Tuesday, November 29, 2011
Perhimpunan Agong UMNO 2011
Pertamanya aku hanya nak ucapkan selamat datang kepada semua perwakilan yang mula bersidang untuk tahun 2011 di PWTC. Malam ni, serentak perasmian sayap dan akan berlanjutan persidangan sehingga 3hb Dis. Apa yang menarik untuk kali ini akan kita saksikan ulasan demi ulasan, cadangan dan perbahasan yang banyak menjurus kepada persiapan PRU akan datang. Adakah UMNO dan jenteranya sudah bersedia, dan adakah kali ini ada amanat dan tangkal azimat buat semua jentera bergerak terus untuk berkerja demi rakyat Malaysia.
Terus kepada perhimpunan yang dimulai pada malam ini, dengan perasmian oleh TPM untuk sayap UMNO , Wanita, Pemuda dan Putri.. Persembahan ucapan perasmian oleh TPM yang dilihat oleh perwakilan satu suntikan untuk mereka terus bersiap sedia dalam menghadapi PRU akan datang tapi pemerhati seperti aku mendengar ucapan yang cukup hambar.
Apa pun , pada kali ini, aku hanya sebagai pemerhati yang inginkan satu perubahan atau transformasi yang dicanang dan bukan lebihan retorik sahaja. Retorik yang tidak berkesudahan. Omong kosong bak tin kosong. Bukan itu yang dicari dalam pertemuan kali ini...Semangat setia, Berkorban demi Agama, Bangsa dan Tanahair perlu disemat untuk terus membakar semangat dalam perjuangan UMNO yang belum selesai...Jangan mudah lupa Melayu...Selamat bersidang kepada semua perwakilan...
Tuesday, November 1, 2011
Aziz Bari apakah kaitan anda dengan Konrad. Satu persoalan???....
Persoalan mula timbul apabila buku yang ditulis oleh Aziz diterbitkan oleh Konrad Adenauer Foundation. Sama juga Institut Kajian Dasar (IKD) juga ditaja oleh kumpulan ini. Siapa mereka ini sebenarnya? Apakah agenda mereka dan adakah Aziz salah seorang kader mereka untuk menyebarkan Islam Libral...Apakah ada agenda untuk menghancurkan Islam dan Aziz sebagai jentera yang telah ditaja mereka???
Pegerakkan kumpulan ini cukup bebas di Malaysia dengan mengadakan banyak seminar dan juga menaja penerbitan buku-buku berbentuk fahaman Islam Libral. Namun, sejauh mana pemantauan dari pihak berkuasa dalam menagani isu ini. Tidak semestinya mereka ini menaja tetapi apakah agenda sulit mereka hinggakan ada kedegaran unsur-unsur untuk memurtadkan umat Islam di Malaysia...Cuba-cubalah pihak berkuasa memantau perkara ini dan Aziz Bari juga perlu dilihat oleh pihak PAS siapa dia ini sebenarnya...
Adakah Aziz ini cuba menyusup masuk ke dalam PAS dan menggunakan PAS sebagai jambatan untuk beliau memecahkan umat Islam di Malaysia. Hati-hati para pejuang yang menamakan diri mereka PAS. Yang cuba membawa Islam dan politik sebagai perjuangan dasar tapi dalam diam anda ditipu oleh si Aziz ini...
Cuba-cuba la pihak PAS melihat siapa disebalik Konrad ini dan berapa banyak mereka ini telah membantu PKR dalam siri sulit dan agenda sulit mereka dalam menghancurkan Islam. Pertama mereka menggunakan IKD yang diketuai oleh Khalid Jaafar, kemudian, masuk ke dalam PKR dan mengkader jentera muda PKR dihantar ke luar negara hingga ke German semata-mata untuk merubah minda mereka...PAS perlu membuka mata, jangan sampai ditipu secara sulit. Buka otak tu jangan dikongkong pemikiran anda.
P/S aku harap PAS akan tahu siapa musuh dia sebenarnya...Sila lihat dan rujuk dibawah ini:
Konrad Adenauer Foundation
From Wikipedia, the free encyclopedia
Jump to: navigation, search
The Konrad Adenauer Foundation (Konrad-Adenauer-Stiftung e.V.) (KAS) is a German political party foundation associated with the centre-right Christian Democratic Union (Germany) (CDU). The foundation's headquarters are located in Saint Augustine (Bonn) and Berlin.[1] Globally, the KAS has 78 offices and runs programs in over 100 countries.[2] Its current chairman is the former President of the European Parliament, Hans-Gert Pöttering.
Monday, October 17, 2011
Menteri tak tahu....
Apa bila ditanya berapa ramai jumlah pati Indonesia yang ada di pusat tahanan sekarang ini??? Jawapan Menteri yang bertanggung jawab, saya tak tahu....Adakah ini jawapan seorang Menteri KDN...Tak tahu...Apa yang dibuat oleh pegawai khasnya selama ini...Takkan data pun tak disimpan...Apa punya Bodoh la menteri ni...Adakah kebodohan seorang menteri ini boleh diukur sebagai tidak kompitent untuk menjadi Menteri di KDN....Tolong la, jangan la buat malu dengan pegawai khas bertaburan, adakah jawapan tak tahu tu releven...
Aku harap la para pegawai khas dan juga jabatan yang bertanggung jawab pun rasa malu la sikit bila menteri anda jawab tak tahu bila ditanya oleh wartawan....Aduhhh begini punya menteri pun ada cita cita nak jadi PM....
Parti KITA atau dah jadi Parti KAMi
Lama tak dengar kabar Zaid Ibrahim setelah dia tubuhkan parti KITA. Tiba-tiba sibuk dia keluar tv dengan sokongan penuh kepada tindakkan kerajaan dan juga sibuk dengan masalah dalaman parti KITA. persoalan dibuka, masih adakah ruang untuk parti yang dinamakan kuasa ketiga ini bersuara dan duduk dalam parlimen untuk masa akan datang. Bagaimana persiapan parti KITA untuk menghadapi PRU 13 akan datang dan berapa ramikah ahli mereka yang telah berdaftar.
Mungkin mudah untuk mereka tika angin PRU 13 yang bertiup kencang ini mereka mula menyokong segala pandangan kerajaan, namun, disebaliknya , adakah ini menjadikan mereka itu lebih mudah untuk bersama kerajaan atau sebaliknya. Musuh tetap ada, dan nama juga politik maka ianya tetap beterusan cah ketingnya. Apa pun tujuan mereka itu kekadangnya murni tetapi sejauhmana ketelusan mereka itu dan sejauhmana mereka mula menampakkan diri mereka sebagai aliran parti kuasa ketiga.
Adakah rakyat Malaysia sudah mula memahami rasionalnya untuk ada kuasa ketiga dalam mengimbangi politik tanahair. Adakah rakyat Malaysia tahu untuk menjadikan parti ketiga sebagai jambatan suara mereka. Persoalannya, berapa ramaikah pemimpin yang berwibawa duduk didalam parti ketiga ini dan mereka boleh memberi sumbangan yang besar kepada perubahan lanskap politik negara. Kalau dilihat, jika hanya bergantung tak kira la sama ada wang ringgit atau karisma seseorang sahaja maka parti KITA belum boleh membawa kearah perubahan yang diimpikan.
Hanya penyokong yang belum tentu tahu akan dasar parti, serta perjuangan parti , tambah dengan fungsi parti sebagai kuasa ketiga pun belum cukup mendalam, menjadikan ianya sebuah parti mengharap kepada 'ehsan'. Adakah dengan memberikan sepatah dua kata dalam menyokong kerajaan iannya dapat merubah nasib parti. Ahli parti pun masih mencari cari dimana punca dan dimana tempat bergayut selepas PRU 13 akan datang.
Perubahan lanskap politik yang dicadangkan oleh parti KITA itu amat baik, namun, masyarakat dan ahlinya sendiri belum begitu faham. Mereka masih lagi hidup dengan politik kebergantugan. Iaitu politik yang masih mengharapkan habuan dari si penguasa. Apa pun pengerobanan yang dikatakan untuk parti masih belum cukup dibanggakan dan perjuangan atas dasar poket sendiri boleh menjadikan parti KITA beralih arah dari parti KITA kepada parti KAMI....
Bodoh macam lembu...
P/S Belajar pandai-pandai tapi tak de otak kerana otaknya diletakkan di kepala lutut. Belajar pandai-pandai tapi tak tau nak hormat Sultan...Belajar pandai-pandai tentang bab undang-undang tapi cuba putar belit undang-undang negara....Belajar pandai-pandai tapi tak tau la guna duit siapa....Belajar pandai-pandai tapi tak pernah nak ucap terima kasih...Belajar pandai-pandai ingatkan pandai tapi BODOH MACAM LEMBU JUGAK....
Subscribe to:
Posts (Atom)






