SIAPA SEBENARNYA DIBELAKANG ANAK INDIA INI....
Satu lagi demo jalanan akan dianjurkan di Kuala Lumpur yang dinamakan Bersih 2.0. Ia bertujuan menuntut agar kerajaan mengamalkan pilihanraya yang telus.Berdemo yang bukan budaya rakyat Malaysia kini menjadi satu trend oleh mereka yang ingin meluahkan rasa tidak puas dengan apa jua yang kerajaan lakukan. Persoalan nya, adakah ini jalan terbaik untuk rakyat meluahkan rasa hati atau menyelesaikan sesatu masalah dengan berdemo.
Kita yang telah maju dari semenjak kita merdeka lagi bukan budaya kita untuk berdemo dijalanan. Namun, cara songsang ini dilihat mula tumbuh dikalangan mereka yang ada kepentingan peribadi dimulai semasa zaman reformasi di ketuai oleh Anwar Ibrahim. Zaman inilah mula tersohor rakyat keluar dijalanan. Adakah ianya berhasil? Adakah dengan berdemo ini apa yang dihajati itu tercapai. Cuba akal yang cerdik berfikir akan persoalan yang dilontarkan.
Dilihat mereka yang berdemo ini kebanyakan nya hanya mengikut hawa nafsu dan mereka yang mengganjurkan pula bertepuk tangan bahawa mereka berjaya memperalatkan orang yang kurang berfikir dan orang yang tidak berpendidikan tinggi. Pada pandangan hemah dan permerhatian penulis, mereka yang cuba berdemo ini kurang cerdik untuk meluahkan hasrat hati mereka dan tidak tahu bagaimana nak salurkan kehendak mereka. Mereka yang berdemo ini adalah golongan yang mudah terpengaruh kerana mereka ini golongan yang bodoh dan taidak boleh berfikir diluar kotak benak mereka. Maka , disinilah para berkepentingan menggunakan kesempatan yang ada dengan mengajak mereka dan membakar semangat mereka keluar ke jalanan untuk berdemo.
Berdemo... apa yang mereka dapat selain penat lelah dan membuang masa. Mereka juga menutup periuk nasi orang lain yang bersusah payah mencari rezki. Adakah ini yang dianjurkan oleh Islam atau ugama-ugama lain untuk berdemo. Islam mengajar kita bermusyuarat, bersepakat dalam apa jua perselisihan dan bukan dengan cara berdemo serta menyusahkan orang lain. Penat lelah itu boleh digantikan dengan cara yang lebih baik dan masa yang terbuang itu boleh diisi dengan cara yang lebih membina.
Masyarakat Malaysia budayanya bukan budaya berdemo seperti di Indon. Apa yang cuba dirubah budaya yang begitu sopan santun penuh dengan adab menjadi budaya berdemo penuh dengan keganasan. Ya, ada yang berkata berdemo secara aman. Tapi jika mahu berdemo secara aman, kerajaan telah menyediakan tempat aman untuk berdemo iaitu di stadium, dan inilah tempat yang tidak mengganggu orang lain untuk mencari rezki. Yang nyata, budaya berdemo ini didalangi oleh Ngo's yang ada kepentingan dan ditaja oleh dunia luar yang ingin melihat Malaysia yang aman ini bertukar seperti negara kelas ketiga. Yang bertepuk tangan si anak India entah dari mana asal usulnya dan dimana jati dirinya sebagai rakyat Malaysia.
Berdemo atas sebab tidak puas hati dek kerana pilihanraya yang tidak telus katanya. Jika tidak telus, masakan PKR dan PAS serta DAP boleh memerintah di Selangor, Kelantan dan juga Pulau Pinang. Kalau tidak telus , disana ada penipuan yang dibuat oleh PKR, PAS dan DAP dalam pilihanraya yang lalu. Cuba fikir-fikirkan la tentang isu ini. Jika pembangkang menang dalam pilihanraya maka mereka kata SPR amat telus, tapi sebaliknya jika BN menang maka dijaja bahawa SPR sudah dibeli oleh BN.
Maka himpunan Bersih kali ini, cuba fikir-fikirkan lah untuk anda agar tidak lagi ditipu semudah itu. Banyak cara dan jalan lain lagi untuk anda menyuarakan pandangan anda. Daftarlah mengundi dan disana ada suara yang boleh merubah kehendak anda. Kita rakyat Malaysia bukan mudah ditipu oleh seorang India yang entah tak tahu dari mana asal usulnya. Kalau si India ini rakyat Malaysia maka dia patut sayangi Malaysia dan bukan hanya tahu menyusahkan orang lain seperti peniaga-peniaga Melayu kecil di Kuala Lumpur serta pemandu-pemandu teksi. Maka, rakyat Malaysia yang bijik lagi pandai berfikir, gunakanlah saluran yang betul, dan jika anda ingin menghantar memorendum kepada Yang diPertuan Agong, maka pergilah ke pejabat Istana dan buatlah temujanji. Atau, jika anda ingin bertemu YAB PM, datanglah ke Putrajaya dipejabat Perdana Menteri dan buat la temujanji dengan Ketua Setiausahanya... dan bukan mengambil jalan yang paling bodoh iaitu berdemo...
No comments:
Post a Comment