Saturday, June 11, 2011
Nurul Izzah dan Ugutan SMS....
Hanya satu persoalan yang mula timbul setelah dengar kabar-kabra angin bahawa orang yang mengugut Izzah dengan menghantar sms tu adalah orang dalaman PKR sendiri. Namun, pegesahan tersebut perlu dibuat oleh pihak polis sendiri, kerana Izzah terlalu awal membuat laporan polis. Mulanya, Izzah dan Kak Wan rasa mereka ada buah kilas nak kenakan puak UMNO, namun setelah Izzah membuat laporan polis terlalu awal tanpa usul periksa , maka mereka sendiri puak-puak PKR di lembah Pantai tahu siapa yang hantar SMS yang cuba ugut Izzah...Yang jelas orang-orang di Lembah Pantai sudah mula muak dengan perangai Izzah yang hanya melayan golongan elite tanpa menghiraukan masyarakat kelas kedua di Lembah Pantai.Dikabarkan Izzah jika ke program di Lembah Pantai cepat je nak balik coz jumpa masyarakat kelas kedua la katakan. Tapi, jika ke Bangsar wah, semalaman pun tak pe...Inilah sifat yang rata-rata penduduk Lembah Pantai kenal akan Izzah tu..Apa pun, padan muka penduduk Lembah Pantai, yang tetap setia dengan sokongan terhadap PKR...wakakakak
P/s Kalau ada berita siapa yang ugut Izzah tu sila la lapor pada pihak polis ya, pasal aku pun tak tau gak, cuma dengar kabar-kabar angin dan nak bagi polis siasat cepat sikit je...
Thursday, June 9, 2011
Bila bagi Mat Sabu jawatan tertinggi....
Bila PAS bagi jawatan tertinggi pada Mat Sabu, nah inilah jadinya...Tahniah Abg Mat kerana berani menegur PAS yang kini semakin rosak. Pemimpin PAS yang lain takkan diam je....sila baca dibawah...
Sumber dari Malaysiakini....
'Kalau PAS tak ambil, Umno akan ambil'
Salhan K Ahmad
Jun 10, 11
11:47am
PAS perlu mencontohi tadbir urus yang baik seperti yang diamalkan negeri Pulau Pinang bagi meningkatkan integriti dalam pentadbiran negeri yang dikuasainya – Kelantan dan Kedah, kata timbalan presiden parti itu, Mohamad Sabu.
Katanya, pemimpin berkenaan perlu berbuat demikian memandangkan perubahan yang berlaku di kedua-dua negeri tersebut masih belum cukup dan lebih buruk lagi, masih ada lagi golongan dalam PAS yang masih berfikiran seperti pemimpin Umno.
"Bukanlah kalau PAS pergi ke Putrajaya dengan rakan-rakannya hal ini akan selesai. Tadbir urus baik ini masih perlu difahami.
"Bila kita ceramah, kita tanya 'bila kita memerintah setuju tak kita tangkap Najib bawah ISA?' Orang kata setuju. Itu bermakna dalam pemikiran untuk balas dendam ini masih tebal.
"Maknanya bila kita perintah kita ganti Umno. Itu yang kita tak mahu. Sekarang di Kedah, Kelantan, perubahan berlaku tapi tak cukup," katanya dalam satu temubual eksklusif dengan Malaysiakini.
Mohamad menjelaskan, perubahan di negeri Kelantan, misalnya, akan berdepan masalah apatah lagi sekiranya menteri besarnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak lagi mengetuai pentadbiran negeri berkenaan.
"Dari segi tadbir urus, sebab pergantungan Kelantan misalnya pada tok guru (Datuk) Nik Abdul Aziz (Nik Mat) terlalu tinggi," kata Mohamad yang vokal terhadap pentadbiran negeri PAS sejak parti itu dapat mengembalikan kuasa di negeri itu pada 1990.
Penceramah popular itu juga menegaskan, PAS perlu mengubah sikap yang wujud di kalangan wakil rakyatnya bagi meningkatkan integriti barisan pentadbiran di negeri yang dikuasai.
"Misalnya anggota exco, ADUN tak boleh pohon tanah kerajaan. (Kalau) mahu mohon, berhenti, jadi orang berniaga. Selagi jadi ADUN, exco tak boleh memohon dan sebagainya. Ini yang perlu diubah oleh kerajaan yang dipimpin oleh PAS.
"Setengah bercakap kalau PAS tak ambil Umno ambil. Ertinya (PAS) sama (dengan Umno) – benda macam ini yang saya akan berdepan, di dalam isu misalnya balak," katanya lagi yang mengakui bahawa pandangan seperti itulah yang menyebabkan beliau dilihat sebagai "pro-DAP."
Mohamad yang bimbang dengan penyelewengan yang wujud dalam parti itu berkata demikian dengan merujuk kepada dakwaan yang dilemparkan berhubung sumber balak di negeri berkenaan.
Satu lagi perkara yang menjengkelkannya ialah minat yang ditunjukkan pemimpin PAS untuk mendapatkan gelaran daripada Istana – sikap yang dikutuknya sebagai pemujaan kepada sistem kasta dan feudalisme.
"Penyanyi menyanyi dua tiga lagu dah 'Datuk'. Pelawak (juga dapat). Kalau P Ramlee itu OK lah bagi Datuk, ini semua, kita baling batu boleh jatuh kepala Datuk.
"Kalau gelaran Datuk, semua mencari. Kalau umum 'siapa nak (pangkat) Datuk esok datang depan istana. Saya ingat pemimpin PAS akan berebut pergi depan istana," katanya.
Mohamad yang popular dengan gelaran Mat Sabu itu bagaimanapun berkata, beliau setakat ini menolak tawaran bagi gelaran berkenaan kerana tidak melihat keperluannya.
"Saya tolak buat masa ini. Tak berani cakap besarlah untuk akan datang, tapi buat masa ini tak nampak (keperluan). Tak perlu," katanya yang telah menolak tawaran untuk mendapat pingat kebesaran daripada Pulau Pinang sebanyak dua kali.
Mohamad Sabu ditemubual Aidila Razak, Lee Way Loon dan Salhan K Ahmad.
Sumber dari Malaysiakini....
'Kalau PAS tak ambil, Umno akan ambil'
Salhan K Ahmad
Jun 10, 11
11:47am
PAS perlu mencontohi tadbir urus yang baik seperti yang diamalkan negeri Pulau Pinang bagi meningkatkan integriti dalam pentadbiran negeri yang dikuasainya – Kelantan dan Kedah, kata timbalan presiden parti itu, Mohamad Sabu.
Katanya, pemimpin berkenaan perlu berbuat demikian memandangkan perubahan yang berlaku di kedua-dua negeri tersebut masih belum cukup dan lebih buruk lagi, masih ada lagi golongan dalam PAS yang masih berfikiran seperti pemimpin Umno.
"Bukanlah kalau PAS pergi ke Putrajaya dengan rakan-rakannya hal ini akan selesai. Tadbir urus baik ini masih perlu difahami.
"Bila kita ceramah, kita tanya 'bila kita memerintah setuju tak kita tangkap Najib bawah ISA?' Orang kata setuju. Itu bermakna dalam pemikiran untuk balas dendam ini masih tebal.
"Maknanya bila kita perintah kita ganti Umno. Itu yang kita tak mahu. Sekarang di Kedah, Kelantan, perubahan berlaku tapi tak cukup," katanya dalam satu temubual eksklusif dengan Malaysiakini.
Mohamad menjelaskan, perubahan di negeri Kelantan, misalnya, akan berdepan masalah apatah lagi sekiranya menteri besarnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak lagi mengetuai pentadbiran negeri berkenaan.
"Dari segi tadbir urus, sebab pergantungan Kelantan misalnya pada tok guru (Datuk) Nik Abdul Aziz (Nik Mat) terlalu tinggi," kata Mohamad yang vokal terhadap pentadbiran negeri PAS sejak parti itu dapat mengembalikan kuasa di negeri itu pada 1990.
Penceramah popular itu juga menegaskan, PAS perlu mengubah sikap yang wujud di kalangan wakil rakyatnya bagi meningkatkan integriti barisan pentadbiran di negeri yang dikuasai.
"Misalnya anggota exco, ADUN tak boleh pohon tanah kerajaan. (Kalau) mahu mohon, berhenti, jadi orang berniaga. Selagi jadi ADUN, exco tak boleh memohon dan sebagainya. Ini yang perlu diubah oleh kerajaan yang dipimpin oleh PAS.
"Setengah bercakap kalau PAS tak ambil Umno ambil. Ertinya (PAS) sama (dengan Umno) – benda macam ini yang saya akan berdepan, di dalam isu misalnya balak," katanya lagi yang mengakui bahawa pandangan seperti itulah yang menyebabkan beliau dilihat sebagai "pro-DAP."
Mohamad yang bimbang dengan penyelewengan yang wujud dalam parti itu berkata demikian dengan merujuk kepada dakwaan yang dilemparkan berhubung sumber balak di negeri berkenaan.
Satu lagi perkara yang menjengkelkannya ialah minat yang ditunjukkan pemimpin PAS untuk mendapatkan gelaran daripada Istana – sikap yang dikutuknya sebagai pemujaan kepada sistem kasta dan feudalisme.
"Penyanyi menyanyi dua tiga lagu dah 'Datuk'. Pelawak (juga dapat). Kalau P Ramlee itu OK lah bagi Datuk, ini semua, kita baling batu boleh jatuh kepala Datuk.
"Kalau gelaran Datuk, semua mencari. Kalau umum 'siapa nak (pangkat) Datuk esok datang depan istana. Saya ingat pemimpin PAS akan berebut pergi depan istana," katanya.
Mohamad yang popular dengan gelaran Mat Sabu itu bagaimanapun berkata, beliau setakat ini menolak tawaran bagi gelaran berkenaan kerana tidak melihat keperluannya.
"Saya tolak buat masa ini. Tak berani cakap besarlah untuk akan datang, tapi buat masa ini tak nampak (keperluan). Tak perlu," katanya yang telah menolak tawaran untuk mendapat pingat kebesaran daripada Pulau Pinang sebanyak dua kali.
Mohamad Sabu ditemubual Aidila Razak, Lee Way Loon dan Salhan K Ahmad.
Friday, June 3, 2011
PKR dan Islam Liberal...Satu pendekatan dan penyebaran mereka...
Oleh Abu Hamzah Agus Hasan Bashari
Liberalisme adalah satu faham yang berkembang di Barat. Dalam tesis Ahmad Suhelani, MA yang berjudul “Pemikiran Politik Barat” menjelaskan prinsip-prinsip pemikiran ini. Pertama, prinsip kebebasan individu. Kedua, prinsip kontrak sosial. Ketiga, prinsip masyarakat pasaran bebas. Keempat, perinsip meyakini wujudnya Pluraliti Sosio - Kultural dan Politik Masyarakat. (Gado-Gado Islam Liberal; Sabili no 15 Thn IX/81).
Islam dan Liberal adalah dua istilah yang antagonis, iaitu saling bertentangan dan tidak mungkin bersatu. Namun begitu dengan adanya sekelompok manusia di Indonesia menamakan dirinya dengan Jaringan Islam Liberal (JIL), menunjukan terdapat sekumpulan manusia yang mempunyai agenda tersendiri.
Islam adalah pengakuan bahawa apa yang mereka suarakan adalah haqq(benar) tetapi pada hakikatnya suara mereka itu adalab batil (palsu) kerana liberal tidak sesuai dengan Islam dan apa yang mereka suarakan adalah bid'ah yang ditawarkan oleh orang-¬orang yang ingkar kepada Muhammad Rasulullah.
Maka dalam rencana ini akan kita huraikan asal usul firqah (fahaman) liberal (kelompok Islam Liberal atau Kelompok kajian Utan Kayu), visi, misi agenda dan bahaya mereka.
Asal-usul Firqah Liberal
Islam liberal menurut Charles Kurzman muncul sekitar abad ke-18 ketika kerajaan Turki Utsmaniyah Dinasti Shafawi dan Dinasti Mughal (India) berada diambang keruntuhan. Pada saat itu tampillah para ulama untuk mengadakan gerakan permurnian, kembali kepada al-Qur'an dan sunnah.
Pada saat ini muncullah tunas fahaman liberal awal melalui Syah Waliyullah (India, 1703-1762), menurutnya Islam harus mengikuti adat lokal suatu tempat sesuai dengan keperluan penduduknya. Hal ini juga terjadi di kalangan Syi'ah. Muhammad Bihbihani (Iran, 1790) mulai berani membuka pintu ijtihad.
Idea ini terus tergelincir. Rifa'ah Rafi' al-Tahtawi (Mesir, 1801-1873) memasukkan unsur-unsur Eropah dalam pendidikan Islam. Shihabuddin Marjani (Rusia, 1818-1889) dan Ahmad Makhdun (Bukhara, 1827-1897) memasukkan mata pelajaran sekular ke dalam kurikulum pendidikan Islam. (Charless Kurzman: xx-xxiii)
Dari kiri, Sir Sayyid Ahmad Khan (India), Syed Amir Ali (India), Muhamad Abduh(Mesir) dan Qasim Amin (Mesir)
Di India muncul Sir Sayyid Ahmad Khan (1817-1898) yang memujuk kaum muslimin agar bekerjasama dengan penjajah Inggeris. Pada tahun 1877 dia membuka kelas pengajian yang kemudian menjadi Universitas Aligarh (1920).
Sementara Syed Amir Ali (1879-1928) melalui buku "The Spirit of Islam" berusaha mewujudkan seluruh nilai liberal dalam Islam sepertimana yang dipuja di Inggeris pada masa Ratu Victoria. Amir Ali memandang bahawa Nabi Muhammad adalah Pelopor Agung Rasionalisme. (William Montgomery Waft: 132).
Di Mesir muncullah Muhamad Abduh (1849-1905) yang banyak menceduk pemikiran mu'tazilah dalam menafsirkan Islam dengan cara yang bebas dari pengaruh salaf. Lalu muncul Qasim Amin (1865-1908) kaki tangan Eropah dan pelopor emansipasi wanita, penulis buku Tahrir al-Mar'ah(emansipasi wanita). Lalu muncul Ali Abd. Raziq (1888-1966), yang menentang sistem khilafah, menurutnya Islam tidak memiliki dimensi politik kerana Muhammad hanyalah pemimpin agama. Lalu diteruskan oleh Muhammad Khalafullah (1926-1997) yang mengatakan bahawa yang dikehendaki oleh al-Qur'an hanyalah sistem demokrasi dan tidak yang lain. (Charless: xxi,l8).
Di Algeria muncul Muhammed Arkoun (lahir 1928) yang menetap di Perancis. Dia memulakan tafsiran al-Quran model baru yang berdasarkan kepada pelbagai disiplin Barat seperti dalam lapangan semiotika (ilmu tentang fenomena tanda), antropologi(kajian sosio-budaya masyarakat), falsafah (pemikiran) dan linguistik (bahasa). Intinya dia ingin menelaah Islam berdasarkan ilmu¬-ilmu pengetahuan Barat moden. Dan ingin mempersatukan keanekaragaman pemikiran Islam dengan keanekaragaman pemikiran di luar Islam. (Mu'adz, Muhammad Arkoun Anggitan tentang cara-cara tafsir al-Qur'an, Jurnal Salam vol.3 No. 1/2000 hal 100-111; Abd. Rahman al-Zunaidi: 180; Willian M Watt: 143).
Di Pakistan muncul Fazlur Rahman (lahir 1919) yang menetap di Amerika dan menjadi pengarah di Universiti Chicago. Ia mempelopori tafsir konstekstual, satu-satunya model tafsir yang adil dan terbaik menurutnya. Ia mengatakan al-Qur'an itu mengandung dua aspek: peraturan spesifik dan idea moral dan yang dituju oleh al-Qur'an adalah idea moralnya kerana itu ia yang senang untuk diterapkan. (Fazlul Rahman: 21; William M. Watt: 142-143).
Di Indonesia muncul Nurcholis Madjid (murid dari Fazlur Rahman di Chicago) yang memelopori gerakan firqah liberal bersama dengan Djohan Efendi, Ahmad Wahid dan Abdurrahman Wahid (Gus Dur). (Adiyan Husaini dalam makalah Islam Liberal dan misinya menukil dari Greg Barton, Sabili no. 15: 88).
Nurcholis Madjid telah memulakan gagasan pembaharuannya sejak tahun l970-an. Pada saat itu dia telah menyuarakan pluralisme agama dengan menyatakan: “Rasanya toleransi agama hanya akan tumbuh di atas dasar fahaman kenisbian (relativisme) bentuk-bentuk formal agama ini dan pengakuan bersama akan kemutlakan suatu nilai yang universal, yang mengarah kepada setiap manusia, yang kiranya merupakan inti setiap agama” (Nurcholis Madjid: 239)
Lalu sekarang muncullah apa yang disebut JIL (Jaringan Islam Liberal) yang mengusung idea-idea Nurcholis Madjid dan para pemikir-pemikir lain yang secocok dengan pemikirannya.
Demikian sanad Islam Liberal menurut Hamilton Gibb, William Montgomery Watt, Chanless Kurzman dan lain-lain. Akan tetapi kalau kita uruti maka pokok fikiran mereka sebenarnya lebih tua dari itu. Fahaman mereka yang rasionalis dalam beragama kembali pada guru besar kesesatan iaitu Iblis Ia'natullah ‘alaih. (Ali Ibn Abi aI-'Izz: 395) kerana itu JIL boleh disamakan dengan “Jalan Iblis Laknat”. Sedangkan faham sekularis dalam bermasyarakat dan bernegara berakhir sanadnya dengan masyarakat Eropah yang meniru tokoh-tokoh gereja yang melahirkan moto 'Render Unto The Caesar what The Caesar's and to the God what the God's' (Serahkan apa yang menjadi hak Kaisar kepada kaisar dan apa yang menjadi hak Tuhan kepada Tuhan). (Muhammad Imarah: 45)
Kerana itu ada yang mengatakan: “Cak Nur (Nurcholis Madjid) cuma meminjam pendekatan Kristian yang membidani lahirnya peradaban barat”
Sedangkan fahaman pluralisme yang mereka agungkan bersambung sanadnya kepada lbn Arabi (468-543 H) yang mencadangkan keimanan Fir'aun dan mengunggulkannya atas nabi Musa 'alaihis salam (Muhammad Fahd Syaqfah: 229-230)
Misi Firqah Liberal
Misi Firqah Liberal adalah untuk menghalang (tepatnya: menghancurkan) gerakan Islam fundamentalis (www.islamlib.com). mereka menulis: “sudah tentu, jika tidak ada usaha-usaha untuk mencegah dominannya pandangan keagamaan yang militan (fundamentalis) itu, dalam waktu yang panjang, pandangan-pandangan kelompok keagamaan yang militan ini boleh menjadi dominan. Hal ini jika terjadi, akan mempunyai akibat buruk buat usaha memantapkan demokrasi di Indonesia. Sebab pandangan keagamaan yang militan biasanya menimbulkan ketegangan antara kelompok¬-kelompok agama yang ada. Sebut saja antara Islam dan Kristian. Pandangan-pandangan kegamaan yang terbuka (inklusif) plural, dan humanis adalah salah satu nilai-nilai pokok yang mendasari suatu kehidupan yang demokratis.”
Menurut bekas Presiden Amerika Serikat, Richard Nixon (Muhammad Imarah : 75) yang dimaksud dengan Islam Fundamentalis yang menjadi lawan firqah liberal adalah orang yang memiliki lima ciri-ciri berikut;
1. mereka yang digerakkan oleh kebencian yang mendalam terhadap Barat,
2. mereka yang bertekad mengembalikan peradaban Islam masa lalu dengan membangkitkan kembali sejarah masa lalu itu
3. mereka yang bertujuan menerapkan syariat Islam
4. mereka yang mempropagandakan bahawa Islam adalah agama dan negara,
5. mereka menjadikan masa lalu itu sebagai petunjuk untuk masa depan.
Agenda dan Gagasan Firqah Liberal
Dalam tulisan berjudul “Empat Agenda islam Yang Membebaskan"; Luthfi Asy¬Syaukani, salah seorang pelopor JIL yang juga guru di Universiti Paramadina Mulya memperkenalkan empat agenda Islam Liberal.
Pertama, agenda politik. Menurutnya urusan negara adalah murni urusan dunia, sistem kerajaan dan demokrasi.
Kedua, mengangkat kehidupan antara agama. Menurutnya perlu dipraktikkan teologi pluralisme kerana semakin majmuknya kehidupan bermasyarakat di negera Islam.
Ketiga, emansipasi wanita dan
Keempat kebebasan berpendapat (secara mutlak).
Sementara menurut Greg Bertan, (Gagasan Islam Liberal di Indonesia, Pustaka Antara Paramadina 1999: XXI) empat agenda tambahan agenda mereka adalah :
1. pentingnya konstekstualisasi ijtihad
2. komitmen terhadap rasionaliti dan pembaruan
3. penerimaan terhadap pluralisme sosial dan pluralisme agama-agama
4. permisahan agama dari parti politik dan adanya bahagian non-wilayah negara
Bahaya Firqah Liberal
Mereka tidak menyuarakan Islam yang diridhai oleh Allah , tetapi menyuarakan pemikiran-pemikiran yang diridhai oleh Iblis, Barat dan para Thaghut lainnya.
Mereka lebih menyukai lambang-lambang fasik daripada gelaran-gelaran keimanan kerana itu mereka benci kepada kata-kata jihad, sunnah, salaf dan lain-lainnya dan mereka rela menyebut Islamnya dengan Islam Liberal. Allah berfirman:
"Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman". (QS. Al-Hujurat 11)
Mereka beriman kepada sebahagian kandungan al-Qur'an dan meragukan kemudian menolak sebahagian yang lain, supaya penolakan mereka nampak sopan dan ilmiah mereka menciptakan “jalan baru” dalam menafsir al-Qur'an. Mereka menyebutnya dengan Tafsir Kontekstual, Tafsir Hermeneutik, Tafsir Kritis dan Tafsir Liberal
Sebagai contoh, Musthofa Mahmud dalam kitabnya al-Tafsir al-Ashri 1i al-Qur'an menafsir ayat ( -Faq tho 'u aidiyahumaa- ) dengan makna “maka putuslah usaha mencuri mereka dengan memberi santunan dan mencukupi keperluannya.” (Syeikh Mansyhur Hasan Salman, di Surabaya, Senin 4 Muharram 1423).
Dan tafsir seperti ini juga diikuti di Indonesia. Maka sebab itu mengapa rasulullah bersabda:
"Yang paling saya khuatirkan adalah orang munafik yang pandai bicara. Dia membantah dengan Al-Qur'an."
Orang-orang yang seperti inilah yang merosak agama. Mereka mendakwa diri mereka sebagai pembaharu Islam padahal merekalah perosak Islam, mereka mengajak kepada kepada Al-Qur'an padahal merekalah yang mencampakkan Al-Qur'an. Mengapa demikian ? Kerana mereka bodoh terhadap sunnah. (Lihat Ahmad Thn Umar al-Mahmashani: 388-389)
Mereka menolak paradigma keilmuwan dan syarat-syarat ijtihad yang ada dalam Islam, kerana mereka merasa rendah berhadapan dengan budaya barat, maka mereka melihat Islam dengan hati dan otak orang Barat.
Mereka tidak mengikuti jalan yang ditempuh oleh Nabi , para sahabatnya dan seluruh orang-orang mukmin. Bagi mereka pemahaman yang hanya percaya pada ketentuan teks-teks normatif agama serta pada bentuk-bentuk formalisme Sejarah Islam paling awal adalah kurang memadai dan agama ini akan menjadi agama yang ahistoris (berlawanan dengan sejarah) dan eksklusif (tertutup) (Syamsul Arifin; Menakar Otentitas Islam LiberaL .Jawa Pos 1-2-2002). Mereka lupa bahwa sikap seperti inilah yang diancam oleh Allah:
"Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya. dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mu'min, Kami biarkan ia leluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia kedalam Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruknya tempat kembali." (QS. An-Nisaa' 115).
Mereka tidak memiliki ulama dan tidak percaya kepada ilmu ulama. Mereka lebih percaya kepada nafsunya sendiri, sebab mereka mengaku sebagai “pembaharu” bahkan “super pembaharu” iaitu neo-modernis. Allah berfirman:
Dan bila dikatakan kepada mereka, "Janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi," mereka menjawab, "Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan." Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerusakan, tetapi mereka tidak sedar. Apabila dikatakan kepada mereka, "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain telah beriman," mereka menjawab, "Akan berimankah kami sebagaimana orang-orang bodoh itu telah beriman." Ingatlah, sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak tahu.(QS. Al-Baqarah 11-13).
Kesamaan cita-cita mereka dengan cita-cita Amerika, iaitu menjadikan Turki sebagai model bagi seluruh negara Islam. Prof. Dr. John L. Esposito menegaskan bahawa Amerika tidak akan rela mengiktiraf negara Islam sebelum seluruh negara-negara Islam tampil seperti Turki.
Mereka memecah belah umat Islam kerena gagasan mereka adalah bid'ah dan setiap bid'ah pasti memecah belah.
Mereka memiliki asas pendidikan yang banyak melahirkan pemikir-pemikir liberal, memiliki media yang cukup dan jaringan antarabangsa dan dana yang cukup.
Mereka tidak memiliki manhaj(jalan) yang jelas sehingga gagasannya wujud “asbun” dan asal “kotor” Lihat saja buku Charles Kurzman, Rasyid Ridha yang salafi (revivalis) itupun dimasukkan ke dalam kelompok liberal, begitu juga Muhammad Nasir (tokoh Masyumi) dan Yusuf Qardhawi (tokoh Ihwan al-Muslimin).
Bahayanya, mereka tidak boleh diam, padahal diam mereka adalab emas, memang begitu berat jihad menahan lisan. Tidak akan mampu melakukannya kecuali seorang yang mukmin.
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah ia mengucapkan yang baik atau hendaklah ia diam." (HR. Bukhari dan Muslim)
(Lihat Husain al-Uwaisyah: 9 dan seterusnya).
Ahlul batil selain menghimpun kekuatan untuk memusuhi ahlul haq. Allah ta'ala berfirman:
"Adapun orang-orang yang kafir, sebagian mereka pelindung bagisebagian yang lain. JIka kamu (hai para muslimin) tidak melaksanakan apa yang telah diperintahkan Allah itu, niscaya akan terjadi kekacauan di muka bumi dan kerusakan yang besar." (QS. Al-Anfaal 73).
Sementara itu Ustaz Hartono Ahmad Jaiz menyebut mereka merbahaya sebab mereka itu “sederhana” tidak memiliki landasan keilmuwan yang kuat dan tidak memiliki aqidah yang kuat. (lihat Bahaya Islam Liberal: 40, 64-65)
* p/s Sejauhmana penglibatan IKD di bawah Khalid jaafar, Islam Liberal dan juga PKR dalam mengembangkan fahaman ini...Apa yang mereka telah kaderkan ahli mereka melalui IKD dan di hantar ke luar negara...satu persoalan...
Thursday, May 26, 2011
Anwar dah sakit jiwa....doa telah terkabul....
Pelik dan inilah gambaran terbaru Anwar seakan beliau dah mula sakit jiwa. Bila disuruh menyanyi dia mula menyanyi...Macam orang yang melatah bila terkejut dan terus melatah..Atau tak tumpah seperti burung kakak tua...Seorang pemimpin yang dipuja sudah sampai masanya Allah membuka segala apa yang beliau sembunyikan selama ini. Perangai sebenar beliau yang suka berhibur dan menyanyi bukan dengan membaca AlQuran atau berzikir.
Dulu semasa zaman Abim kuat berusrah dan kini bersama PKR makin kuat pula menyanyi dan berhibur. Apa maknanya jika bawa Ulamak dari Syria untuk bermunajat dan solat hajat jika beliau sendiri dilihat seperti menggunakan itu semua sebagai bahan mengaburkan mata rakyat. Tapi disebaliknya beliau amat gembira dan boleh melancong ke Solo dan berhibur disana sambil menyanyi tanpa ada rasa gundah atau bersedih diatas apa yang menimpa beliau. Anak dan Bini di Malaysia terus bersedih dan cuba menarik sokongan simpati rakyat.. Kalau berginilah cara Anwar maka rakyat bolehlah buka mata dan melihat sendiri Anwar yang cukup happy dan tidak ada sedikit pun rasa simpati yang boleh rakyat berikan. Inilah Anwar bila berada diluar negara,maka topeng kesedihan dibuka untuk beliau terus berhibur bersama rakan-rakan karibnya.
Apa pun Anwar, cukup-cukup la dalam menipu rakyat Malaysia. Jiwa anda itu sedang sakit dan jiwa anda itu jiwa kacau. Apa yang anda perjuangkan hanyalah untuk kepentingan hidup anda anak beranak sahaja. Mana rakyat tika anda berada dibawah UMNO dan dimana perjuangan reformasi tika anda hidup senang lenag dibawah UMNO. Tanpa ada rasa malu sekarang ini lah baru anda nak perjuangkan rakyat. Diharapkan agar terbongkarlah apa yang pernah Anwar buat ketika beliau didalam UMNO selama 16 tahun... Segala keburukan dan penyelewengan beliau didalam kerajaan hendaklah didedahkan agar rakyat yang masih menyembah Anwar tahu yang beliau juga tidak lari dari kerja-kerja jahat dan hanya sekarang ini bertopengkan manusia...
Wednesday, May 25, 2011
Janji tetap dikota...RON95 tak naik...
Terima kasih buat kerajaan Malaysia kerana perihatin dengan keluhan rakyat. Maka hari ini Mail Beri pun dengan muka bodohnya mengumumkan bahawa RON95, Disel dan Gas tidak akan naik dek kerana para pak menteri memberi pandangan serta mendengar keluhan rakyat...La apa la bodoh si mail ni, takkan selama ni dia tak pernah dengar keluhan rakyat tentang kenaikan harga barang. Takkan kena mesyuarat untuk perkara yang sangat remeh ni...Dia kena mintak pandangan menteri lain ke? atau dia ni segaja nak jatuhkan air muka YAB PM...atau dia sendiri tergolong dalam komplot untuk menjatuhkan YAB PM...
Wahai Mail Beri...Apa bodoh sangat kau ni. Bila bagi statment dalam TV pun kau kena tgk muka timbalan kau, apa kau tak tau buat statment ke atau kau telah di kontrol oleh Nyonya timbalan menteri kau tu...Aduh la, kalau menteri yang tak de kebolehan dan pengalaman inilah yang terjadi pada negara. Beliau ni sisa-sisa yang ditinggalkan oleh Pak Lah dulu, kira taik Pak Lah la ni...
Tapi dengan kebijaksanaan para pak menteri lain maka kebodohan si Mail Beri hari ini tertutup dan naib baik la harga RON 95 tak naik, kalau tak mau bungkus BN. Ini semua yang dipelajari oleh Mail Beri sepanjang dia jadi menteri dibawah jagaan Pak Lah. Semua barang dia nak naikan. Bodoh dia sama je ngan Pak lah dan menantunya..Kira Bodoh murakab...Justeru, kali ini aku rasa lega dengan apa yang telah kerajaan umumkan buat tika dan saat ini.
Aku rasa sudah sampai masanya Kerajaan cerita dan jelaskan melalui kempen penerangan sebenar tentang perlunya kita tidak bergantung pada subsidi. Dan penerangan perlulah jelas hingga ke akar umbi. Biar rakyat yang sekolah atap, hingga rakyat yang ada PHD boleh faham akan bahana duk harap ke subsidi. Namun, kadang-kadang yang ada PHD ni lagi bebal dan bodoh dari yang sekolah atap. Tapi apa pun, penerangan itu perlu disertakan dengan apa rancangan kerajaan untuk menarik subsidi dan ke mana subsidi itu akan digunakan. Biar ianya telus. Ni nak tarik subsidi tapi rakyat tertanya-tanya ke mana duit itu akan dibelanjakan. Kalau setakat nak dilaburkan ke GLC kerajaan tak payah la potong subsidi. Tapi kalau untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat, pendidikan yang sempurna untuk rakyat, pengangkutan awam yang selesa untuk rakyat dan apa juga projek untuk rakyat, maka subsidi itu dipotong dengan pulangannya kembali kepada rakyat.
Disini dilihat ada kewajaran untuk Menteri Penerangan yang sedang sibuk duk menari sana sini warna-warna 1malaysia wakakaka...opssss... Menteri Penerangan mainkanlah sedikit peranan untuk memaklumkan kepada rakyat kerangka yang kerajaan akan cadangkan bilamana mahu memotong subsidi.Oh tak lupa juga kepada Ketua Penerangan UMNO merangkap BN pun jangan la duk sibuk jaga kawasan sampaikan mesyuarat PIBG pun sibuk nak rasmikan. Tugas anda menyampaikan maklumat kepada rakyat , dah nama pun Ketua Penerangan untuk UMNO satu Malaysia. Kira macam siaraya la kerjanya. Aturkan gerak kerja biar semua rakyat boleh faham apa makna pemotongan subsidi itu dan ke mana perginya wang itu dibelanjakan....
Apa pun untuk kali ini jutaan terima kasih buat yang mengotakan janji kerana bagi patik pacal yang hina ini ...janji itu tetap janji.....
Subscribe to:
Posts (Atom)








