Thursday, April 7, 2011

Mee Kolok Sarawak...


Ramai kawan-kawan di semenanjung yang pesan, bila ke Sarawak jangan lupa makan mee kolok Sarawak. Sesampai aku dibumi Sarawak ni pun dijemput dan di bawa makan mee kolok yang termashur di Kuching. Namun, apa yang tersirat dibalik mee kolok ini adalah hasil tangan yang membuatnya. Bukan semua gerai yang sedap dan bukan semua kedai rasanya sama. Berbagi bumbu yang perlu diwarnai agar meenya bertambah sedap.

Begitu juga dengan masyarakat di Sarawak ini. Berbagai kaum dan bangsa yang hidup aman dan damai.Aku mula berfikir akan kehidupan yang selama ini cukup harmoni tiba-tiba bila adanya PRN Sarawak ke 10 ini mulalah timbul berbagai isu dan kerenah masyarakat. Ynag cuba menjadi hero juga takkurang ramainya. Parti yang bertanding cuba membawa manifesto untuk meyakinkan rakyat buat kesekian kalinya. Yang menarik disini, parti dari semenanjung juga mencuba nasib untuk membela rakyat Sarawakyang dikatakan mereka 'tertindas'. Apa yang dicanang untuk pembangunan aku sendiri pun tak tahu. Kalau pembangunan itu sejajar denagn kehendak kaum dan bangsa di Sarawak maka ianya perludilaksanakan. namun, sejauhmana orang dari semenanjung ini kenal akan gaya, adat resam dan kebudayaan mereka yang tinggal di sarawak ini.

Mereka dari semenajung cuba meriah simpati dengan isu-isu nasional dan juga isu tempatan diselangselikan dalam ceramah mereka. Bahasa pun sudah tonggang langgang sehinggakan pengundi yang mendengar pun bertanya apakah yang cuba disampaikan oleh penceramah. Nah, dari sudut bahasa sahaja ianya menjadi jurang yang besar untuk kita di semenanjung ini memahami kehendak rakkyat Sarawak. Ada lebih baiknya, biarkan orang tempatan yang berceramah dan yang lebih arif akan lenggok bahasanya.

Parti dari luar yang mencuba nasib buat kali ini dilihat boleh menambah kerusi mereka bersandarkan atas faktor sokongan yang hanya celik politik. Untuk mengusai Sarawak sebagaimana yang dicita-citakan oleh pakar retorik agak mustahil. Berpijaklah dibumi yang nyata. Walau kita secelik celiknya politik pun kita masih melihat faktor relevennya dan keabsahan dalam berpolitik. Bukan hanya melontarkan retorik kosong dan memberi harapan palsu. Belum masanya lagi pihak luar atau parti yang cuba mengambil alih Sarawak mudah untuk mereka. Ianya perlukan masa, tenaga dan wang ringgit untuk mereka bertapak. Justeru, bahan-bahan untuk mereka gaulkan dalam kencah politik Sarawak masih belum cukup lagi, begitu juga untuk menyediakan semangkuk mee kolok Sarawak...

Muka pertualang negara....


Ini lah muka muka bangsat dan pertualang negara. Mereka ini tidak segan silu sebagai penjawat awam yang makan rasuah. Tindakkan berat perlu diambil terhadap mereka dan jangan disimpan lagi berkerja di sektor kerajaan mahupun swasta. Orang-orang ini tidak boleh lagi dipercayai jika anda ingin mengambil mereka berkerja...

Kalau dah tak nak kerja , ramai lagi rakyat Malaysia yang menggangur. Ingat sekali lagi, inilah manusia yang tak malu. Manusia yang hina ...sedarlah bahawa anda adalah kakitangan kerajaan yang bertanggungjawab menjalankan tugas dengan penuh amanah untuk rakyat Malaysia....Maka pihak Imigresen terutama ketua pengarahnya perlulah membuang perkerja-pekerja seperti diatas ini, dan bersihkanlah jabatan kamu dari makhluk perosak seperti diatas ini....

Monday, April 4, 2011

Laungan keramat untuk Anwar...


Satu tika dulu di era reformasi melanda Malaysia, laungan keramat menjadi azimat buat Anwar ibrahim dan seluruh pengikutnya. Dalam teriakan lawan tetap lawan menjadi sumber inspirasi buat sang reformis untuk terus berada di jalan-jalan menentang kezaliman. Namun kini, 2011 ianya tidak lagi seperti dulu. Dimana sang reformis sebenar mula menyepi dan tak kedepan walau dengan isu-isu baru untuk Anwar Ibrahim. Kenapa ianya berlaku dan kenapa tiada golombang seperti dulu untuk turun membela Anwar yang kini terus dilanda masalah.

Dulu ianya satu perjuangan suci, perjuangan menegakkan keadilan, namun kini , ianya berbentuk peribadi. Kalau dilihat dalam PKR sendiri, siapa reformais yang berani ke jalan raya untuk membela Anwar tika ini. Rata-rata tahu yang berada dalam PKR ini hanyalah tin kosong, dan hanya mereka -mereka yang mahukan kerusi -kerusi empok, atau duduk didalam kamar berhawa dingin sahaja. Perjuang yang telah pupus dek kerana makhluk yang ada dalam PKR menghalau mereka dan kini...para perjuang sejati hanya memikirkan periuk nasi mereka sahaja.

Tiada kabar buat sang reformis tika ini... tiada berita untuk mereka keluar membela Anwar untuk memertabatkan hasrat murni Anwar menjadi Perdana Menteri. Itu lah cita-cita sejati Anwar sehingga lupakan sahabat lupakan teman seperjuangan dalam organisasi islam lamanya. Hingga beliau sendiri diulit mimpi indah dan sanggup melakukan apa sahaja, demi mengapai cita-citanya.

Hari ini hari gelap buat Anwar apabila tayangan aksi ranjang ditayangkan di media maya juga di TV 7 jam 7 malam tadi. Apa yang dilihat disini bukanlah apa yang diwar-warkan. Perut buncit seperti didakwa tidaklah buncit bila dilihat di tayangan tadi. Tapi yang nyata Kak wan sahaja yang dapat membandingkan susuk tubuh itu kepunyaan siapa. kalaulah Allah jadikan manusia itu 7 orang yang serupa maka ianya mungkin terjadi. Namun untuk meyakinkan diri maka kali ini Anwar perlu bersumpah dengan nama Allah bahawa beliau bukanya orang didalam video tersebut dan malah beliau difitnah.

Sehingga saat ini, Anwar masih membisudan terus menafikan tanpa ada sumpah atau membawa perkara ini ke mahkamah dengan laporan polis. Apa dan dimana laungan lawan tetap lawan yang dulunya berani untuk dirinya laungkan. Apa yang penting disini penafian perlu ada asasnya dan kita sebagai umat Islam maka penafian itu berserta dengan sumpah. Maka disini barulah ianya menjadi asas untuk menafikan segalanya.

Mungkin ada yang menyatakan bahawa selepas ini satu demi satu pembongkaran yang akan dibuka terhadap Anwar. Nah kenapa Anawar menjadi mangasa. Jawapannya mudah, kerana beliau berada dalam gelanggang politik. politik itu seni serbamungkin, maka Anwar yang sudah lama masuk digelanggangnya maka bukalah tarinya dan sepak terajang politik itulah namanya. Maka, bila Anwar memilih jalan berpolitik diakhir tahun 70an, dan menyertai UMNO, maka disitulah bermula titik tolak gelanggang dibuka untuk Anwar berpancak. Tidak salah untuknya kerana Anwar sendir yang memilh jalan itu sehingga beliau juga pernah berjaya menjawat jawatan orang no 2 didalam negara. Maka jatuh bangun dalam politik yang serba kotor ini, haruslah diterima oleh Anwar, isteri serta kelurganya dan juga pengikut reformasinya. Laungan lawan tetap lawan itu memang cocok untuk Anwar kerana itulah beliau terus berlawan dengan laungan keramatnya....

Sunday, April 3, 2011

Kastam , apa dah jadi???


Kastam Diraja Malaysia, satu nama yang aku rasa amat kagum bila mendengarnya. Tentu anggotanya juga berkaliber dan gigih dalam menjalnkan tugas yang diamanhkan. Mau tak nya DiRaja Malaysia yang didokongnya maka ianya bukan mudah untuk melihat satu agensi yang cukup berkaliber. Namun dek kerana nila setitik maka rosaklah susu sebelanga. Bukan setakat setitik nila tapi aku rasa dah lama dah nila ni berkarat dalam belanga. Cuma akhir-akhir ini ianya menjadi terang dan tampak jelas bila bau susu dah busuk dan susu dah jadi masam.

Apa pandangan masyarakat ke atas Kastam yang selama ini dilihat sebagai agensi pemantau dan penghalang dari segala penyaludupan berlaku. Apa dah jadi, nasik dah jadi bubur. Dan kini mereka semua disiasat oleh pihak SPRM. Kesnya bukan kecil tapi melibatkan berbilion ringgit. dan hasil negara habis digadai dek kerana satu agensi yang digelar Kastam Diraja malaysia.

Dimana Ketua Pengarahnya ketika itu. Kenapa ketua pengarah tak tahu menahu akan hal sedemikian. Ini bukan kes kecil atau kes terpencil. Mustahil kalau ketuanya tak tahu. atau ketuanya buat-buat tak tahu atau sebaliknya. hanya Allah je yang tahu. Tapi pada rakyat Malaysia yang inginkan rasuah dibentersa, maka dicadangkan seluruh anggota Kastam tak kira la dia pangkat Ketua Pengarah yang bergelar dato' seri pun perlu diheret dan disoal siasat. kenapa beliau sebagai Ketua Pengarah tak tahu akan hal ini, dan bagaimana beliau terlepas pandang. Ini menunjukan beliau tak buat kerja langsung, dan anak buah je yang buat keje hinggakan anak buahnya buat keje sungguh-sungguh hingga kaya raya.

Maaf cakap la disini , apa yang terjadi keatas Kastam ini perlu diambil iktibar untuk agensi lain dan diharapkan agar pihak SPRM jangan hanya melihat akan agensi kastam sahaja. Sila lah ke agensi lain yang tugasnya boleh dilihat mudah untuk penyelewengan atau rasuah. Pada pihak kastam maka satu penghinaan untuk agensi kamu dan memalukan rakyat Malaysia. Kamulah petualang negara yang membuatkan kerugian besar atas negara sedang negara dilanda krisis ekonomi dan sedang rakyat Malaysia yang lain keletihan dengan isu ekonomi, kamu kastam duduk senang lenang menghancurkan negara. Malu entah dimana letaknya, tapi buat warga Kastam maka semaklah diri anda adakah anda memberi makan kepada anak-anak anda wang haram dan anda dan keluarga anda tak akan selamat dunia dan akhirat. Ini sumpah rakyat Malaysia untuk sesiapa yang makan rasuah ....Amin ya Rab...

Calon Muda..Pengundi Muda...Sarawak untuk kali ini...


Tahniah buat BN di Sarawak yang menampilkan calon-calon muda dalam PRN ke 10 kali ini. Ianya bertepatan dalam mengimbangi pola pengundi di Sarawak yang hampir 35 peratus pengundi muda akan mengundi. Ia juga melihat kepada transformasi yang dijanjikan satu perubahan buat Sarawak dan juga calon muda ini diharapkan dapat memberi nafas baru dalam era politik di Sarawak. Corak yang diharapkan adalah membangunkan Sarawak dan juga masa depan anak-anak sarawak dalam dunia pendidikan. Begitu juga pembangunan di Sarawak, nilai ekonomi rakyat juga ditagih dan juga peluang-peluang perkerjaan bagi warga muda di Sarawak.

Nah, calon muda telah ditampilkan, maka nafas baru juga perlu dibawa dalam politik negeri Sarawak. Bukan ditakuk lama dan bukan juga hanya janji yang manis ditabur. Pengaruh pengundi muda yang giat di alam maya ini akan menentukan kuasa mereka dalam memilih calon dan tika itu jugalah janji dan perubahan itu harus seiring dan ianya menepati kehendak pengundi. Calon muda juga perlu belajar dalam memberi khidmat inovasi baru untuk pengundi dan bukan dalam bentuk arena politik lama. Globalisasi menagih calon muda ini menunjukkan bakat mereka dalam memberi khidmat kepada masyarakat di Sarawak.

Bukan hanya pandai bergendang, tetapi gendang itu perlu dipalu mengikut rentaknya dan alunnya. Calon muda menjdai sandaran kali ini untuk meningkatkan peratus keyakinan rakyat Sarawak dalam PRN ini. Calon muda juga dilihat sebagai pelapis yang akan membawa Sarawak kepada satu lekuk perubahan dalam apa jua gayanya. calon muda lah yang menjadi tulang belakang BN di Sarawak untuk menangkis segala tomohan buruk yang ditujukan buat BN selama ini. Maka, dalam kita memberi ruang untuk calon muda dan muka baru ini, nun disana terpikul dibahu mereka satu pertanggungjawaban yang akan digalas di PRN ini. Tanggungjawab yang akan memberi seribu makna buat BN dan juga seluruh rakyat Sarawak.

Bukan mudah laluan kali ini, walau ada yang sudah meramalkan bahawa 2/3 itu akan berhasil buat BN dengan jayanya. Namun, perlu diingat jika ada penambahan kerusi oleh Pembangkang di PRN ini maka disana apakah kesilapanya. Apakah yang perlu dilihat dan dianalisa untuk BN mengambil segala pengajaran di PRU 13 akan datang. Segalanya bergantung di 16 April ini.

Calon muda kali ini haruslah memberi perhatian dalam tempoh 10 hari berkempen. Strategi yang terancang perlu dilaksanakan dalam gerak kerja berkempen agar kejayaan akan dilihat mudah laluanya. Tanpa strategi maka ianya jalan yang ditempah untuk kegagalan dalam PRN ini. Strategi pihak lawan adalah perlu diihat dan ditangkis dengan sebaik mungkin. Dan yang paling penting untuk calon muda dan baru ini adalah menyantuni rakyat agar mereka tahu dan kenal siapa yang akan membawa suara perubahan untuk pengudi semua. Kenal calon dan mesra calon memudahkan keyakinan pengundi untuk tampil memberi undi.

Akhirnya, tahniah untuk BN di Sarawak yang berani membuat satu perubahan dengan menampilkan calon muda. Keyakinan yang diberikan oleh parti untuk calon-calon ini janganlah disia-siakan dan berilah janji anda yang anda akan berkerja untuk parti bersungguh-sungguh dalam mewakili BN kali ini. Calon muda dan pengundi muda untuk kali ini dilihat menjadi penggerak minda, perubahan buat rakyat Sarawak dalam menuju era perubahan dan transformasi anjakan Sarawak baru.