Saturday, July 23, 2011
Kenapa Hanya Beri Amaran....???
Aku agak pelik kalau Menteri Dalam Negeri ni asik la beri AMARAN...Rata-rata aku gi jejalan seluruh Malaysia dan rata-rata juga aku jumpa orang semua kata menteri Dalam negeri kita sekarang ni macam PONDAN (ni adalah kenyataan yang aku terima dari rakyat jelata)... Rakyat jelata ramai yang mempersoalkan kebolehan menteri ini....Adakah beliau ni layak jadi Menteri Dalam Negeri atau hanya kerana beliau ada pertalian darah dengan YAB PM...Ramai juga rakyat yang berbunyi "takkan hanya berani beri amaran je". Persoalannya, kenapa hanya diberi amaran??? aku ulang lagi... kenapa hanya diberi amaran...Apa tindakan yang perlu diambil...Cuba-cubalah fikirkan wahai Pak Menteri...Atau amaran demi amaran perlu kami dengar dari mulut anda disetiap berita jam 8 malam di tv3....
Tuesday, June 14, 2011
Amanat jadi laknat...
Adakah amanat ini sudah terkubur bila mana PAS sudah tunduk dengan kawan karib mereka. Apakah amanat ini masih terlaku dan jika ianya menjadi pegangan orang PAS yang sudah mati maka adakah mereka ini dijanjikan surga dengan amanat yang songsang ini... Dimana orang-orang PAS bilamana mereka sudah melupakan amanat yang satu ketika dulu menjadikan mereka penuh taksub kepada Ulamak mereka. Dan kini, Ulamak yang sama juga membawa mereka kearah kesesatan. Apakah dalil yang mereka cuba pakai kali ini untuk mengaburi pengikut bodoh mereka. Apa pula yang akan mereka jawab kepada si mati di Mamali untuk perjuangan songsang ini...Si pemberi amanat masih hidup dan dosanya akan terus berjalan hingga ke hari ini tanpa sedikit pun rasa kesal untukmemohon maaf...Bertaubatlah... Amanat yang sudah dilaknat ini masih lagi terlaku atau ianya sebagai bahan hiasan didada orang-orang PAS serta pemimpinnya..
Berdemo, adakah itu satu jalan terbaik...
SIAPA SEBENARNYA DIBELAKANG ANAK INDIA INI....
Satu lagi demo jalanan akan dianjurkan di Kuala Lumpur yang dinamakan Bersih 2.0. Ia bertujuan menuntut agar kerajaan mengamalkan pilihanraya yang telus.Berdemo yang bukan budaya rakyat Malaysia kini menjadi satu trend oleh mereka yang ingin meluahkan rasa tidak puas dengan apa jua yang kerajaan lakukan. Persoalan nya, adakah ini jalan terbaik untuk rakyat meluahkan rasa hati atau menyelesaikan sesatu masalah dengan berdemo.
Kita yang telah maju dari semenjak kita merdeka lagi bukan budaya kita untuk berdemo dijalanan. Namun, cara songsang ini dilihat mula tumbuh dikalangan mereka yang ada kepentingan peribadi dimulai semasa zaman reformasi di ketuai oleh Anwar Ibrahim. Zaman inilah mula tersohor rakyat keluar dijalanan. Adakah ianya berhasil? Adakah dengan berdemo ini apa yang dihajati itu tercapai. Cuba akal yang cerdik berfikir akan persoalan yang dilontarkan.
Dilihat mereka yang berdemo ini kebanyakan nya hanya mengikut hawa nafsu dan mereka yang mengganjurkan pula bertepuk tangan bahawa mereka berjaya memperalatkan orang yang kurang berfikir dan orang yang tidak berpendidikan tinggi. Pada pandangan hemah dan permerhatian penulis, mereka yang cuba berdemo ini kurang cerdik untuk meluahkan hasrat hati mereka dan tidak tahu bagaimana nak salurkan kehendak mereka. Mereka yang berdemo ini adalah golongan yang mudah terpengaruh kerana mereka ini golongan yang bodoh dan taidak boleh berfikir diluar kotak benak mereka. Maka , disinilah para berkepentingan menggunakan kesempatan yang ada dengan mengajak mereka dan membakar semangat mereka keluar ke jalanan untuk berdemo.
Berdemo... apa yang mereka dapat selain penat lelah dan membuang masa. Mereka juga menutup periuk nasi orang lain yang bersusah payah mencari rezki. Adakah ini yang dianjurkan oleh Islam atau ugama-ugama lain untuk berdemo. Islam mengajar kita bermusyuarat, bersepakat dalam apa jua perselisihan dan bukan dengan cara berdemo serta menyusahkan orang lain. Penat lelah itu boleh digantikan dengan cara yang lebih baik dan masa yang terbuang itu boleh diisi dengan cara yang lebih membina.
Masyarakat Malaysia budayanya bukan budaya berdemo seperti di Indon. Apa yang cuba dirubah budaya yang begitu sopan santun penuh dengan adab menjadi budaya berdemo penuh dengan keganasan. Ya, ada yang berkata berdemo secara aman. Tapi jika mahu berdemo secara aman, kerajaan telah menyediakan tempat aman untuk berdemo iaitu di stadium, dan inilah tempat yang tidak mengganggu orang lain untuk mencari rezki. Yang nyata, budaya berdemo ini didalangi oleh Ngo's yang ada kepentingan dan ditaja oleh dunia luar yang ingin melihat Malaysia yang aman ini bertukar seperti negara kelas ketiga. Yang bertepuk tangan si anak India entah dari mana asal usulnya dan dimana jati dirinya sebagai rakyat Malaysia.
Berdemo atas sebab tidak puas hati dek kerana pilihanraya yang tidak telus katanya. Jika tidak telus, masakan PKR dan PAS serta DAP boleh memerintah di Selangor, Kelantan dan juga Pulau Pinang. Kalau tidak telus , disana ada penipuan yang dibuat oleh PKR, PAS dan DAP dalam pilihanraya yang lalu. Cuba fikir-fikirkan la tentang isu ini. Jika pembangkang menang dalam pilihanraya maka mereka kata SPR amat telus, tapi sebaliknya jika BN menang maka dijaja bahawa SPR sudah dibeli oleh BN.
Maka himpunan Bersih kali ini, cuba fikir-fikirkan lah untuk anda agar tidak lagi ditipu semudah itu. Banyak cara dan jalan lain lagi untuk anda menyuarakan pandangan anda. Daftarlah mengundi dan disana ada suara yang boleh merubah kehendak anda. Kita rakyat Malaysia bukan mudah ditipu oleh seorang India yang entah tak tahu dari mana asal usulnya. Kalau si India ini rakyat Malaysia maka dia patut sayangi Malaysia dan bukan hanya tahu menyusahkan orang lain seperti peniaga-peniaga Melayu kecil di Kuala Lumpur serta pemandu-pemandu teksi. Maka, rakyat Malaysia yang bijik lagi pandai berfikir, gunakanlah saluran yang betul, dan jika anda ingin menghantar memorendum kepada Yang diPertuan Agong, maka pergilah ke pejabat Istana dan buatlah temujanji. Atau, jika anda ingin bertemu YAB PM, datanglah ke Putrajaya dipejabat Perdana Menteri dan buat la temujanji dengan Ketua Setiausahanya... dan bukan mengambil jalan yang paling bodoh iaitu berdemo...

Sunday, June 12, 2011
Hasan Ali membawa diri?
Apabila Hasan Ali sudah mula dipinggirkan oleh rakan karib, maka disini bermula agenda penguasaan PKR dan DAP di negeri Selangor. Maka Hasan Ali yang dilihat oleh sekutunya begitu vokal dalam memperjuangkan Islam sudah tiba masanya Hasan Ali disingkirkan secara terhormat. Hasil desakkan dari rakan pakatan maka PAS Pusat mula akur akan kesannya jika membiarkan Hasan Ali terus bersuara di Selangor. Maka, mainan siapakah ini semua setelah Hasan Ali berjuang bermati-matian demi Islam...Caturan siapakah ini semua agar mereka yang berkepentingan tidak lagi bertelagah dengan Hasan Ali.
Setelah Hasan Ali berhabis-habisan dengan wang ringgit memperjuangkan PAS di Selangor, masa sudah tiba untuk PAS sendiri membalas jasa Hasan Ali dengan melupuskan namanya dari senarai pemimpin PAS Selangor. Apa salah Hasan Ali kalau dilihat dari sudut KPI kerjanya menerajui PAS Selangor. Hasan Ali lah yang dilihat memperjuangkan hak kepentingan orang Islam di Selangor. Tapi disebalik tekanan Hasan Ali, ada dikalangan pemimpin PAS di Selangor kurang senang dengan sifit vokal beliau dan tekanan dari PKR dan DAP juga menjadi punca utama PAS di Selangor mula melutut akan kehendak mereka.
Tidak dilantik sebagai AJK pusat malah orang yang berkali-kali kalah dalam pertandingan AJK pun dilantik setiap kali pemilihan PAS (Anuar Tahir x UMNO dan X PKR). Apa kurangnya Hasan Ali dari sudut perwatakannya serta gerak kerja mendukung sepenuhnya PAS. Atau kini Hasan Ali sudah kehabisan wang ringgit dan beliau perlu diketepikan...Rasanya PAS sudah hilang pertimbangan tanpa ada rasa kesukuran dan tanpa ada rasa bersalah terus membuang Hasan Ali di tahap memalukan. Apakah ini sebagai hukuman buat Hasan Ali dengan kelantangannya mengkritik para pemimpin PAS. Hukuman yang perlu beliau hadapi secara halus tapi membawa kepada keperitan dalam dunia politik ini.
Untuk Hasan Ali dan pengikutnya di Selangor, anda sudah dimainkan oleh Khalid Samad dan para pemimpin PKR dan juga DAP Selangor. Buka mata anda dan berfikir secara logik. Jika anda itu dianggap seorang yang diperlukan dalam PAS, maka anda akan disanjung, tetapi sebaliknya , anda kini tak lebih dari sampah yang hanyut entah kemana membawa diri...Malu tetap malu, dan inilah resam politik kotor yang dimainkan oleh PKR dan DAP terhadap PAS. Hasan Ali terus membawa diri entah ke mana...
Saturday, June 11, 2011
Mat Sabu sekutu PKR...
Setelah dinobatkan sebagai Timbalan Presiden PAS, maka Abg Mat kini boleh mendabik dada. Dengan kenyataan lantang apabila ditemubual oleh Malaysiakini yang rakan sekutunya PKR, Abg Mat Sabu seolah tidak toleh ke belakang dengan memberikan kenyataan yang pedas didalam kepimpinan dan juga isu dalaman PAS. Ada juga antara Ulamak sudah mula gentar dan resah bila mana Abg Mat sendiri melihat Kelantan dan kedah tidak ada apa-apa pembangunan bersama Islam selama memerintah 20 tahun. Satu anjakan yang perlu dirubah dalam PAS kata Abg Mat Sabu.
Kenyataan Abg Mat seolah-olah diterajui oleh orang disebalik tabir yang mahukan Abg Mat menjadi duri dalam daging PAS. Namun, kekadang Abg Mat sudah lupa akan diri beliau yang menjadi musuh utama Anwar Ibrahim satu ketika dulu. Musuh yang Anwar sendiri takkan lupakan dan kini apabila Abg Mat dah jadi orang no 2 dalam PAS, adakah Anwar akan turut kehendak Abg Mat atau Abg Mat kini dah jadi orang suruhan Anwar untukhapuskan perjuangan negara Islam oleh PAS.
Rata-rata orang PAS sudah buta mata dan juga buta hati. Mereka mula tidak nampak akan perjalanan PAS kini telah dipandu oleh PKR dan juga DAP. Bukan lagi Ulamak yang membuat keputusan tapi , kumpulan yang mahukan anjakan perubahan dalam PAS inilah yang menekan kuat para Ulamak yang bodoh dengan pengurusan organisasi. Ulamak hanya digunakan untuk bacaan Hadis dan Al Quran serta menterjemahkan hukum. dan jika ada hukum yang tidak selari, maka tugas ulamak adalah memperbetulkan hukum itu mengikut kehendak PKR dan juga DAP.
Ini kenyataan yang perlu dilihat oleh ahli PAS, penyokong PAS dan juga pendokong PAS. Buka mata hati anda dan lihat, adakah PAS masih berjalan dibawah landasan Ulamak? atau PAS terus dibawah PKR dan DAP. Abg Mat Sabu yang kini menjadi jambatan untuk puak-puak libral yang bersekutu dengan syiah maka Tok Guru Hadi juga mula terpengaruh dengan kesan kebangkitan golongan ini. Tok Guru Nik Aziz mula dipencilkan dan tidak diendahkan. Mana taknya orang kepercayaan Tok Guru Nik Aziz pun kalah dalam pertandingan merebut jawatan No 2, iaitu Tuan Ibrahim Tuan Man. Dimana pandangan Tok Guru yang satu ketika begitu lantang menyurakan Negara Islam sehingga sanggup mengkafirkan orang yang menolak negara Islam.
Kini, apabila Mat sabu yang dulu bukan main kuat menghentam Anwar dan sekarang ini sudah mula menjadi rakan karib , berjaya membawa PAS merubah perjuangan mereka. Adakah Abg Mat Sabu yakin bahawa PKR itu ikhlas bersama berjuang atau hanya menggunakan beliau untuk menghancurkan Islam. PKR cukup licik, bilamana nak berdepan dengan PAS dan pemimpinnya, maka dihantar wakil mereka wanita-wanita cina untuk memujuk para ulamak dan juga Abg mat Sabu. lembik tenggkuk para pemimpin PAS bila dipujuk oleh amoi-amoi PKR ni. sampaikan negara Islam boleh bertukar menjadi negara berkebajikan.
Ada kalangan ahli PAS yang cerdik pandai atau boleh digelar sebagai kumpulan profesional sudah mula tunjuk taring mereka. Golongan ini sudah lama bertapak dalam PAS. Namun mereka ini tidak mendapat tempat oleh PAS ketika itu, yang belum bersedia untuk kedepan. Kini PAS sudah kedepan dan mereka memerlukan golongan profesional ini untuk mentadbir urus organisasi yang sudah dibuka kepada umum. Para ulamak mula akur akan hal ini kerana mereka kurang arif dalam hal mentadbir urus organisasi dan mereka juga kurang fasih berbahasa Inggeris dan menulis. Maka , para ulamak ini tidak mahu ditipu bulat-bulat oleh puak-puak PKR dan DAP serta Anwar sendiri maka mereka mengambil langkah membawa kedepan golongan profesional dalam PAS. Titik tolak inilah bermulanya PAS ditipu dan dimainkan oleh golongan profesional yang sudah lama menunggu saat dan ketika untuk menakluk PAS.
Apakan daya, para ulamak, ahli PAS, penyokong dan pendokong PAS yang berlatarbelakangkan pendidikan agama rata-rata bukannya lahir dari bandar atau golongan profesional. Maka mereka ini mudah ditipu dan dijadikan keldai untuk kegunaan PKR dan DAP. Paling mudah bila kita lihat Unit Amal PAS. Mereka ini bertugas demi PAS, tak kira hujan ke atau panas. Namun, mereka inilah yang digunakan sebagai jentera PKR dan DAP kerana mereka ini semuanya dari golongan yang bodoh yang taat setia kepada ulamak. Maka PKR dan DAp tidak perlumenghantar jentera mereka kerana Unit Amal sedia berjihad demi PKR dan DAP sekarang ini. Mudah bagi PKR dan DAP bila mana segala pencaturan yang dibuat sekarang ini masuk ke jerat mereka.
Akhirnya, Mat Sabu dan PKR boleh dijadikan permulaan bagi ahli dan kepimpinan ulamak memerhatikan perjalanan PAS selepas ini. Boleh dijadikan sebagai kayu ukur untuk PAS terus meninggalkan perjuangan Islam serta hukum hudud yang satu ketika dulu bermati-matian dipertahankan. Tapi kini, sekelip mata sahaja ianya boleh berubah dan dirubah. Para Shahid yang di mamali dulunya mempertahankan Negara Islam dan Hudud kini hanya tinggal kenagan. PAS sudah berubah dek kerana ikut nafsu politik dan kekayaan. Maka tiada lagi jati diri dalam ahli PAS dan inilah satu kemudahan bagi UMNO dan BN untuk terus menguasai PAS kerana mereka PAS sudah mula gilakan dunia dan juga harta benda. Maka Mat sabu dan pengikutnya, sudah menerima arahan sepenuhnya dari PKR untuk meneruskan plan tindakan menghancurkan PAS dari dalam...Tahniah Mat Sabu....
Subscribe to:
Posts (Atom)