Wednesday, April 15, 2015

Kembali lagi... bersua tanpa diundang.....

Agak lama memendam rasa, agak lama menyepi diri... Ada ketika minda menjadi beku dek kerana melihat dan memerhati akan gelagat manusia yang tak sedar diri... Kini aku mungkin kembali , atau terus kembali, mengasah minda yang lama tepu dan kaku. Ada kalanya rindu itu datang sendiri, rindu akan penulisan hambar atau penulisan yang mencuit hati... Matang ...mungkin mula matang dalam berfikir, dan mula matang dalam senario politik selepas PRU13 yang berlalu sepi...

Ada insan bertanya, ada insan tak peduli... Banyak peristiwa yang berlaku , ada yang aku sengaja tutup mata , atau buat-buat tak tahu... Senario sekarang.. ramai dah mula ber FB, lupa dah blog untuk dilayari... Tapi aku mengambil keputusan bahawa ianya masih releven bukan kerana keadaan memaksa tapi gian untuk menulis mula kembali... coret dan gores-gores ini akan bersua tanpa diundang... Kembali ianya dengan minda baru dan gores pedas yang memaksa kita berfikir lebih dalam...

Kepada rakan dan taulan... buka minda kita dan doa kepada yang Maha Esa...

Bismillah aku mulakan bagi tahun 2015 ini... Salam bersua tanpa diundang... Nanang kesuma...

No comments:

Post a Comment