Saturday, June 11, 2011
Mat Sabu sekutu PKR...
Setelah dinobatkan sebagai Timbalan Presiden PAS, maka Abg Mat kini boleh mendabik dada. Dengan kenyataan lantang apabila ditemubual oleh Malaysiakini yang rakan sekutunya PKR, Abg Mat Sabu seolah tidak toleh ke belakang dengan memberikan kenyataan yang pedas didalam kepimpinan dan juga isu dalaman PAS. Ada juga antara Ulamak sudah mula gentar dan resah bila mana Abg Mat sendiri melihat Kelantan dan kedah tidak ada apa-apa pembangunan bersama Islam selama memerintah 20 tahun. Satu anjakan yang perlu dirubah dalam PAS kata Abg Mat Sabu.
Kenyataan Abg Mat seolah-olah diterajui oleh orang disebalik tabir yang mahukan Abg Mat menjadi duri dalam daging PAS. Namun, kekadang Abg Mat sudah lupa akan diri beliau yang menjadi musuh utama Anwar Ibrahim satu ketika dulu. Musuh yang Anwar sendiri takkan lupakan dan kini apabila Abg Mat dah jadi orang no 2 dalam PAS, adakah Anwar akan turut kehendak Abg Mat atau Abg Mat kini dah jadi orang suruhan Anwar untukhapuskan perjuangan negara Islam oleh PAS.
Rata-rata orang PAS sudah buta mata dan juga buta hati. Mereka mula tidak nampak akan perjalanan PAS kini telah dipandu oleh PKR dan juga DAP. Bukan lagi Ulamak yang membuat keputusan tapi , kumpulan yang mahukan anjakan perubahan dalam PAS inilah yang menekan kuat para Ulamak yang bodoh dengan pengurusan organisasi. Ulamak hanya digunakan untuk bacaan Hadis dan Al Quran serta menterjemahkan hukum. dan jika ada hukum yang tidak selari, maka tugas ulamak adalah memperbetulkan hukum itu mengikut kehendak PKR dan juga DAP.
Ini kenyataan yang perlu dilihat oleh ahli PAS, penyokong PAS dan juga pendokong PAS. Buka mata hati anda dan lihat, adakah PAS masih berjalan dibawah landasan Ulamak? atau PAS terus dibawah PKR dan DAP. Abg Mat Sabu yang kini menjadi jambatan untuk puak-puak libral yang bersekutu dengan syiah maka Tok Guru Hadi juga mula terpengaruh dengan kesan kebangkitan golongan ini. Tok Guru Nik Aziz mula dipencilkan dan tidak diendahkan. Mana taknya orang kepercayaan Tok Guru Nik Aziz pun kalah dalam pertandingan merebut jawatan No 2, iaitu Tuan Ibrahim Tuan Man. Dimana pandangan Tok Guru yang satu ketika begitu lantang menyurakan Negara Islam sehingga sanggup mengkafirkan orang yang menolak negara Islam.
Kini, apabila Mat sabu yang dulu bukan main kuat menghentam Anwar dan sekarang ini sudah mula menjadi rakan karib , berjaya membawa PAS merubah perjuangan mereka. Adakah Abg Mat Sabu yakin bahawa PKR itu ikhlas bersama berjuang atau hanya menggunakan beliau untuk menghancurkan Islam. PKR cukup licik, bilamana nak berdepan dengan PAS dan pemimpinnya, maka dihantar wakil mereka wanita-wanita cina untuk memujuk para ulamak dan juga Abg mat Sabu. lembik tenggkuk para pemimpin PAS bila dipujuk oleh amoi-amoi PKR ni. sampaikan negara Islam boleh bertukar menjadi negara berkebajikan.
Ada kalangan ahli PAS yang cerdik pandai atau boleh digelar sebagai kumpulan profesional sudah mula tunjuk taring mereka. Golongan ini sudah lama bertapak dalam PAS. Namun mereka ini tidak mendapat tempat oleh PAS ketika itu, yang belum bersedia untuk kedepan. Kini PAS sudah kedepan dan mereka memerlukan golongan profesional ini untuk mentadbir urus organisasi yang sudah dibuka kepada umum. Para ulamak mula akur akan hal ini kerana mereka kurang arif dalam hal mentadbir urus organisasi dan mereka juga kurang fasih berbahasa Inggeris dan menulis. Maka , para ulamak ini tidak mahu ditipu bulat-bulat oleh puak-puak PKR dan DAP serta Anwar sendiri maka mereka mengambil langkah membawa kedepan golongan profesional dalam PAS. Titik tolak inilah bermulanya PAS ditipu dan dimainkan oleh golongan profesional yang sudah lama menunggu saat dan ketika untuk menakluk PAS.
Apakan daya, para ulamak, ahli PAS, penyokong dan pendokong PAS yang berlatarbelakangkan pendidikan agama rata-rata bukannya lahir dari bandar atau golongan profesional. Maka mereka ini mudah ditipu dan dijadikan keldai untuk kegunaan PKR dan DAP. Paling mudah bila kita lihat Unit Amal PAS. Mereka ini bertugas demi PAS, tak kira hujan ke atau panas. Namun, mereka inilah yang digunakan sebagai jentera PKR dan DAP kerana mereka ini semuanya dari golongan yang bodoh yang taat setia kepada ulamak. Maka PKR dan DAp tidak perlumenghantar jentera mereka kerana Unit Amal sedia berjihad demi PKR dan DAP sekarang ini. Mudah bagi PKR dan DAP bila mana segala pencaturan yang dibuat sekarang ini masuk ke jerat mereka.
Akhirnya, Mat Sabu dan PKR boleh dijadikan permulaan bagi ahli dan kepimpinan ulamak memerhatikan perjalanan PAS selepas ini. Boleh dijadikan sebagai kayu ukur untuk PAS terus meninggalkan perjuangan Islam serta hukum hudud yang satu ketika dulu bermati-matian dipertahankan. Tapi kini, sekelip mata sahaja ianya boleh berubah dan dirubah. Para Shahid yang di mamali dulunya mempertahankan Negara Islam dan Hudud kini hanya tinggal kenagan. PAS sudah berubah dek kerana ikut nafsu politik dan kekayaan. Maka tiada lagi jati diri dalam ahli PAS dan inilah satu kemudahan bagi UMNO dan BN untuk terus menguasai PAS kerana mereka PAS sudah mula gilakan dunia dan juga harta benda. Maka Mat sabu dan pengikutnya, sudah menerima arahan sepenuhnya dari PKR untuk meneruskan plan tindakan menghancurkan PAS dari dalam...Tahniah Mat Sabu....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment