Sunday, March 4, 2012
Ku Li Bakal MB Kelantan????
Selepas gelombang merah yang dilihat sebagai tsunami politik di Kelantan, kini Tok Pha selaku peneraju BN di Kelantan terus berkerja keras siang dan malam demi menawan kembali Kelnatan. Tok Pha cukup yakin dengan 23 DUN dalam genggaman beliau dari 45 DUN yang ditawarkan di 14 parlimen di Kelantan. Apakah usaha beliau ini mendapat sambutan dari kalangan ahli UMNO di kelantan dan mereka berkerja siang dan malam bersama Tok Pha atau hanya omong kosong oleh Tok Pha.
Jika apa yang dihajatkan oleh Tok Pha untuk merampas kembali Kelantan menjadi kenyataan, persoalan yang timbul adalah, siapa pula yang akan menjadi MB kelantan menggantikan Nik Ajis dari PAS kelak. Siapa dikalangan pemimpin UMNO Kelantan yang akan dinamakan sebagai MB dan meneraju Kelantan selepas 20 tahun dibawah cengkaman PAS. Tok Pha hari ini telah mengumumkan sedia bertanding di DUN dan di Parlimen.Pertanda jelas untuk beliau memegang jawatn MB. Adakah Tok Pha sekarang ini sebagai Pengurusi Perhubungan UMNO Kelantan akan meninggalkan kabinet dipusat untuk beliau terus meneraju Kelantan sebagai MB??
Dilihat Tok Pha tidak mampu meneraju Kelantan sebagai MB kerana sifat beliau sebagai pengurus dan bukan sebagai peneraju. Beliau juga perlu ingat yang beliau belum lagi dapat menguasai war lord yang lain didalam UMNO Kelantan. Justeru, siapa dikalangan war lord dan juga pemimpin Kelantan yang berkelayakan untuk meneraju Kelantan kelak.
Kini UMNO Kelantan ingin bangkit untuk menguasai Kelantan buat kesekian kalinya setelah 20 tahun terus tidur. Disini boleh dicadangkan Ku Li sebagai MB Kelantan untuk meneraju UMNO dan BN di masa depan serta membangunkan Kelantan. Faktor utama untuk Ku Li boleh menjadi MB Kelantan kerana beliau begitu lantang dalam membicarakan royalti minyak Kelantan dan jika BN menang di Kelantan pada PRU akan datang, Ku Li sahaja yang layak untuk memperjuangkan hak royalti minyak rakyat Kelantan. Bukan Nik Aziz atau Husam Musa kerana suara PAS hanya suara songsang yang sumbang bersama rakan sekutu mereka. Tak layak langsung Pas NAK MEMINTA DENGAN KERAJAAN PUSAT KECUALI KU LI SENDIRI DIAMANHAKAN DENGAN MISI INI...
Faktor seterus nya, Ku Li juga sudah mula renggang dengan pihak istana maka dengan melantik Ku Li sebagai MB kelantan yang baru maka ada juga usaha untuk hubungan silaturahim kembali bertaut diantara Ku Li dengan pihak Istana. Rata-rata tahu, faktor Istana memainkan peranan dalam menentukan politik dinegeri Kelantan. Tidak mustahil jika Ku Li diamanahkan sebagai MB Kelantan segala kesulitan dapat diselaraskan dengan komunikasi yang baik antara pusat dan pihak istana.
Ada juga desas desus diperkatakan yang Ku Li tidak akan duduk diam dengan kenyataan kenyataan akhbar sonsang beliau melawan arus kerajaan maka tidak pula ada tindakkan displin dari pihak UMNO. Ku Li juga akan terus dahagakan untuk memeggang tampuk no 1 dalam UMNO. Itu cita-cita yang belum padam oleh Ku Li dan ianya akan diteruskan biarpun dikatakan 'nabi juga pernah dilawan oleh musuhnya inikan pula PM' Peranan mengetuai Kelantan perlu diambil oleh Ku Li sebelum beliau bercita-cita mengetuai Malaysia sebagai PM. Beliau perlu buktikan yang beliau boleh merampas kembali Kelantan yang beliau sendiri jatuhkannya ke tangan pembangkang pada dan tika beliau mengetuai semangat 46 dulu. Inilah masanya untuk Ku Li membuktikan kepada rakyat Kelantan yang beliau masih releven dan boleh membawa kemajuan demi rakyat tercinta.
Tidak hairan jika perkara ini berlaku dalam politik dan calon utama dalam pemimpin Kelantan yang dilihat mampu mengunci langkah pihak pembangkang dengan tari silatnya adalah Ku li yang berdarah Raja dan ini menjadikan strategi merampas kembali Kelantan ditangan PAS yang tak membangun bersama Islam menjadi kenyataan. nak kata PAS membangunkan negeri pun tidak dan nak kata membangunkan Islam pun tidak, maka dicadangkan UMNO perlu membangun berpaksikan Islam untuk menawan kemabli Kelantan. -'Membangun berpaksikan Islam' adalah, setiap yang dilaksanakan oleh UMNO untuk membangunkan negeri Kelantan perlu berpaksikan Islam. Ini berbeda dengan PAS yang 'membangun bersama Islam', islam tak bangun negeri pun terus mundur dan tak membangun...
Akhirnya...jika Ku Li boleh merapatkan saf bersama berganding bahu dengan Tok Pha dan seluruh jentera UMNO Kelantan maka tidak mustahil UMNO di Kelantan boleh terus berbakti untuk membangunkan umat Melayu Islam demi menuju kebahagian yang hakiki dan kesejahteraan hidup di bumi Kelantan tercinta...Ilahi Aminnnnn....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment