Sunday, March 27, 2011

Sarawak dan masa depannya


PRN yang akan hadir pada 16 April ini akan membawa satu lekuk perubahan buat senario politik matang rakyat di Sarawak dan Malaysia amnya. Apa jua perubahan yang berlaku boleh dikatakan satu kematangan rakyat berfikir dan menerima segala perubahan dengan terbuka. Sarawak yang mempunyai 71 kerusi DUN terus berkira-kira bagi setiap parti yang bertanding. Siapa yang boleh mempengaruhi dan siapa yang bakal menguasi 2/3 majoriti DUN.

Bagi rakyat Sarawak mereka masih boleh menerima segala maklumat baik di bandar-bandar mahupun di pendalaman. Tak kira melalui alam maya atau melalui media cetak atau ada yang terus mulut ke mulut. Namun, segala maklumat itu terus tersebar dan ianya menjadi dalil untuk mereka menilai apa yang baik untuk masa depan mereka dan anak bangsa serta kaum mereka. Masa untuk berubah atau terus ditakuk lama, inilah yang cuba dibawa oleh pembangkang. Untuk rakyat Sarawak mereka boleh menilai siapa yang boleh membawa perubahan kepada mereka.

Tidak risau apa yang berlaku di Semenanjung maka rakyat Sarawak terus melihat dari sudut ekonomi mereka dan jaminan bumi yang dipijak adalah hak mereka. Bukan banyak yang dipinta, tapi sudah masanya Kerajaan Sarawak membuka mata dan bukan hanya menyalahkan Semenanjung sahaja untuk hal sedemikian. Mereka yang memerintah Sarawak buat sekian lamanya arif akan hal ini, dan bagaimana hendak menyelesaikannya sudah ada dihujung jari mereka. Apa tunggu lagi.. sudah tiba masanya, yang lama ditukar baru dan yang baru merancang untuk terus maju.

Sarawak tidak perlu untuk mereka dipimpin oleh parti yang datang dari semenanjung kerana mereka tidak paham akan selok belok yang berlaku di Sarawak. Walau parti dari semenanjung diwakili oleh anak Sarawak dalam PRN ini namun perlu diingat segala keputusan itu dibuat di semenanjung dan ketuanya berasal dari semenanjung. Nah, siapa yang akan faham budi dan kebudayaan orang Sarawak. Bagaimana yang dikatakan mahu perubahan kalau segalanya diputuskan oleh orang semenanjung. Maka disini rakyat Sarawak perlu menilai dengan penuh teliti dan jangan sampai digadai tanah buat kali keduanya.

PAS untuk kesekian kalinya mencuba nasib di Sarawak. Untuk itu mereka menantikan kelahiran sulung calun mereka dan manifesto apa pula yang cuba dibawa kali ini. Apa pula janji-janji surga untuk rakyat Sarawak yang cuba dibawa. Kalau dulu PAS tidak langusng cuba membawa agenda rakyat Sarawak, kenapa baru kali ini mereka melihat Sarawak satu kepentingan buat mereka. Rugutan dalaman oleh PAS di Sarawak yang tidak mahu didengar oleh PAS pusat menjadikan ianya bukti PAS tidak ada kepentingan di Sarawak. Janganlah hanya untuk melepaskan batuk ditangga sahaja. Bertanding di PRN ini hanya untuk menunjukan muka sahaja. Apa pula nasib rakyat Sarawak kelak bila memilah PAS dan adakah PAS boleh merubah nasib rakyat Sarawak.

PKR terus rakus bersama DAP dan SNAP meninggalkan PAS bersendirian. PAS mula mengeluh kerana segala pandangan mereka diketepikan oleh parti kawan mereka. Apa yang membuat PKR terus rakus untuk mendapatkan kerusi sedangkan mereka dalam delima untuk menampilkan calon mereka. PKR dilihat akan menampilkan calun tangkap muat untuk kesekian kalinya dan ini akan dilihat seperti PRU yang lalu dan lompat melompat mudah berlaku dikalangan calon yang tangkap muat. PAS dan DAP akan mula panas dengan perangai lama PKR ini....

Apa pun PRN Sarawak ini akan menjadi kayu ukur buat BN untuk terus melihat sejauh mana sokongan rakyat Sarawak kepada BN. Sokongan yang akandibawa sebagai bekalan di PRU 13 kelak. BN perlu berhati-hati dan jangan mudah selesa. Apa yang mereka kecapi selama ini mungkin akan berubah. tak semudah itu yang disangka dan sindrom selesa akan mula meresap buat kesekian kalinya. BN perlu berhati-hati akan protes senyap oleh pengundi. Mereka juga mahu melihat wakil rakyat anak jati dan yakin akan membawa suara mereka. Justeru, BN bukan diberi laluan mudah untuk PRN ini. Mereka perlu berkerja keras dan segala kelemahan perlu dikaji dan setiap janji perlu dikotai.

Persepsi adalah senjata penting untuk kempen kali ini. Ia diikuti dengan gerakkerja yang sistematik dan strategi yang baik. Setiap jentera tahu akan tugas mereka. Dari bilikgerakan sehinggalah ke yang memasang poster semuanya perlu dipantau rapat. Dan yang paling teruja adalah menjaga ahli agar mereka semuanya tahu akan tanggungjawab keluar mengundi. Tidak ada 'gerakan pemecah' atau kalau di semenanjung ini 'cah keting' bagi rakyat Kelantan.

Apa pun gendang yang telah dipalu, maka jentera boleh aturkan gerakan, segala persiapan telah diatur dan tiba masanya untuk Sarawak memilih masa depannya....

No comments:

Post a Comment