Kekadang rasa sungguh cepat masa berlalu, umur pun semakin meningkat, tapi hati tetap nak muda. Tahun baru terus berlalu. Azam yang lalu pun entah ...lupa lak apa azam tahun lalu. Mungkin dek kerana sibuk dengan warna-warna politik tanahair atau sibuk membilang ekonomi yang turun dan naik. Azam baru terus digalas, konontasi nya akan berpandukan azam baru untuk tahun yang serba baru ini. Dah 5 hari tahun baru memulakan langkah bergaya. Berbagai isu yang terbit didada akhbar, dari banjir di Pantai Timur hinggalah keresahan SUK yang belum tentu mendapat jawatan rasminya di Selangor.
Tahun baru 2011 kali ini megorak langkah dengan adanya PRK di Tenang di akhir bulan Januari ini. Pertemuan yang dinantikan antara PAS dan BN. Kempen belum bermula tapi ada yang dah mula berceramah dan mula meraih simpati. Sudah mula menabur fitnah, sudah mula bertemu dengan pengundi. Kata diri sebagai wakil perjuang peneroka, entah bila dilantik atau melantik diri sebagai hero, mendabik dada tanpa rasa diri itu mewakili parti Islam....Orang Johor pasti tahu menilai, kalau tidak manakan boleh Johor menjadi kubu kuat UMNO. Tapi yang merunsingkan BN sendiri undi dari kaum Cina dan India. Nah...masanya telah tiba untuk Presiden MCA untuk membuktikan pada YAB PM yang dia masih releven dan dia bukan hanya pandai meminta itu dan ini, tapi buktikan di PRK Tenang ini.
Azam tahun baru ini juga boleh dilihat setiap gerak diatur, setiap perjalanan diambil kira. Maklum saja la harga minyak dah mahal, kos kehidupan semakin tinggi, gaji...entah naik ke tidak ...Tapi jika keadaan ekonomi semakin pulih, dan pelabur luar mula memberi kepercayaan pada Malaysia, sudah tentu 2011 ini rakyat boleh menarik nafas lega. Boleh bersukur akan nikmat keamanan dan juga limpahan kurnia rezki bagi menampung kehidupan di tahun baru ini. Azam tahun ini juga boleh dirangka sebagai membantu meningkatkan ekonomi negara. Membantu dalam apa juga bentuk bantuan untuk kerharmonian negara Malaysia yang tercinta.
2011 ini, mungkin mula sibuk dengan strategi berbagai, dari politik hingga ekonomi dan juga strategi diri sendiri untuk melangkah ke tahap yang lebih gemilang. Atau dibiarkan masa itu berlalu tanpa ada perancangan yang kritikal. Bukan mudah untuk kita menggamit azam baru agar ia tercapai, namun ia perlulah berdikit dikit dan perlu ada istiqamah. Ada target, ada haluan,yang lebih kita berserah pada Allah. yang penting tahun ini adalah tahun untuk berkerja dan berkerja. Biar orang kata aku keje macam lembu, namun yang penting bagi diri ini satu kepuasan untuk terus berkerja. Azam baru kali ini ingin melihat satu anjakan dalam hidup satu perubahan dan satu pencapaian yang boleh membanggakan diri dan keluarga aku - Health dan wealth satu keazaman...Selebihnya aku hanya berserah dan bertawakal padamua ya Allah.....

No comments:
Post a Comment