaan amat perlu ketika ini kerana banyak ketirisan dalam kerahsiaan maklumat yang berlaku. BTN perlu memainkan peranan yang lebih berkesan dalam menjalankan tanggungjawab ini. Ini kerana pada sekitar tahun 80an dilihat gerakkerja BTN amat berkesan dengan modul menghantar setiap pegawai kerajaan yang hitam pemikiran mereka ke kursus bina semangat. Ini dilakukan bukan hanya sekadar setahun sekali malah pada ketika itu pegawai yang hitam pemikirannya dihantar berkursus dengan kerap hinggalah pegawai tersebut merasa letih dan akhirnya merubah pemikiran mereka.
14.UMNO sendiri perlu bertanya pada diri sendiri mengapa dan kenapa rakyat tidak suka dengan UMNO sekarang ini. Kenapa rakyat mula benci dan mula condrong kepada pembangkang? Adakah UMNO itu sedar dan bukan hanya syok sendiri tentang hakikat ini yang mereka itu ditolak baik dikampung mahupun dibandar, malah generasi muda juga tidak ingin merapatkan diri dengan UMNO. Maka bilamana persoalan ini terjawab, kita dapatlah menganalisa serta membuat satu kerangka kerja bagi menjadikan UMNO sebagai Parti Juara Rakyat.
15.UMNO perlu membuat satu kerangka implementasi dalam setiap ucapan dasar Presiden parti agar ia boleh digunapakai untuk setiap ahli serta pemimpin disetiap peringkat. Justeru itu, segala ucapan yang pernah disampaikan oleh Presiden parti dijadikan bahan rujukan. Ini juga dilihat akan merealisasikan amanat yang disampaikan oleh Presiden parti dan tidak hanya dibukukan malah ia dijadikan sebagai gerakkerja diperingkat akar umbi.
16.Perubahan paling berani yang perlu dibuat oleh UMNO adalah melantik sendiri Ketua Penerangan Bahagian untuk ditempatkan diseluruh Bahagian. Ketua Penerangan Bahagian yang dilantik dari pusat berfungsi menyampaikan segala maklumat terus ke akar umbi dan ia juga menjadi sumber rujukan utama dari UMNO Pusat. Ketua Penerangan ini juga berperanan menjadi mata dan telinga bagi pusat dan menyampaikan segala permasalahan serta apa yang berlaku di peringkat akar umbi.
17.Memperkasakan Cawangan dan mengeratkan hubungan antara veteran UMNO. Dengan memperkasakan Cawangan-cawangan UMNO disetiap Bahagian dilihat amat penting dalam menjalankan gerakkerja diakar umbi. Peranan Cawangan diperkasakan dan peranan ketua Cawangan juga dijana dalam mengerakan segala program dan penyampian maklumat. Ini mengambil pengajaran dari apa yang berlaku di Kelantan yang mana hanya Bahagian UMNO sahaj yang berkuasa dan segelintir sahaja cawangan yang berfungsi demi Ketua Bahagian. Ada Cawangan UMNO yang terus lesu dan ditutup dan digantikan dengan Cawangan PKR. Penyusunan semula struktur Cawangan adalah penting bagi menjana kekuatan UMNO hingga ke akar umbi. Hubungan dengan veteran UMNO juga penting dieratkan kerana mereka-mereka ini boleh membantu dari pelbagai sudut dalam memperkasakan UMNO itu sendiri. Janganlah UMNO itu menjadi sebuah parti yang melupakan jasa-jasa para pejuang bangsa.
PRN yang akan hadir pada 16 April ini akan membawa satu lekuk perubahan buat senario politik matang rakyat di Sarawak dan Malaysia amnya. Apa jua perubahan yang berlaku boleh dikatakan satu kematangan rakyat berfikir dan menerima segala perubahan dengan terbuka. Sarawak yang mempunyai 71 kerusi DUN terus berkira-kira bagi setiap parti yang bertanding. Siapa yang boleh mempengaruhi dan siapa yang bakal menguasi 2/3 majoriti DUN.
Bagi rakyat Sarawak mereka masih boleh menerima segala maklumat baik di bandar-bandar mahupun di pendalaman. Tak kira melalui alam maya atau melalui media cetak atau ada yang terus mulut ke mulut. Namun, segala maklumat itu terus tersebar dan ianya menjadi dalil untuk mereka menilai apa yang baik untuk masa depan mereka dan anak bangsa serta kaum mereka. Masa untuk berubah atau terus ditakuk lama, inilah yang cuba dibawa oleh pembangkang. Untuk rakyat Sarawak mereka boleh menilai siapa yang boleh membawa perubahan kepada mereka.
Tidak risau apa yang berlaku di Semenanjung maka rakyat Sarawak terus melihat dari sudut ekonomi mereka dan jaminan bumi yang dipijak adalah hak mereka. Bukan banyak yang dipinta, tapi sudah masanya Kerajaan Sarawak membuka mata dan bukan hanya menyalahkan Semenanjung sahaja untuk hal sedemikian. Mereka yang memerintah Sarawak buat sekian lamanya arif akan hal ini, dan bagaimana hendak menyelesaikannya sudah ada dihujung jari mereka. Apa tunggu lagi.. sudah tiba masanya, yang lama ditukar baru dan yang baru merancang untuk terus maju.
Sarawak tidak perlu untuk mereka dipimpin oleh parti yang datang dari semenanjung kerana mereka tidak paham akan selok belok yang berlaku di Sarawak. Walau parti dari semenanjung diwakili oleh anak Sarawak dalam PRN ini namun perlu diingat segala keputusan itu dibuat di semenanjung dan ketuanya berasal dari semenanjung. Nah, siapa yang akan faham budi dan kebudayaan orang Sarawak. Bagaimana yang dikatakan mahu perubahan kalau segalanya diputuskan oleh orang semenanjung. Maka disini rakyat Sarawak perlu menilai dengan penuh teliti dan jangan sampai digadai tanah buat kali keduanya.
PAS untuk kesekian kalinya mencuba nasib di Sarawak. Untuk itu mereka menantikan kelahiran sulung calun mereka dan manifesto apa pula yang cuba dibawa kali ini. Apa pula janji-janji surga untuk rakyat Sarawak yang cuba dibawa. Kalau dulu PAS tidak langusng cuba membawa agenda rakyat Sarawak, kenapa baru kali ini mereka melihat Sarawak satu kepentingan buat mereka. Rugutan dalaman oleh PAS di Sarawak yang tidak mahu didengar oleh PAS pusat menjadikan ianya bukti PAS tidak ada kepentingan di Sarawak. Janganlah hanya untuk melepaskan batuk ditangga sahaja. Bertanding di PRN ini hanya untuk menunjukan muka sahaja. Apa pula nasib rakyat Sarawak kelak bila memilah PAS dan adakah PAS boleh merubah nasib rakyat Sarawak.
PKR terus rakus bersama DAP dan SNAP meninggalkan PAS bersendirian. PAS mula mengeluh kerana segala pandangan mereka diketepikan oleh parti kawan mereka. Apa yang membuat PKR terus rakus untuk mendapatkan kerusi sedangkan mereka dalam delima untuk menampilkan calon mereka. PKR dilihat akan menampilkan calun tangkap muat untuk kesekian kalinya dan ini akan dilihat seperti PRU yang lalu dan lompat melompat mudah berlaku dikalangan calon yang tangkap muat. PAS dan DAP akan mula panas dengan perangai lama PKR ini....
Apa pun PRN Sarawak ini akan menjadi kayu ukur buat BN untuk terus melihat sejauh mana sokongan rakyat Sarawak kepada BN. Sokongan yang akandibawa sebagai bekalan di PRU 13 kelak. BN perlu berhati-hati dan jangan mudah selesa. Apa yang mereka kecapi selama ini mungkin akan berubah. tak semudah itu yang disangka dan sindrom selesa akan mula meresap buat kesekian kalinya. BN perlu berhati-hati akan protes senyap oleh pengundi. Mereka juga mahu melihat wakil rakyat anak jati dan yakin akan membawa suara mereka. Justeru, BN bukan diberi laluan mudah untuk PRN ini. Mereka perlu berkerja keras dan segala kelemahan perlu dikaji dan setiap janji perlu dikotai.
Persepsi adalah senjata penting untuk kempen kali ini. Ia diikuti dengan gerakkerja yang sistematik dan strategi yang baik. Setiap jentera tahu akan tugas mereka. Dari bilikgerakan sehinggalah ke yang memasang poster semuanya perlu dipantau rapat. Dan yang paling teruja adalah menjaga ahli agar mereka semuanya tahu akan tanggungjawab keluar mengundi. Tidak ada 'gerakan pemecah' atau kalau di semenanjung ini 'cah keting' bagi rakyat Kelantan.
Apa pun gendang yang telah dipalu, maka jentera boleh aturkan gerakan, segala persiapan telah diatur dan tiba masanya untuk Sarawak memilih masa depannya....
Jam Omega memang mahal, aku sendiri kumpul duit nak kan jam idaman ni... cam gambar kat atas tu heheheh jam tu memang aku yg punya dan dari titik peluh aku yang beli...Tapi jam tu masiih ada lagi ditangan aku dan masih digayakan dihujung-hujung minggu... Ada lak orang yang beli jam Omega mahal-mahal tapi hilang...Kalau orang tu kaya dia memang banyak jam dan mungkin dia boleh lupa jamnya letak dimana...
Apapun jam Omega yang aku beli ni dek kerana aku suka sangat , pasal James Bond pun pakai cam model ni gak, cuma yang Bond punya tu boleh keluar api...aku nya lak setakat leh tengok masa dan tarikh je, tu pun tak mampu nak beli yg automatik nya...Kalau Bond disponsor oleh syarikat Omega , aku rasa, Si mangkuk hayun yang hilang jam Omega pun leh jadi model Omega sama baris ngan Bond dan model-model yang lain...Apa kurangnya mangkuk tu, hensem ada , hidung pun mancung, gagah dan berani, siap ada tag line lagi mangkuk tu 'Lawan tetap lawan'. So bagi cadangan aku untuk kesekian kalinya Omega perlu memikirkan untuk menjadikan mangkuk ini satu idola dan maka bertambahlah bisnis Omega di rantau Asia ini.
Apa pun syarikat jam Omega untuk kesekian kalinya akan bangga sebagaimana bangga dengan agent 007 nya. Jam Omega kali ini disebut-sebut sebagai saksi kes panas mangkuk ni....hehehe Omega tetap menjadi pujaan si gadis selepas ini...mana tak nya siapa pakai Omega dikatakan power beb, setakat 2 round makan kacang je . Maka memang terbukti, kalau dalam cerita 007 pun, ramai awek yang suka Bond tapi jantan Bond tak main la...Omega untuk kesekian kalinya aku rasa bangga memiliki mu ....adios amigosss....