Thursday, September 10, 2015

Bai'ah makan diri , siapa yang jangka...

Akhirnya, musuh dalam selimut jelas kelihatan. Musang berbulu ayam juga dapat dibezakan. Apa dah jadi dengan sumpah setia, apa dah jadi dengan bai'ah yang dilafazkan. Mungkin itulah yang ditulis oleh Allah bahawa hati manusia itu berbolak balik. Tiada istiqamah dalam berjuang. Hari ini kita berkawan, esok lusa dah jadi lawan. Tidur sebantal, mimpi bersama, makan sedulang,tiba-tiba menjadi lawan. Berbai'ah atau bersumpah ketika itu memang mudah kerana jawatan didepan mata. Tapi siapa sangka, bila Allah merubah sesatu keadaan hanya sekelip mata. Tanpa ada rasa malu, tanpa ada rasa curiga, tanpa rasa bersalah, tanpa ada sekumit malu, mereka menjadi katak melompat tak hirau walau panas ditengah hari. Apa pula perasaan kawan dan sahabat, apa pula perasaan pengikut dan yang paling penting, perasaan mereka yang pernah memangkah dikertas undi. Melihat katak yang tidak istiqamah pergi. Apa pun ianya menjadi pegajaran yang amat penting dalam perjuangan. Kalau nak berjuang kunci utamanya adalah istiqamah. Belajar beristiqamah baru anda akan dapat hasil perjuangan... Persoalanya, adakah mereka ini akan terus memegang amanah sebagai wakil rakyat sedang rakyat yang mengundi mereka atas dasar parti lain dan bukan perjuangan baru yang tak tahu hala tuju lagi. Letak jawatan??? Kalau berani demi pejuangan. Kalau diri rasa tak malu maka teruskan dengan jawatan yang ada.... Akhirnya, amanah yang diberi bukan boleh dijual beli, sumpah setia bukan mainan dan jika ada harga diri maka letaklah jawatan dan bina kuasa baru bersama parti baru anda... Wassalam