Thursday, April 16, 2015

KAFA guru murahan???

Sedih melihat seorang guru kafa yang merintih janji hingga sanggup berdepan dengan tindakan diberhentikan kerja.. Pilu rasanya bila seorang pendidik seperti meminta sedekah sedang dia memberi khidmat mengajar agama kepada anak bangsanya... Apakah ini nilai yang perlu beliau bayar dan rakan rakan guru kafa yang lain. Dimana martabat mereka hingga terpaksa dihalau dan diberi surat tunjuk sebab dek gara menagih janji yang sudah lama dinanti...

Mungkin ada cara lain yg boleh dirunding kedua dua pihak, dan bukan nak tunjuk kuasa dan bukan dek kerana sekeping surat perjanjian semasa mula masuk kerja. Duduk berbincang sebagai orang yang tinggi ilmu agama lebih nampak comelnya. Bukan garang bagai bapak tiri atau menghina sesama sendiri tunjuk lagak dengan kuasa diberi..

Tiada sebab seseorang itu menagih janji jika janji tidak ditepati . Ada juga manusia yang rasa mereka ini murahan dek kerana kontrek yang boleh ditamatkan bila bila masa dan mereka dilayan seperti murahan. Mereka rakyat Malaysia dan bukan pati atau warga asing. Mereka mencari rezki mendidik anak bangsa, mereka bukan murahan, malah mereka inilah yang mengenalkan kepada anak kita huruf huruf dalam AlQuran. Tapi dimata sesetengah manusia yang angap mereka boleh menamatkan kontrek guru kafa ini tidak sedemikian rupa.

Akhirnya, aku menulis ini atas dasar aku juga ingin melihat anak bangsaku tidak diperlakukan dengan bohongan janji janji manis yang hanya akhirnya menjadi mimpi ngeri bagi seorang guru kafa dalam memperjuangkan nasib rakannya yang lain. Maaf bukan RM200 yang dicari tapi janji janji yang ditabur ditagih sampai mati...

No comments:

Post a Comment