Tuesday, March 20, 2012

PAS Kedah semakin panas....Bila Orang PAS sendiri bersuara....

Dipetik dari 'Tranungkite Online'

Krisis Kedah: Pemuda PAS akui tolak Phahrolrazi
Posted on Tuesday, March 20 @ 03:28:45 PDT
Dilulus untuk paparan oleh aya

Berita Oleh Zulaikha Zulkifli



Pemuda PAS Kedah benar-benar mahukan dua pemimpin kanannya – Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh – berundur daripada kepimpinan PAS negeri sebagai timbalan pesuruhjaya I dan II negeri itu, kata seorang pemimpin kanannya.

Sumber yang enggan dikenali itu bagaimanapun berkata, tiada dalang yang bertindak sebagai perantara untuk tujuan itu, seperti yang didakwa Phahrolrazi.

"Pemuda bukan bodoh. Tiada siapa yang suruh Pemuda. Ingat kita tak tahu ke apa yang mereka (Phahrolrazi (kiri) dan Ismail) buat. Dari awal lagi Pemuda cadang supaya timbalan pesuruhjaya I dan II digugurkan. Ini adalah pendirian Pemuda. Pemuda bukan sebodoh dan sehina itu nak disuruh-suruh.

"Tiba-tiba ada pula kenyataan yang kata ada dalang hasut. Hebat sangat ke dalang tu sampai nak hasut kita?" kata sumber dalaman itu lagi.

Berita Harian semalam melaporkan Phahrolrazi sebagai mendakwa, Pemuda PAS Kedah didalangi pihak ketiga untuk menggulingkannya dan Ismail melalui usul merombak badan perhubungan negeri yang dibawa oleh ketuanya Ahmad Yahya.

'Takkan semua dewan bodoh?'

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, sumber yang sama berkata cadangan itu bukan semata-mata daripada dewan itu tetapi dibuat atas keinginan semua ahli daripada akar umbi.

"Kalau dewan Pemuda usul dan disokong pula oleh dewan Muslimat dan lain-lain, takkan orang lain pun turut bodoh?


"Bila semua sokong maknanya orang nak dia (Phahrolrazi) berundur. Dia kena baca kehendak parti sebab orang semua tahu dia 'mencederakan' parti. Saya memang sangat marah dengan mereka," kata sumber itu lagi.

Tindakan Phahrolrazi dan Ismail sebelum ini yang pada mulanya enggan menerima pelantikan mereka sebagai exco kerajaan negeri telah “merencatkan” parti Islam itu.

Selain itu, sumber juga menjelaskan, apa yang dituntut mereka hanya rombakan yang didakwa selari dengan strategi bagi menghadapi pilihan raya umum dan bukan memecat Phahrolrazi dan Ismail.

"Kita nak susun semula pentadbiran PAS Kedah. Nak susun siapa yang layak dan berkeupayaan untuk terajui parti bukan kita suruh pecat dia,” katanya lagi.


Bagaimanapun, sumber itu berkata, Pemuda PAS menghormati keputusan pesuruhjayanya, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang enggan menerima usul rombakan itu./MK


p/s...Kawan baik Ostad Badrul..

Monday, March 19, 2012

Bila Org PAS sendiri yang menulis dan menegur....


Krisis PAS Kedah : Sudah-sudah la Pahrolrazi ooiiii...
Posted on Monday, March 19 @ 03:03:03 PDT

Artikel Oleh Cenangau

Entah bila la nak selesainya krisis kat Kedah ni. Ingatkan bila hampir seluruh pimpinan PAS Pusat turun ke Kedah tu boleh la selesaikan masalah, rupa-rupanya masih belum selesai lagi.

Aku malas nak ulas panjang-panjang cuma aku nak bagi nasihat sikit kat Hj Phahrolrazi. Sudah-sudah la tu, tak payah la panjangkan lagi krisis tu. Kalau ada benda tak puas hati pun, cuba-cuba la simpan dalam hati.

Kenyataan macam tu tak payah la didedahkan kat media. Tindakan Pemuda PAS Negeri tu depa buat dalam mesyuarat tertutup, tak payah la didedahkan rahsia mesyuarat. Kalau ada CELAKA yang dah buka pun, tak payah la Tuan Haji pun tumpang sama jadi CELAKA.

Tindakan tu bukan saja akan mencelakakan PAS tapi akan mencelakakan Tuan Haji sendiri. Boleh timbulkan persepsi yang Tuan Haji tak ikhlas terima keputusan PAS Pusat hari tu.

Langsung tak sesuai kalau betul Tuan Haji gunakan ayat macam yang dilaporkan BHarian tu. Apa perlu kenyataan macam tu keluar dari mulut Tuan Haji? Banyak lagi cara nak jawab soalan dari wartawan macam tu. Pasai apa pulak Tuan Haji pilih untuk 'berperang' dengan Dewan pemuda pulak.

Lagi satu yang aku mushkilnya, pasai apa Tuan Haji tak hadir mesyuarat tu? Kalau betul masih lagi bercuti, buat la macam betul-betul bercuti. Mesyuarat tak hadir lepas tu sibuk pulak nak bagi komen.

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihanraya"

Cenangau Daunkari
http://cenangau.blogspot.com

p/s Orang PAS juga bernafsu....

Kadir dah keluar UMNO...Ku Li bila lagi???


Akhirnya kutu belahak ni keluar juga dari UMNO setelah sedekad lamanya mentah kedarah duk dalam UMNO. Jika rasa diri dah tak boleh diharap dan rasa ingin mengikut perjuangan sonsang si Anuar berahim maka sila lah keluar dengan terhormat dari diri anda dipecat. Apa lagi, Ku Li dan MP termerloh, tak nak ikut sama kawan sekutunya ini. Selama ni pun tak la besar mana jasa dia ni, setakat nak abis kan beras tak guna disimpan orang macam mangkuk ni. Kalau ada dalam UMNO tu orang macam ni lagi sila la keluar atau dipecat terus , lagi ramai lagi bagus, bagi peluang pulak dalam UMNO ni generasi baru memimpin. Stok lama yang rasa dah tua tu bawa-bawa la pi masjid....


Kumpulan Anwarinas ni bukan setakat duk dalam PAS tetapi akhir-akhir ini dah mula menjalar atau mendedahkan diri dalam UMNO sendiri. Mereka sebagai talian hayat untuk anwar bagi menyambung perjuangan Anwar untuk terus berkerja memastikan Anwar beroleh kejayan untuk menjadi PM. Kumpulan Anwarinas ini tak akan duduk diam dan mereka akan bermuka-muka menyusup masuk menjalankan pengaruh mereka dalam UMNO untuk menjatuhkan YAB PM. Maka, bukan setakat PAS je perlu berhati-hati sekarang, setelah keluarnya si mangkuk Kadir ni maka dengan jelas aktiviti songsang dia dalam UMNO hampir terbongkar dan UMNO juga perlu berwaspada.


Ku Li pula hari ini dah mula panas pongkoq dengan kawan karibnya dalam Amanah telah memberanikan diri untuk keluar dari UMNO. Apakah Ku Li sedia untuk keluar seperti mana satu ketika dulu beliau keluar dari UMNO dan menubuhkan S46. Adakah Ku Li sama dengan perjuangan si mangkuk Kadir ni? atau Ku Li ada strateginya sendiri untuk merosakkan UMNO dari dalam? Apakah Ku Li akan berdiam diri dari mengelurkan kenyataan songsang bilamana diberi pangkat dan harta. Apakah keikhlasan Ku Li untuk berjuang demi rakyat kelantan akan menjadi kenyataan? Maka, mari sama-sama kita lihat siapa yang akan keluar UMNO selepas ini dengan menunjukkan siapa sebenar mereka didalam UMNO sebagai parasit seperti parasit didalam PAS juga.


P/S Tok Guru bila lak nak turun dari MB Kelantan??? Baik Tok Guru terus tido je...

Sunday, March 18, 2012

Kelantan miskin: Ku Li bidas Najib...Tapi apa jasa Ku Li selama ini di Kelantan???



P/S Selama Ku Li berpolitik apa jasa yang pernah Ku Li buat untuk rakyat Kelantan??? dan yang paling jelas apa jasa Ku Li kepada rakyat di Gua Musang?? Jangan nak tunjuk hero dizaman senja ni...Harap-harap Ku Li sedar la diri sikit....

240212 Khalid Samad- Siapa Taja Hasan Ali....Yang ni Hasan Ali patut saman ni...



Harap-harap Hasan Ali boleh perjelaskan dan saman terus jika perkara ini tak benar seperti didakwa oleh Khalid Samad ni...

Saturday, March 17, 2012

Amah Indon..Perlu ke perbincangan lagi???


Kalau asik berbincang dan asik asik temu jalan buntu apa yang perlu dibuat? Kalau juga asik berbincang, lain yang diputuskan lain pula hasilnya, adakah perlu lagi berbincang? Siapa yang mewakili Malaysia pergi berbincang dengan Indon ni? Yang pi berbincang ni tau ke apa yang perlu dibincangkan? Adakah wakil perbincangan dari Malaysia ni buat kajian sebelum pi berbincang?? Kalau pandai sangat berbincang dengan pihak Indon, kenapa semacam ditipu je dengan pihak Indon?? Hasilnya..pihak Indon terus dilihat besar kepala dan tak de istilah perbincangan adik beradik serumpun. Maka persoalannya, adakah kita masih perlu membuat perbincangan dengan Indon atau kita boleh ubah dan cuba fikirkan jalan keluar isu pembantu rumah ni dengan menyelesaikannya sendiri tanpa Indon.


Pihak kementerian sumber manusia perlu ada makanisma untuk menyelesaikan isu ini dan jangan berharap kepada Indon sahaja. Ini dilihat kerana Malaysia selalu menunjukkan kerbergantungan harap kepada Indon. Perlu ditunjukkan sesekali bahawa kita juga boleh berdikari tanpa Indon dan jangan selalu dipijak pijak oleh Indon ni.


Justeru, pihak berwajib perlulah melatih rakyat sendiri dengan menubuhkan akadamik atau sebagainya untuk melatih pembantu rumah atau terus beralih arah kepada negara seperti Kemboja atau lain lain bukan hanya berharap kepada Indon semata mata.Pembuat dasar juga perlu peka dan wisma putra juga perlu peka dan jangan hanya melayan kerenah Indon ini maka negara kita dan hati rakyat serta permasalahan rakyat negara sendiri terabai.


P/S Nik Ajis tido tak pernah pikir pasal perbincangan dengan Indon...

Nurul Izzah...sudah gelabah....


Apa dah jadi dengan putri reformasi yang kini sudah mula gelabah mencari tempat untuk bertanding pada PRU akan datang ini.Nak mempertahankan kawasan sendiri di Lembah Pantai sudah tak diterima oleh rakyat bawahan disana. Sudah ditabur janji pada PRU yang lalu kini dilupakan rakyat yang menagih janji janji manis Izzah ni.

Maka kini Izzzah sudah mula gelabah babi untuk minta papa membantu beliau mencari tempat bertanding. Si papa pun sudah mula berputus asa untuk menjadi PM maka mula lah mengharapkan anaknya bakal menggantikan peninggalan sisa perjuangan songsang yang dibawa untuk menunaikan janji janji manis bersama kaum Yahudi. Tak hairan la jika dilihat sekarang ini Izzah sudah mula menunjukkan belang nya dan mula mengatur arah dibantu oleh papa untuk mencari tempat bertanding...Kenapa perlu cari tempat lain? Kenapa Izzzah sudah takut nak bertanding di Lembah Pantai? Apakah dosa atau janji janji manis yang pernah ditabur kepada rakyat di Lembah Pantai yang tidak dikabulkan. Atau Izzah sudah malu dengan diri sendiri yang beliau betul betul tidak mampu menjadi seorang wakil rakyat tanpa papa bontot tercinta.

Hari ini orang orang miskin yang tinggal di flat flat di lembah pantai semuanya tahu jika Izzah datang bertemu mereka, cepat je si Izzah ni nak balik. Tapi bila jumpa dan buat program bersama orang orang kaya di Bangsar, maka Izzah sanggup duduk bersama , satu hari pun dia sanggup abiskan masanya bersama orang kaya.
Rakyat perlu sedar, si Izzah ni dibesarkan dikala papanya sebagai orang no 2 di Malaysia. Masa zaman tu dia kaya, mana tahu hal orang orang miskin macam aku. Hal orang kampung yang kais pagi makan pagi mana dia nak ambil tahu. Sebab itulah dia tak pernah merasa kesusahan dan keperitan hidup. Kalau dia kata dia tahu dan rasa nasib rakyat , itu semua bohong belaka, yang dilihat dimukanya hanya lah ajaran hipokrit dari papa tercinta.


Beliau selalu menjadi sesumpah seperti bapanya. Mana tak nya kini, papa menjadi sibuk dan terus sibuk untuk mengekalkan legasinya diturunkan kepada anaknya. Papa tidak rela parti PKR diwarisi oleh orang lain selain anak sendiri terutama kalau dikuasai oleh Azmin Ali. Nak harapkan anak jantan yang hanya seorang si ehsan tu langsung tak leh harap. Anak jantan telah dihantar duk di Amerika , kerana Amerika bela dia dan jaga dia demi tidak memburukkan air muka papa di Malaysia. Anak jantan yang tak boleh diharap, belaja pun tak lulus lulus, sehingga papa pening kepala lalu menikahkan nya cepat cepat dan hantar terus ke Amerika.


Bebalik kepada Izzah ni... dulu putri reformasi digelar, tapi kini, rakyat di Lembah Pantai boleh la mengelar beliau sebagai ratu sesumpah atau mudah juga digelar putri hipokrit. Kalau papa dapat selamatkan warisan nya iaitu Izzah sebagai pewaris politiknya dalam PKR, maka papa telah berjaya membayar segala hutangnya kepada pihak Yahudi untuk terus memporak perandakan Malaysia tercinta.Bukan itu sahaja papa juga mungkin menasihatkan agar Izzah terus merosakkan Islam dalam parti PAS dan hancurkan Melayu dalam UMNO untuk terus berkuasa dengan Islam Librel sebagai dasar utama dan perjuangan rasmi PKR dibantu oleh Kornad Arduner NGO kapir laknat ni yang berselindung dibalik Institut Kajian Dasar (IKD)(Khalid Jaafar bapak librel).

Akhirnya.. Maka mulai saat ini, aku juga berharap ada yang buka mata dengan si Izzah ni...

P/S Apa pun Nik Ajis terus terlena dibuai mimpi...

Friday, March 16, 2012

KSN dan KPPA letak la jawatan...



Dua makhluk ini kalau dah tak boleh buat keje dan menyusahkan semua penjawat awam diseluruh Malaysia, maka disarankan dengan penuh takzimnya bahawa anda berdua letak lah jawatan anda. Hanya kerana anda tak tahu buat kerja dan hanya anda duduk dikerusi empok dan bergaji besar , maka seluruh penjawat awam akan terseksa dan merana. Bukan setakat itu sahaja, dek kerana anda terlalu bebal maka seluruh penjawat awam di Malaysia sudah mula mempertikaikan keikhlasan kerajaan...


Apa lagi yang perlu disimpan besi buruk ni jika kedua-dua nya tidak membawa hasil kepada negara, bukan setakat hasil tak de tapi menghabiskan seluruh hasil negara yang lain. Jangan dek kerana nila setitik ini maka semua penjawat awam marah kepada pihak kerajaan. Ingat, pilihanraya dah dekat dan jagan ada silent protest dari penjawat awam dek kerana dua ekor barua yang masih lagi rasa diri diperlukan oleh kerajaan ini. Letak jawatan secara terhormat sebelum anda dipecat....


P/S.. Kelantan negeri miskin, banyak nyamuk dan banyak sampah la wehhhhhiiii....MB terus tidor....kata MB...'Ambo tok tahu'...

Tuesday, March 6, 2012

PKR sokong Komunis ???


Satu persoalan yang timbul, adakah PKR sekarang dalam usaha untuk membawa puak-puak komunis yang lari ke Selatan Thai dari rajemen 10 untuk pulang ke Malaysia? Adakah PKR sekarang sudah dikuasai oleh pihak-pihak komunis? siapa pula yang kuat sangat menyokong komunis dalam PKR? Apa tujuan sebenar PKR menyokong komunis dan apa agenda yang dirancang sebenarnya oleh PKR?


Persoalan diatas ini hanya boleh dijawab oleh Badrul atau Chegu Bard PKR yang pada awal tahun yang lalu, beliau bersama rombongannya dari Kuala Lumpur telah datang ke Kelantan dan telah menyeberang ke Selatan Thailand di bantu oleh pihak di selatan Thailand untuk dibawa ke kampung komunis rajemen 10 bertemu dengan Abdullah CD...Apa yang dibincangkan dalam pertemuan itu dan adakah pertemuan yang diketuai oleh Chegu Bard ini mewakili pucuk pimpinan PKR atau ianya atas arahan orang atasan PKR? Kenapa perlu berjumpa dengan puak-puak komunis ini???

Maka Chegu Bard dan rombongan PKR sahaja yang boleh menjawab segala persoalan ini.


P/S Sebelum ke Selatan Thai, Chegu Bard dan rombongan jumpa Nik Ajis dulu mintak restu dan doa kot????...

PAS Kedah ada Pemandu....


Memang hangat setakat ini krisis dalaman PAS Kedah. PAS Kedah yang diketuai oleh Ust Azizan dilihat condrong kepada Ulamak ditekan kuat oleh puak-puak JIM aka puak puak Anwarism aka puak-puak parisit. Mana boleh tahan kalau dilihat air yang tenang dipermukaannya namun dibawah berkocak dengan kuatnya.Tidak boleh disusup atau ditutup, isu ini, nampak sahaja air muka yang tenang namun dalam hati tetap membara hasad dengkinya. Nasib baiklah mereka ini bertopengkan Islam atau berkupiah putih, kalau tidak sudah jelas muka yang hina disisi Allah.


Kalaulah segala isu dalaman PAS Kedah sudah selesai maka tidak diadakan 2 sidang akhbar iaitu sidang akhbar dari Setiausaha Agung PAS bersama si Dungu Mahfuz dan Salahudin Ayub Budak Benut ni serta ada lagi satu sidang akhbar yang berlainan tempat diketuai oleh pahrolrozzi dan Dr Ismail...Wah ini dah nampak macam ada satu kapal yang cuba diserang oleh lanun pusat tapi yang terbaiknya Ust Azizan terus berdiam diri. Tak lihat langsung muka Ust Azizan dan tak dengar suara langsung dari Ust Azizan...


Mana tidaknya Ust Azizan berdiam kerana kini beliau hanya boneka untuk PAS di Kedah. Atau lebih sedap didengar sebagai wayang kulit yang dimainkan oleh tok dalang kampung. Segala urusan negeri Kedah sudah ada Pemandunya iaitu Pemandu dari PAS pusat. Maka semua ini yang jelas bahawa PAS Kedah sudah dikuasai oleh PAS Pusat yang terang-terang hanya menjadi boneka atau suruhan tok dalang Anwar Ibrahim...

Itu pun seluruh ahli PAS dan Ulamak PAS tak nampak lagi jalan yang telah ditunjuk oleh Pemandu dari PAS pusat ini. Kalau lah dikatakan selesai segala kemelut PAS Kedah , kenapa harus ada Pemandu. Kenapa PAS Kedah yang diketuai oleh Ust Azizan tidak boleh membuat keputusan dan tidak boleh memandu sendiri. Kenapa segala keputusan perlu mendapat izin dari pemandu. Nyata dan jelas, sekarang ini PAS hanya boleh bergerak dibawah pakatan rakayt dan hanya boleh membuat keputusan dibawah kelulusan pakatan rakyat iaitu ketuanya sendiri Yang Berbahagia Tok Dalang Anwar Ibrahim. Maka, tiada lagi peranan Ulamak. Ulamak hanya ditugaskan oleh Anwar hanya untuk membaca doa dimajlis-majlis Pakatan rakyat dan juga mengimamkan Solat hajat untuk meminta perlindungan Allah kepada Anwar Ibrahim dan keluarga beliau sahaja.


Maka Pemandu yang diwujudkan disini jelas tidak menampakkan kepada ketelusan untuk Ust Azizan mentadbir negeri Kedah sendiri. Begitu juga, dengan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Kedah, tidak lagi berkuasa untuk membuat segala keputusan terutama keputusan yang melibatkan wang atau tender kerajaan negeri kepada umum. Pemandu yang tak tau siapa ahli jawatankuasanya tiba-tiba wujud dan tidak diumumkan siapa-siapa yang pakar sangat untuk membuat keputusan untuk memajukan negeri Kedah ini...

Apapun inilah hakikat PAS yang perlu diterima oleh pengikutnya bahawa PAS sudah tidak lagi dikuasai oleh pimpinan Ulamak tetapi kini PAS sudah dikuasai oleh pimpinan Anwar Ibrahim. Maka Ahli PAS boleh lah menukar kad ahli kepada PKR atau kekal kad ahli PAS kerana ahli PAS dan PKR sama sahaja. Kini, tanpa Ulamak sebagai pemimpin ke syurga dalam PAS maka ahli-ahli nya akan lebih mudah dibawa ke neraka jahanam oleh puak-puak librel ini... Amin....


P/S : Nik Ajis dari awal sudah diberi amaran jangan masuk campur hal urusan PAS kedah, maka Nik Ajis kata baik aku tido....

Doa dan solat hajat pauk2 PAS dimakbulkan


Setelah beberapa siri solat hajat dilaksanakan hinggakan dipimpin oleh ulamak besar PAS (Nik Ajis) sendiri maka kini satu persatu hajat yang dipinta ditunaikan oleh Allah SWT...Yang terkini Solat Hajat 40 atau berapa kali pun maka segala pekong dibuka dan ditunjukkan oleh Allah kebenarannya...


Allah telah buka siapa sebenarnya Anwar Ibrahim dalam solat hajat diminta, telah ditunjukkan siapa sebenarnya Anwar... Kawan kepada Yahudi...Allah dah buka segala tindak tanduk songsang kaum-kaum Nabi Lut ini. Alah dah buka juga siapa sebenarnya ulamak yang dikiblatkan oleh PKR selama ini iaitu kaki khalwat mereka Ostad BadrulAmin...Allah juga telah buka segala keaiban yang berlaku dalam krisis di PAS di Kedah....


Jadi kita mohon agar seluruh warga PAS utk solat Hajat lagi bagi memohon kepada Allah SWT membuka dan menunjukkan lagi dan lagi kepada mereka siapa yang menjadi dalang dalam parti PAS dan siapa yang ingin meruntuhkan PAS...Tunjukkan kepada ahli-ahli PAS yang bebal dan dungu ini siapa yang sebenarnya nak hancurkan Islam PKR dan DAP atau UMNO ....Solat la Hajat wahai dungu-dungu PAS....

Pak Lah Tido, Nik Ajis pun Tido...Rakyat Kelantan terus Tidoooooo....

Monday, March 5, 2012

BR1M HARAM buat rakyat Kelantan yang menyokong PAS


Maka berpusu-pusu rakyat Kelantan yang dulunya kuat menyokong PAS tetapi kini dah tak dipedulikan halal dan haram. Mereka yang hari-harinya mendengar ceramah PAS dan ceramah tok-tok guru PAS sudah lupa akan nasihat atau arahan yang dikeluarkan iaitu duit yang UMNO beri semuanya Haram...Sokong UMNO Haram... Berkawan ngan orang UMNO kafir...Tapi apabila kerajaan pusat yang didokong oleh UMNO dan BN mengumumkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) maka berpusu-pusu lah puak-puak ini mendapatkan borang dan juga tanda tangan Ketua kampung UMNO di Kelantan bagi mengejar wang haram 1Malaysia.


Pelik, tapi inilah kenyataan yang perlu dihadapi dengan muka tebal rakyat Kelantan. Walaupun pahit tapi mereka terpaksa telan, walaupun mereka perit dalam kehidupan tetapi terpaksa buat kesekian kalinya mengaku ahli UMNO atau menyokong kerajaan UMNO.Dek kerana wang RM500, mereka mula menjual maruah dan perjuangan mereka. Lupakan seketika ceramah atau arahan Tok Guru Nik Ajis atau fatwa songsang Ust Azhar Idrus atau Ulamak terkini Bob Lokman. Bukan mereka ini yang nak bantu tika mereka susah, Ya aku sendiri tak kata rezki tu UMNO yang bagi tapi rezki tu semuanya datang nya dari Allah SWT yang dilimpahkan keatas kepimpinan UMNO yang ikhlas berjuang demi membantu orang Melayu di Kelantan yang miskin....

Tapi kalau dah nama manusia tu tetap manusia. Walau duit haram sekalipun mereka tetap ambil tanpa ada rasa sukur kepada Allah SWT. Dah la dapat RM500 namun,mulut dan hati tetap menghina pemimpin negara. Hinggakan isteri PM pun dihina dengan kata RM500 ni tak leh banding dengan seluar dalam Rosmah lagi mahal...Terima kasih tidak, sukur kepada Allah pun tidak, namun mulut terus menghina pemimpin negara yang telah membantu mereka. Kalau rasa diri dah kaya jangan la beratur isi borang BR1M ini. Bagi la kepada mereka yang tahu bersukur atau mereka yang memerlukan.


Aku rasa inilah balasan kepada rakyat Kelantan selama dididik oleh PAS dan inilah contoh terbaik membangun bersama Islam dibumi Kelantan. Rakyat yang dididik tidak kenal erti sukur, kuat pula melemparkan fitnah dan yang paling agung adalah suka makan duit haram BR1M... Sepatutnya mereka malu kepada diri sendiri malah ada yang dapat duit BR1M terus melaburkan ke saham akhirt dengan memasukkan ke tabung Jihad PAS. Maka disini perlu diingat, bahawa tabung jihad PAS telah dipenuhi duit Haram dan juga kalau pun tidak duit Haram maka pahala tabung Jihad itu dikongsi bersama dengan kerajaan BN kerana dari duit tersebutlah BN menyumbang kepada Jihad PAS melalui ahli PAS sendiri.... Tahniah hendaknya...


Buat rakyat Kelantan, belajar-belajar lah erti kesukuran dan bersukurlah kepada Allah SWT dengan lempah rahmatnya diturunkan kepada bumi Malaysia ini yang aman makmur tanpa ada sebarang bencana. Mohon lah doa agar tahun depan anda dapat lagi duit haram BR1M ini dari kerajaan memerintah....Amin....

MPKB dibawah telunjuk PAS Kelantan


Surat diatas menunujukkan kuasa yang ada digunakan sepenuhnya demi kepentingan politik songsang mereka. Bukan nak membangun bersama Islam tapi dengan kuasa yang ada hanya untuk membangunkan parti politik mereka sahaja. MPKB diharap agar telus dalam menjalankan tugas demi kemajuan dan keselesaan kehidupan rakyat di Kota Bharu Kelantan...

Jangan dek kerana anda berkuasa anda boleh sesuka hati juga menggunakan kuasa yang ada. Kalau PAS merasakan mereka kebal di Kelantan dan boleh membuat sesuka hati mereka, ingat ada juga rakyat Kelantan yang akan mendedahkan segala penyelewengan pihak PAS dan salah guna kuasa mereka. PAS perlu ingat yang bertugas di MPKB tu bukanya 100% menyokong PAS dan mereka juga boleh menilai mana yang baik dan mana yang buruk...


Maka niat suci PAS membangun bersama Islam selama ini nampak jelas retorik belaka, sama juga dengan mereka menjual agama mereka demi kepentingan peribadi...Maka, buka lah mata wahai rakyat Kelantan , anda telah ditipu selama 20 tahun....negeri terus kotor, rakyat terus miskin , pembangunan langsung tak ada... tapi biarkanlah inilah jalan yang dipilih oleh rakyat Kelantan dengan menyokong PAS.....Tahniah rakyat Kelantan....Takbir....Allah Akbar....

Sunday, March 4, 2012

Ku Li Bakal MB Kelantan????


Selepas gelombang merah yang dilihat sebagai tsunami politik di Kelantan, kini Tok Pha selaku peneraju BN di Kelantan terus berkerja keras siang dan malam demi menawan kembali Kelnatan. Tok Pha cukup yakin dengan 23 DUN dalam genggaman beliau dari 45 DUN yang ditawarkan di 14 parlimen di Kelantan. Apakah usaha beliau ini mendapat sambutan dari kalangan ahli UMNO di kelantan dan mereka berkerja siang dan malam bersama Tok Pha atau hanya omong kosong oleh Tok Pha.

Jika apa yang dihajatkan oleh Tok Pha untuk merampas kembali Kelantan menjadi kenyataan, persoalan yang timbul adalah, siapa pula yang akan menjadi MB kelantan menggantikan Nik Ajis dari PAS kelak. Siapa dikalangan pemimpin UMNO Kelantan yang akan dinamakan sebagai MB dan meneraju Kelantan selepas 20 tahun dibawah cengkaman PAS. Tok Pha hari ini telah mengumumkan sedia bertanding di DUN dan di Parlimen.Pertanda jelas untuk beliau memegang jawatn MB. Adakah Tok Pha sekarang ini sebagai Pengurusi Perhubungan UMNO Kelantan akan meninggalkan kabinet dipusat untuk beliau terus meneraju Kelantan sebagai MB??


Dilihat Tok Pha tidak mampu meneraju Kelantan sebagai MB kerana sifat beliau sebagai pengurus dan bukan sebagai peneraju. Beliau juga perlu ingat yang beliau belum lagi dapat menguasai war lord yang lain didalam UMNO Kelantan. Justeru, siapa dikalangan war lord dan juga pemimpin Kelantan yang berkelayakan untuk meneraju Kelantan kelak.


Kini UMNO Kelantan ingin bangkit untuk menguasai Kelantan buat kesekian kalinya setelah 20 tahun terus tidur. Disini boleh dicadangkan Ku Li sebagai MB Kelantan untuk meneraju UMNO dan BN di masa depan serta membangunkan Kelantan. Faktor utama untuk Ku Li boleh menjadi MB Kelantan kerana beliau begitu lantang dalam membicarakan royalti minyak Kelantan dan jika BN menang di Kelantan pada PRU akan datang, Ku Li sahaja yang layak untuk memperjuangkan hak royalti minyak rakyat Kelantan. Bukan Nik Aziz atau Husam Musa kerana suara PAS hanya suara songsang yang sumbang bersama rakan sekutu mereka. Tak layak langsung Pas NAK MEMINTA DENGAN KERAJAAN PUSAT KECUALI KU LI SENDIRI DIAMANHAKAN DENGAN MISI INI...

Faktor seterus nya, Ku Li juga sudah mula renggang dengan pihak istana maka dengan melantik Ku Li sebagai MB kelantan yang baru maka ada juga usaha untuk hubungan silaturahim kembali bertaut diantara Ku Li dengan pihak Istana. Rata-rata tahu, faktor Istana memainkan peranan dalam menentukan politik dinegeri Kelantan. Tidak mustahil jika Ku Li diamanahkan sebagai MB Kelantan segala kesulitan dapat diselaraskan dengan komunikasi yang baik antara pusat dan pihak istana.

Ada juga desas desus diperkatakan yang Ku Li tidak akan duduk diam dengan kenyataan kenyataan akhbar sonsang beliau melawan arus kerajaan maka tidak pula ada tindakkan displin dari pihak UMNO. Ku Li juga akan terus dahagakan untuk memeggang tampuk no 1 dalam UMNO. Itu cita-cita yang belum padam oleh Ku Li dan ianya akan diteruskan biarpun dikatakan 'nabi juga pernah dilawan oleh musuhnya inikan pula PM' Peranan mengetuai Kelantan perlu diambil oleh Ku Li sebelum beliau bercita-cita mengetuai Malaysia sebagai PM. Beliau perlu buktikan yang beliau boleh merampas kembali Kelantan yang beliau sendiri jatuhkannya ke tangan pembangkang pada dan tika beliau mengetuai semangat 46 dulu. Inilah masanya untuk Ku Li membuktikan kepada rakyat Kelantan yang beliau masih releven dan boleh membawa kemajuan demi rakyat tercinta.

Tidak hairan jika perkara ini berlaku dalam politik dan calon utama dalam pemimpin Kelantan yang dilihat mampu mengunci langkah pihak pembangkang dengan tari silatnya adalah Ku li yang berdarah Raja dan ini menjadikan strategi merampas kembali Kelantan ditangan PAS yang tak membangun bersama Islam menjadi kenyataan. nak kata PAS membangunkan negeri pun tidak dan nak kata membangunkan Islam pun tidak, maka dicadangkan UMNO perlu membangun berpaksikan Islam untuk menawan kemabli Kelantan. -'Membangun berpaksikan Islam' adalah, setiap yang dilaksanakan oleh UMNO untuk membangunkan negeri Kelantan perlu berpaksikan Islam. Ini berbeda dengan PAS yang 'membangun bersama Islam', islam tak bangun negeri pun terus mundur dan tak membangun...


Akhirnya...jika Ku Li boleh merapatkan saf bersama berganding bahu dengan Tok Pha dan seluruh jentera UMNO Kelantan maka tidak mustahil UMNO di Kelantan boleh terus berbakti untuk membangunkan umat Melayu Islam demi menuju kebahagian yang hakiki dan kesejahteraan hidup di bumi Kelantan tercinta...Ilahi Aminnnnn....