Wednesday, March 16, 2011

Siapa Saifuddin Sebenarnya???....


Saifuddin memalukan kerajaan- pecat atau letak jawatan?

Wednesday, March 9, 2011


Tindakan beliau sanggah keputusan kabinet
MEMANG patut dan tepat sekali bila Saifuddin Abdullah,Timbalan Menteri Pengajian Tinggi diserang habisan-habisan oleh penulis-penulis blog yang menyokong kerajaan kerana beberapa tindakan beliau sejak akhir-akhir ini dilihat condong serta memihak kepada gerakan pembangkang dan mahasiswa ketika ini malah kedudukan Timbalan Menteri ini dilihat menjadi liabaliti kepada kepimpinan PM Najib dan tidak salah dikatakan beliau adalah duri dalam daging kepada kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional ketika.

Suara Saifuddin makin sumbang.Langkah politiknya semakin tidak seiring dengan langkah politik PM Najib.Malah kita sendiri tidak tahu apa motif sebenar beliau yang begitu bersungguh-sungguh mahu pelajar diberikan kebebasan untuk bersuara dan berpolitik?Mahu mansuhkan AUKU?

Kita tidak tahu mengapa beliau begitu berani dan lantang mengangkat Anwar Ibrahim itu sebagai pemimpin yang hebat di dalam satu majlis di Universiti Malaya dan kita juga menjadi hairan apabila dalam semua kepimpinan UMNO dan kerajaan menolak Buku Jingga tetapi Saifuddin mempertahankan Buku Jingga itu sebagai satu buku yang baik sedangkan beliau sebagai seorang Timbalan Menteri yang sepatutnya senada dengan keputusan jemaah menteri yang lain.

Tindakan Saifuddin mempertikaikan AUKU dan mahu kebebasan secara multak diberikan kepada mahasiswa boleh juga disifatkan sebagai satu penghinaan dan pencabulan kepada keputusan atau dasar yang telah dipersetujui oleh kabinet dan diluluskan oleh Parlimen.Secara tidak langsung Saifuddin tidak menghormati PM Najib supaya AUKU tidak lagi dibahaskan dan keputusan kerajaan tegas dalam soal itu.

Tindakan ini juga dilihat bercanggah dengan tindakan Menteri yang mempertahankan segala dasar yang diputuskan oleh kerajaan dan juga parlimen tetapi Timbalan Menteri ini pula beriya-iya sepanjang masa mempertikaikan keputusan yang telah dipersetujui itu.Malah Saifudin hadir merasmikan dan menyokong segala gerakan songsang pelajar-pelajar ini hingga beliau seperti mengugut kerajaan sekiranya hak-hak pelajar dihalang,dibimbangi Malaysia senasib Mesir dan negara lain yang sedang berdepan dengan protes terhadap kepimpinan kerajaan.

Apa yang Saifuddin mahu sebenarnya?Siapa yang memberikan beliau ganjaran untuk beliau menebuk kapal yang sedang dikemudikan oleh PM Najib ini?Berapa upah yang beliau dapat hasil daripada usahanya memalukan PM Najib ini?Adakah Saifuddin mahu menjadi hero atau jaguh di kalangan pelajar atau mahasiwa?Adakah Saifudin sedang memperalatkan mereka untuk kepentingan politik sempitnya itu?Dan dimana cacatnya AUKU itu sehingga begitu lantang sekali Saifudin menyanggahnya hingga beliau mengambil keputusan untuk memihak kepada gerakan pelajar dan sanggup pula hadir merasmikan satu majlis yang dianjurkan oleh salah seorang pelajar UKM yang ditangkap berkempen di PRK Hulu Selangor.

Inilah puncanya yang menjadikan pelajar begitu berani melanggar disiplin dan peraturan hingga ianya dilihat menjadi punca kepada kekalahan Aspirasi dalam pilihanraya kampus yg lalu.Malah sebelum itu Saifuddin mendesak pihak universiti supaya tuduhan terhadap pelajar-pelajar UKM yang berkempen di PRK Hulu Selangor digugurkan dan pelajar-pelajar tersebut dibebaskan dari tuduhan itu.

Saifuddin juga menegaskan kerajaan tidak perlu menyekat gerakan pelajar dan membenarkan mereka ini aktif dalam politik.Soalnya seperti yang disebut awal tadi,mengapa bersungguh benar Saifuddin mahu heret mereka ini ke dalam mana-mana parti politik?Untuk apa?Dan kalau Saifuddin menganggap kerajaan menghalang mereka ini bersuara,mari kita lihat Seksyen 15 AUKU ini :-

SEKSYEN 15 (1) AUKU menyebut seseorang pelajar Universiti boleh menjadi ahli mana-mana persatuan,pertubuhan,badan atau kumpulan orang sama ada atau tidak ia ditubuhkan du bawah mana-mana undang-undang bertulis.sama ada ia di dalam atau di luar Malaysia,selain :

(a) Mana-mana parti politik sama ada di dalam atau di luar Malaysia
(b) Mana-mana pertubuhan,badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang.sama ada di dalam atau di luar Malaysia;atau
(c) Mana-mana pertubuhan,badan atau kumpulan orang yang telah ditetapkan oleh Menteri,selepasa berunding dengan Lembaga,seara bertulis kepada Naib Canselor sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau universiti itu.

Mampukah KJ rekrutkan 400 ribu pelajar sokong kerajaan?
Salahkah peraturan yang kerajaan buat ini?Adakah kerajaan menghalang mereka berpersatuan?Kalau mereka ingin bersuara,mereka boleh menyertai mana-mana pertubuhan selain daripada parti-parti politik dan kalaulah dibenarkan mereka ini menyertai parti politik, adakah Saifuddin dan Khairy Jamaludin yakin serta pasti lebih kurang 400 ribu pelajar di seluruh IPTA akan menyokong kerajaan?AUKU ini jelas untuk mempertahankan hak dan masa depan pelajar serta mahasiswa dan kalau meraka mahu berpolitik,selesaikanlah dulu pengajian mereka.Takkan mahasiswa pun jadi bodoh hingga tidak boleh berfikir kesan buruk yang bakal mereka terima?

Sekiranya juga Seksyen 15 AUKU ini dihapuskan,apa akan jadi kepada pelajar ataupun mahasiswa di seluruh 20 buah universiti tempatan ini?.Bila masa mereka akan menumpukan kepada pelajaran kerana pada setiap masa dan ketika mereka akan diganggu dengan berbagai-bagai kegiatan politik.Pemikiran mereka akan didoktrinkan oleh partiparti politik ini hingga menjejaskan masa depan mereka?Pintu bilik akan diketuk oleh semua parti bagi mencari sokongan,perjalanan mereka untuk ke kuliah akan terhalang kerana mahu menghadiri kegiatan-kegiatan politik parti yang mereka anggotai.Takkanlah terlalu bodoh Saifuddin untuk memahami apa yang terkandung dalam AUKU itu?

Saifuddin selain Timbalan Menteri Pengajian Tinggi juga merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Temerloh namun malangnya gaya pemikiran dan tindakannya bersifat pembangkang. Berada di dalam kerajaan dan parti tetapi beliau membawa suara Anwar Ibrahim,Nik Aziz dan Karpal Singh.Memakai baju UMNO,dibayar gaji dan elaun untuk mempertahankan dasar-dasar kerajaan tetapi membuka ruang dan peluang untuk pembangkang memperlekehkan kerajaan.

Kita tahu hubungan Saifuddin dengan Anwar Ibrahim termasuklah pelan 16 September yang mengaitkan dengan beberapa orang MP dari BN. dan beliau tidak terkecuali turut berada di dalam senarai Anwar antara MP yang akan melompat parti.Malah bila beliau memuji dan mengagungkan Anwar dalam satu majlis di Universiti Malaya,kita makin yakin ada keakraban yang antara mereka sembunyikan dan bila beliau mendokong kononnya prinsip Buku Jingga itu sebagai baik,kita juga makin tahu wajah dan belang sebenar ahli politik yang bernama Saifuddin Abdullah ini.

Terserahlah kepada PM Najib untuk melihat sejauh mana tindakan musang berbulu ayam ini.Rakyat dan penyokong kerajaan yang berada bawah mula semakin getik dan loya melihat wajah pemimpin yang menyimpan seribu muslihat ini.Politik adalah tipu daya dan Saifudin sedang mempraktikannya.Hanya orang yang gila sahaja akan mempertahankan kegilaan orang lain.

Pasrah..dan terus pasrah...

Dalam kita sibuk membicarakan tsunami di Jepun, mula kita juga tidak ketinggalan melihat akan tsunami politik yang bakal melanda Malaysia. Bermula dengan 16 PRK semenjak PRU 12 ,2008 maka kini tsunami itu ada yang berangapan sudah mulai reda dan tenang. Namun, para permerhati politik tetap menandakan bahawa kali ini tsunami itu akan datang jua namun ianya berbentuk silent atau senyap. Maka kayu pengukur boleh dianggap penting bagi PRN Sarawak, jika PRU 13 akan dilaksanakan tidak lama lagi.

16 PRK dan yang akan datang PRN Sarawak adalah amat penting buat parti memerintah mengatur segala strategi dan juga buah kilas untuk menarik sokongan rakyat bagi menambah kerusi Parlimen kepada 2/3. Perkara ini bukan dianggap mudah, setelah sepanjang 2008 hingga ke hari ini segala ombak tsunami dengan berbagi isu-isu panas melanda negara. Aras sokongan dan momentum mod pengundi mula naik dan turun. Pembangkang jua tidak senang duduk dalam hal yang sedemikian. Walaupun kekadang ada masanya pembangkang merasa selesa tetapi kebelakangan ini cita-cita untuk menakluk Putrajaya kian pudar dek kerana 4 PRK berturut-turut tewas kepada BN.

Kedudukan ini dan momentum sebegini bukan lagi boleh dianggap selesa oleh BN. Menang bergaya di PRK bukan bermakna mereka boleh duduk berpeluk tubuh. Banyak lagi hal yang masih pincang perlu diperbaiki atau perlu dimuhasabahkan. Ada pula yang ambil mudah menyatakan bahawa sokongan rakyat sudah beralih arah kepada menyokong BN. Tapi kalau difikir-fikir, setelah dilaburkan dengan habuan yang besar di PRK namun mejoriti kemenagan masih tidak dilihat menaik dan membanggakan. Apa puncanya? , apa yang masih diidamkan oleh rakyat?, Apa lagi yang tak kena dan kenapa ada lagi yang masih memangkah kepada pembangkang?. Ketara jika dilihat kubu kuat BN sudah ditembusi dan sudah ada pertanda yang protest senyap berlaku disana.

Protest senyap yang perlu dilihat dikalangan ahli sendiri makin menjadi-jadi kebelakangan ini. Ada yang perlu disantun bagi raja sehari. Ada pula yang hilang entah kemana. Masakan diri yang menyatakan sumpah dan janji untuk mendukung parti sanggup tidak keluar mengundi. Mereka ini boleh dilihat penderhaka parti dan kenapa masih perlu disimpan bak kain buruk. Kenapa masih tidak ada tindakan buat mereka yang pembelot ini?. Cah keting atau cantas hang aku tak habis-habis. Masih menjadi amalan tradisi yang perlu dikikis dan dinyah dari sesebuah pati.

Kadang kala ahli parti sendiri yang masih alpa dek kerana masih memikirkan kepentingan peribadi didahulukan dari kepentingan parti. Kalau ditegur mungkin disangka kurang ajar atau cuba lawan tokeh. Namun, hakikat transformasi ahli sendiri yang perlu dijana bagi meletakan mereka para ahli parti merasakan pertanggungjawaban jika tidak mahu parti merudum jatuh bak LDP di Jepun. Siapa yang rela dirinya ditegur, siapa pula yang biasa dianjakkan pemikiran mereka kepada tahap perjuangan maksima terhadap parti. Masing-masing masih ditakuk lama dan perangai lama tetap menjadi tradisi turun temurun. Nah, bila agaknya parti Melayu ini nak maju, nak membawa visi 2020, nak anjakan transformasi, nak menjadi inklusif kalau masih dengan sifat tamak dan haloba. Sifat keji masih menjadi pakaian diri.

Kali ini bukan untuk mengkritik tapi, inilah yang selalu bermain dibenak otak ini. Sayangkan bangsa Melayu yang satu ketika dulu menjadi bangsa yang disanjung bak Merong Mahawangsa. Perlu ditegur kalau Melayu itu mudah lupa, atau perlukah disindir-sindir dengan puntun dan seloka. Kelu lidah dan hanya penulisan abadi ini sahaja yang mungkin dapat menyambut teguran bagi melandasi perjuangan bangsa Melayu yang akan dijanakan.

Justeru, berkerja kuat dalam apa jua bagi menjamin negara tercinta tidak diperintah oleh dajal-dajal bertopingkan manusia untuk titisan darah terakhir. Atau kita terus lena dalam mimpi indah yang kita tetap berkuasa tanpa ganggu gugat dek dajal durjana. Pertahankan bumi Melayu ini atau ianya akan menjadi tanah sewaan yang tuannya satu ketika dulu bernama Melayu. Pasrah dan terus pasrah....

Wednesday, March 9, 2011

Buku Jingga...Syok sendiri ke???

Buku Jingga yang dicanang oleh Pakatan Rakyat menjadi bahan omongan kosong atau kenyataan. Bukan untuk mentertawakan, namun segalanya terserlah bahawa ianya cuma dicanang oleh satu pihak sahaja. Adakah ada didalamnya agenda peribadi atau ianya sebagai ritorik kosong untuk kesekian kalinya. PKR nampak beria-ia untuk terus mempermosikan Buku ini. PAS dan DAP tetap dilihat dengan agenda mereka sendiri. PAS dan DAP tidak pernah menyebut atau mengulas tentang Buku Jingga ini disetiap ceramah mereka. PKR yang terus membawa agenda ini dengan melancarkan satu majlis khas untuk Buku Jingga ini.

Ikutilah tulisan dibawah ini yang dicopy dari teranungkite.net


Majlis Pelancaran Buku Jingga yang Hambar-Mambar

Posted on Tuesday, March 08 @ 23:24:07 PST
Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih

Artikel Oleh Raja Azmi

Saya telah menghadiri Majlis Pelancaran Buku Jingga di Stadium Malawati pada malam Sabtu lepas. Majlis tersebut diadakan sempena Karnival Sambutan Tiga Tahun Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang berlangsung pada 5 dan 6 Mac, 2011 di tempat yang sama.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang dijadualkan berucap di upacara tersebut ialah Anwar Ibrahim, Hadi Awang, Lim Kit Siang dan Khalid Ibrahim.


Majlis bermula pada lebih kurang 9.30 malam setelah pemimpin-pemimpin PR, ahli-ahli exco dan SUK negeri Selangor mengambil tempat masing-masing di atas pentas. Kehadiran amat mengecewakan. Hanya kira-kira 1,000 orang berada di stadium ketika majlis dimulakan. Jangkaan hadirin menjangkau 10,000 orang nyata jauh meleset. Alasan yang diberi oleh Hasan Ali, selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, ialah ramai aktivis PR terlibat dengan pilihanraya kecil Merlimau dan Kerdau.

Daripada tinjauan rambang di kalangan para hadirin, majoriti adalah ahli-ahli PAS dari bahagian Sungai Burong yang dipimpin oleh Hasan Ali. Bakinya terdiri daripada kakitangan jabatan dan agensi kerajaan negeri Selangor yang telah dikerah untuk hadir serta penghulu-penghulu mukim yang dilantik oleh PR. Nampaknya tak banyak beza antara PR dan BN dalam cara mereka meramaikan hadirin di sesuatu majlis. Juga terdapat ramai remaja belasan tahun yang ditugaskan untuk mengedar risalah-risalah dan cenderamata.

Tujuan saya menghadiri majlis tersebut ialah untuk mendapat penjelasan terperinci tentang Buku Jingga. Malangnya, hasrat saya tidak tercapai, harapan hampa berkecai. Majlis penerangan Buku Jingga bertukar menjadi majlis pemujaan kepimpinan Khalid Ibrahim. Kejayaan demi kejayaan kerajaan negeri Selangor diomong-omongkan tanpa menyentuh walau sedikit pun kelemahan dan kepincangan pentadbiran negeri. Ucapan-ucapan hanya bersifat “masuk bakul, angkat sendiri”.

Yang paling mencuit perhatian saya ialah penjelasan Khalid Ibrahim tentang isu kerajaan negeri Selangor membayar kos penginapan wakil-wakil PKR dari Sabah dan Sarawak semasa Kongres Kebangsaan PKR yang lepas. Menurut Khalid, pembayaran tersebut ialah sumbangan negeri Selangor kepada peningkatan proses demokrasi negara. Wakil-wakil tersebut kononnya telah didedahkan kepada proses pemilihan. Wow! Kata-kata yang sungguh indah, niat cukup murni. Tetapi hakikatnya menggunakan wang rakyat negeri Selangor untuk tujuan politik kepartian ialah satu bentuk rasuah. Tiada beza dengan budaya UMNO. Di mana perubahan yang dilaung-laungkan?

Majlis Pelancaran Buku Jingga tersebut gagal kerana tiada kerjasama ikhlas dari PAS dan DAP dalam mendokongi kempen Buku Jingga. Bilangan orang bukan Melayu yang hadir di majlis tersebut boleh dikira dengan jari. Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim menarik diri pada saat-saat terakhir setelah dimaklumkan bahawa Presiden PAS, Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah menolak jemputan ke majlis tersebut. PKR telah diwakili oleh Wan Azizah Ismail, Hasan Ali mewakili PAS dan Tan Seng Giaw mewakili DAP.

Satu petanda amat membimbangkan yang dapat dilihat dari majlis tersebut ialah kecenderungan kerajaan negeri Selangor yang diterajui PKR dalam membazirkan wang rakyat. Majlis pelancaran itu diadakan semata-mata kerana ada peruntukan yang dapat digunakan dari bajet negeri Selangor. Oleh kerana jumlah hadirin yang rendah, banyak nasi bungkus yang dibekalkan terpaksa dibuang begitu sahaja.

Segala kos penganjuran karnival tersebut ditanggung oleh kerajaan negeri Selangor. Jika belanja jamuan menyambut ulangtahun ke-40 Yayasan Selangor mencecah RM800,000.00, bayangkan berapa juta wang rakyat telah dibelanjakan untuk karnival yang berlangsung selama dua hari.

Pembaziran wang rakyat ialah satu manifestasi penyalahgunaan kuasa. PKR sering mengecam UMNO kerana menyalahguna kuasa. Daripada insiden pembaziran kos penganjuran karnival ini, PKR dilihat sebagai “kata dulang, paku serpih; kata orang, sendiri yang lebih”. Reformasi yang dijanjikan masih tinggal sebagai janji.

Jika objektif majlis tersebut untuk meraih sokongan rakyat kepada Buku Jingga, nyata majlis yang saya hadiri telah gagal sama sekali. Majlis-majlis sedemikian sepatutnya digunakan untuk menjelas dan mengupas “Janji-janji Reformasi Dalam 100 Hari” supaya rakyat dapat menghayati semangat reformasi yang terkandung dalam Buku Jingga. Setakat in, Buku Jingga hanya wujud sebagai sebuah mitos di awang-awangan kesedaran politik rakyat.



RAJA AZMI BIN RAJA AZMAN

2-0 KO atau OK

2-0 untuk BN menumpaskan PAS dalam 2 PRK di Kerdau dan Merlimau.. Setelah seminggu berkempen dan hadih untuk kepimpinan UMNO dan BN untuk meraikan kemenagan bergaya dan mejoriti yang meningkat di kedua-dua DUN. Kemenagan yang boleh dilihat sokongan rakyat atas dasar dan kepimpinan yang mahu berubah. Kepimpinan yang membawa satu teransformasi menuju era yang diidamkan oleh rakyat. Namun, ianya satu amanah yang hakiki yang perlu digengam sehingga menjadi abu.

Pertanda 2-0 ini boleh dijadikan sebagai pusingan KO untuk PAS dikala mereka tercari-cari sokongan Melayu. Sokongan kaum Cina sudah menurun dan kini mereka cuba meraih sokongan Melayu dengan cuba menampilkan bahawa PAS kini adalah pembela Melayu Islam... OK buat UMNO dan BN yang nampak selesa dengan perkembangan momentum sokongan rakyat berbilang kaum sekarang ini. Namun, perlu diingat oleh UMNO dan BN, OK itu ada kalanya dengan mudah akan menjadi KO apabila UMNO dan BN balik ke perangai asal. Segala yang dijanji pada rakyat tidak dikota. Segala perangai lama dikaut kembali dan dijadikan kiblat untuk sekian kalinya.

Apa jua keputusan yang diterima untuk kedua-dua DUN didalam PRK ini perlulah disimpulkan dan dijadikan pengajaran buat UMNO dan BN yang akan berdepan di PRU akan datang. Segala kesilapan dan postmortem perlu dibuat. Bukan dilihat kejayaan itu sebagai syok sindiri namun, kejayaan itu dijadikan iktibar untuk terus maju dan terus disanjung oleh rakyat jelata. PKR dan PAS sibuk mengadakan postmortem untuk kesekian kalinya dan mereka ini tanpa jemu mencari segala macam strategi dan formula untuk sokongan rakyat. Maka, UMNO dan BN perlu ada keyakinan untuk berdepan dengan kritikan-kritikan dan pembetulan yang perlu dibaiki.

KO atau OK kali ini menjadi pembakar semangat untuk para jentera UMNO dan BN untuk terus menyumbang tenaga dalam menghambakan diri untuk rakyat. Kerja untuk rakyat dan zaman menjadi tokeh atau Tuan Besar telah berlalu. Bukan lagi masa untuk kita berehat dengan sindrom selesa yang sedia ada. Diulik mimpi terus menerus... Satu fenomena yang perlu dikekang dan dijadikan simbolik untuk terus berkerja demi Agama, Bangsa dan Tanahair.

Aku sebagai rakyat yang cukup bangga dengan pemimpin yang inginkan satu anjakkan perubahan atau transformasi membina. Sesatu yang telah lama aku idamkan untuk melihat perubahan demi anak bangsaku. Rasuah dan segala korupsi dinyah dari muka bumi ini. Setiap pemimpin yang tidak berkerja didoakan agar mereka ini dicabut nyawanya. Pemimpin yang malas dan hanya memikirkan untuk mengaut keuntungan poket sendiri dimaki dan dihamun agar mereka ini menjadi hina dimata rakyat....Maka KO dan OK kali ini difikir-fikirkanlah untuk kita terus maju kedepan dengan visi 2020 dikecapi bersama tanpa ada batasan atau tembok penghalang.

Friday, February 25, 2011

Pembela Melayu

Siapa yang nak bela Melayu. PAS atau UMNO... Dua parti yang menunggang atas dasar ahlinya orang Melayu. Yang menjadi beku dibenak ini siapa yang sebenarnya yang akan menjadi pembela Melayu. Kalau dulu PAS hanya boleh bercakap pasal Islam, namun kini PAS dah mula nak jadi juara untuk Melayu. Takkan bila sudah hilang pengundi di dua PRK Galas dan Tenang PAS sudah berani untuk memperjuangkan hak-hak orang Melayu.

UMNO yang dari dulu dianggap parti yang terus memperjuangkan hak orang-orang Melayu, "jika ada", masih kekal hingga ke hari ini bercakap hal yang sama. Sokongan Melayu boleh dilihat masih kekal di setiap PRK dan ini menjadikan UMNO masih belum boleh menyatakan yang Melayu itu sudah lupa akan jasa UMNO. Tapi harus diingat oleh UMNO, sokongan yang padu sebegini janganlah dipersiakan. Janganlah diperbodohkan, kerana Melayu yang aku rasa dulu masih dalam delema tapi kini boleh menilai.

Sejauh mana PAS yang diwar-warkan di konvensyen menyatakan akan turut menjaga hak Melayu. Kalau dulu mereka ini terus mencemuh perjuangan yang bersifat perkauman atau perjuangan hak orang Melayu. Pada mereka Islam yang utama. Mereka juga dulunya terlepas pandang bahawa didalam perlembagaan Malaysia itu termaktub bahawa Melayu itu adalah yang menganut Islam. Adakah baru kini mereka itu belajar membaca perlembagaan Malaysia setelah disekolahkan oleh PKR dan DAP dalam satu pakatan.

Perkara pembela Melayu ini bukan nya mudah, bukan boleh ditulis atau hanya boleh bercakap bahawa akulah pembela Melayu. Perkasa juga cuba menonjolkan bahawa mereka pembela Melayu. Namun bila ditekan oleh kaum lain, masing-masing mula tunduk menggigil nak terkencing dalam seluar. Apa yang nak diperjuangkan oleh pembela Melayu ini? Sedang Melayu itu fana dan terus fana dengan hidup mereka. Jati diri entah ke mana ... Ada juga yang malu nak mengaku bahawa dirinya Melayu. Lagi la kalau nak jadi pembela Melayu. Nanti digelar rasis atau sebagainya. Hatta pegawai Khas YAB PM juga dianggap Rasis.

Maka berbalik kepada hujah asal. Kenapa baru sekarang nak bela Melayu? Kenapa perlu ada pembela Melayu. Bukankah ini Tanah Melayu? Perlukah Melayu yang tinggal di tanah sendiri dibela? Semua persoalan ini perlu dijawab oleh kita yang bergelar Melayu sendiri. Bukan PAS dan UMNO dan bukan mereka ini yang nak bela nasib orang Melayu, "kalau dilihat ketika ini", tapi diri ini yang bertanggungjawab akan nasib anak bangsa kita sendiri. Anak bangsa yang mula lupa akan asal usul mereka , atau yang telah jauh disudut hati jati diri Melayu. Aku bukan cuba membakar diri untuk menjadi rasis atau cuba membakar api perkauman . Tapi aku cuba membawa diri ini lebih bertanggungjawab untuk menjaga Agama, Bangsa dan Tanahair ini.

Kerisauan mula timbul bila PAS juga mula berubah untuk membela melayu secara tiba-tiba? atas dasar apa PAS cuba menarik perkara ini menjadi bahan fokus aku kali ini. Bukan ini dianggap ganjil bagi parti yang mencemuh orang Melayu kerana tidak Islamik. Aku mula rasa sangsi akan niat murni ini. Atas sebab undi melayu atau sebab benar-benar nak menjadi pembela Melayu. Jangan ia hanya menjadi retorik manisan mulut dan janji-janji palsu sahaja. Atau hanya mainan politik untuk bekal sokongan Melayu dimasa depan.