*Isu pemecatan TSMY dan MM.*
Pemecatan 2 org penting dlam UMNO memang telah dijangka baik ahli UMNO mahupun masyarakat umumnya. Apa yg dilihat dari pemecatan ini banyak analisis yg membawa kepada pro dan kontra dalam perkembangan politik semasa. Penulis cuba membawa pemikiran neutral dan hakikat pemecatan ini.
*Musuh dlm selimut*
Adakah UMNO perlu menyimpan musuh dalam selimut sdgkan mereka ini adalah mereka yg berjawatan tinggi dalam UMNO. Segala masalah yg mereka bangkitkan boleh dikritik atau dibincang dalaman parti namun, mereka ini mengambil keputusan utk berdiri mengkritik dipentas pembangkang. Ia lebih jelas sebagai ahli tertinggi yg cuba menjatuhkan UMNO dari dalam dan luar parti. Maka dari adanya musuh dalam selimut yg terang2 tidak lagi bersama perjuangan parti maka pemecatan ini satu tindakan yang bijak.
*Taat kepada pemimpin*
Ketaatan dalam berorganisasi dan juga taat kpd pemimpin adalah dituntut dlm Islam. Maka UMNO sebagai parti Melayu dan Islam memegang dasar ketaatan pada pemimpin dgn penuh tanggungjawab. Jika ada perkara yg tidak bersefahaman bersama pemimpin maka ada jalan penyelesaian iaitu dgn bermesyuarat bersama dan bermuzakarah bersama. Ini menjadikan organisasi bertambah kuat dan kepimpinan mempunyai kekuatan pengikut yg setia dan bertanggungjawab.
*Tanggungjawab Parti*
2 pemimpin ini dilihat tidak ada langsung rasa tanggungjawab terhadap parti bilamana mereka sanggup bersengkongkol bersama pembangkang dalam memerangi parti sendiri. Sehinggakan sanggup memakai baju berlogo parti dan berdiri dipentas pembangkang menghentam parti sendiri. Mana tanggungjawab mereka mempertahankan parti? Inilah yg dilihat pemecatan mereka ini sabagai satu tanggungjawab parti juga utk membersihkan dari pengkhianat dalaman parti sendiri.
*Alasan pembelaan*
Alasan tidak diberi peluang membela diri sebagai alasan yg digunakan isu pemecatan ini. Namun, mereka telah lama diberi peluang dan mereka ini bukanlah org bawahan yg agak sukar utk bertemu Presiden bagi membincangkan perkara yg terbuku dihati. Banyak ruang utk mereka bertemu Presiden tetapi kenapa mereka terus membawa diri dan kekal bersama pemimpin pembangkang?. Adakah mereka ini lebih selesa berkawan dgn pembangkang dari bersahabat dgn rakan2 parti sendiri.
*Sokongan akar umbi*
Pemecatan ini tidak langsung dilihat sebagai gelombang utk mereka menarik sokongan akar umbi. Mereka ini tidak ada lagi pengaruh di peringkat akar umbi mahupun kepimpinan negeri masing2. Mungkin mereka cuba meraih simpati dari pihak pembangkang namun, sokongan ahli UMNO tidak akan memberi ruang buat mereka ini. Kalau dilihat diawal lagi bilamana mereka cuba menarik sokongan dari negeri masing2 tidak ada satu pun kepimpinan mahupun ahli yg cuba simpati atau memberi sokongan penuh. TSMY di Johor penuh dgn dosa2 lalu terhadap rakyat Johor ketika menjadi MB.
*War2kan sebagai mangsa kezaliman*
Bila dilihat pemecatan ini sebagai kezaliman maka ianya hanya didada akhbar atau pun mainan pembangkang. Ia hanya utk menarik simpati rakyat atas isu pemecatan ini. Rakyat kini sudah matang berpolitik. Isu zalim ini tidak timbul mahupun isu menarik simpati. Rakyat boleh berfikir mereka ini juga ahli politik yg juga mempunyai agenda peribadi. Menjadi mangsa politik dan kezaliman politik itu sudah menjadi lumrah sepak terajang politik. Sama juga apa yg dilakukan kezaliman oleh Tun Mahathir terhadap Anuar Ibrahim satu ketika dulu. Yang cerdik berpolitik akan selamat dan yg lemah berpolitik akan sampai ke penghujung politik nya.
*Politik baru*
Politik baru kini lebih melalui kematangan berfikir. Rata2 masyarakat muda kini lebih memikirkan kpd kepentingan diri sendiri. Isu pemecatan ini tidak membawa kepada impak yg besar kpd org muda mahupun rakyat. Mereka melihat isu ini tidak langsung memberi munafaat atau untung kepada mereka. Org politik datang dan pergi. Pengganti mungkin ada yg lebih baik dari ini dan boleh memberi keuntungan kpd mereka.
*Kekuatan parti bertambah*
Isu pemecatan ini juga ada yg menyatakan bahawa parti UMNO akan kecundang dan akan menjadi lemah. Ini salah. Parti UMNO akan dilihat lebih kuat dan ianya satu parti yg mempunyai prinsip dan disiplin. Kekuatan parti boleh dilihat apabila musuh dalam selimut dibuang dgn pembersihan pemecatan ini.
*Kekuatan dalam memimpin*
Sudah tiba masanya YAB Presiden bertegas dlm membuat keputusan tanpa ada belas kasihan. Telah lama mereka2 ini memijak2 kepala Presiden dan kini ketegasan perlu diambil dan Presiden membuat keputusan yg tepat. Presiden juga sudah sampai masanya utk lebih tegas dan berani dlm membuat keputusan dan bukan hanya bergantung kpd MT UMNO sahaja. Kesilapan terlalu bergantung membuat keputusan sudah banyak memberi impak yg tidak baik bagi parti. Ketegasan inilah yg dinantikan ahli2 UMNO dari seorang Presiden yg berwibawa. Bukan hanya jadi Presiden pak turut dan dikuasai oleh org sekeliling sahaja.
Akhirnya, pemecatan ini dilihat tidak akan memberi gelombang yg buruk terhadap parti UMNO dan ahli2nya. Ianya lebih kepada keinginan ahli dari Presiden parti agar lebih tegas membuat keputusan seperti ini dan membawa parti lebih relevan dimasa depan.
No comments:
Post a Comment